Tunggu Arahan Lanjut Bersatu Johor Perak Kekal Sokong Kerajaan Negeri


 
Setiausaha Bersatu Johor Dr Sahruddin Jamal berkata sokongan itu kekal meliputi kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu. (Gambar Bernama)JOHOR BAHRU: Bersatu Johor hari ini menyatakan pendirian terus kekal menyokong kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) Johor, yang dipimpin Umno susulan pengumuman peletakan jawatan Muhyiddin Yassin dan jemaah menterinya.
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersatu Johor Dr Sahruddin Jamal berkata sokongan itu kekal meliputi kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu.
“Setakat ini, insya-Allah kekal. Bersatu Johor masih menyokong kerajaan negeri Johor sehinggalah ada arahan selanjutnya dari pucuk pimpinan parti,” kata ADUN Bukit Kepong secara ringkas ketika dihubungi menerusi Whatsapp, di sini, hari ini.
Umno Johor memimpin kerajaan negeri dengan 14 kerusi, diikuti Bersatu 12 kerusi termasuk DUN Gambir yang disandang Muhyiddin, MIC (dua) dan PAS (satu) manakala pembangkang dibarisi DAP dengan 14 kerusi, Amanah (enam) dan PKR (tujuh).
“Ya, saya menyokong penuh dengan kuat terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar, kerana beliau merupakan seorang menteri besar yang kompeten dalam menjalankan tugasnya,” kata Sahruddin.
Terdahulu, Sahruddin yang juga Setiausaha PN Johor dalam satu kenyataan berkata, desakan pihak-pihak tertentu agar perdana menteri meletakkan jawatan pada kadar segera ketika negara sedang diuji dengan pandemik Covid-19, bukanlah satu penyelesaian.
Di Ipoh, Bersatu Perak turut menyatakan sokongannya kepada kerajaan PN negeri yang diketuai Umno, meskipun Muhyiddin telah meletakkan jawatannya beserta seluruh jemaah menteri di peringkat persekutuan.
Ketua Penerangan Bersatu Perak Kader Maiden Hussin berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan lanjut untuk membincangkan perkembangan terbaharu ini bersama kepimpinan parti negeri.
“Kita menyokong penuh kerajaan negeri buat masa ini, bagaimanapun ia turut berpandu kepada keputusan pucuk pimpinan Bersatu di pusat.
“Saya juga akan adakan pertemuan dengan Pengerusi Bersatu Negeri yang juga Timbalan Presiden Parti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, untuk mendapatkan perincian lanjut berkenaan perkara ini dalam masa terdekat,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.
Pada Disember lepas, kerajaan negeri Perak dibentuk dengan 34 kerusi atas gabungan tiga parti iaitu Barisan Nasional (BN) dengan 26 kerusi, diikuti Bersatu (enam) dan Pas (tiga) diterajui Saarani Mohamad sebagai menteri besar.
DUN Perak mempunyai 59 ahli keseluruhan dan memerlukan 30 kerusi untuk majoriti mudah. Berdasarkan jumlah semasa, UMNO memiliki 26 kerusi dalam DUN Perak, diikuti DAP (15), Amanah (5), Bersatu (enam), PAS (tiga), PKR (tiga) dan bebas (satu). - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/tunggu-arahan-lanjut-bersatu-johor.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Dakwa 31 Mp Umno Bn Kekal Bersama Pn Sokong Tentukan Keabsahan Kerajaan Di Parlimen Nanti

Ismail Sabri Dakwa 31 Mp Umno Bn Kekal Bersama Pn Sokong Tentukan Keabsahan Kerajaan Di Parlimen Nanti

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 271 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa bahawa seramai 31 ahli parlimen UMNO dan BN akan tetap bersama dengan kerajaan dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di Pertuan Agong untuk menyokong tentukan keabsahan di Par...
Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 299 hits
BERA UMNO Bahagian Bera sebulat suara menyokong keputusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi meneruskan usaha menangani pandemik Covid 19 Dalam kenyataannya UMNO Bahagian Bera ber...
Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 211 hits
gemilangdaily comUmno Sabah kekal kerjasama dengan kerajaan dipimpin Bersatu UMNO Sabah menjelaskan pendiriannya untuk terus kekal dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Dalam satu ke...
Ismail Sabri Tegaskan 31 Ahli Parlimen Kekal Sokong Kerajaan Pn

Ismail Sabri Tegaskan 31 Ahli Parlimen Kekal Sokong Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 436 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Barisan Nasional akan terus kekal menyokong kerajaan sejajar dengan perkenan Yang di Pertuan Agong supaya Perikatan Nasional meneruskan pentadbiran negara kata Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Dalam s...
Azeez Rahim Pula Nafi Beliau Menandatangani Sokong Kekal Dengan Kerajaan Pn Sokong Pm

Azeez Rahim Pula Nafi Beliau Menandatangani Sokong Kekal Dengan Kerajaan Pn Sokong Pm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 203 hits
SHAH ALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan tular bahawa beliau menandatangani untuk menyokong dan kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yass...
Panas Kedudukan Kerajaan Johor Akan Diuji Pada Sidang Dun 12 Ogos

Panas Kedudukan Kerajaan Johor Akan Diuji Pada Sidang Dun 12 Ogos

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 218 hits
August 5 2021 Berubah di Persekutuan berubahlah di negeri Itu naratif yang menjadi kepercayaan pemerhati politik tanah air ketika ini terhadap negeri negeri yang mungkin terancam sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tumbang Tidak terkecual...
Sultan Johor Kecewa Pihak Ganggu Kerajaan Cuba Rebut Kuasa

Sultan Johor Kecewa Pihak Ganggu Kerajaan Cuba Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 257 hits
AGENDA DAILY Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan terhadap pemimpin yang menganggu tugas kerajaan tatkala rakyat berada dalam kesusahan su...
Negeri Pertama Adakan Sidang Dun Esok Johor Jadi Tumpuan Susulan Kemelut Politik Umno Pn

Negeri Pertama Adakan Sidang Dun Esok Johor Jadi Tumpuan Susulan Kemelut Politik Umno Pn

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 234 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sidang Dewan Undangan Negeri Johor akan membuka tirainya esok dan menjadi tumpuan apabila menjadi negeri pertama mengadakan persidangan selepas Parlimen mula bersidang akhir bulan lalu Tumpuan itu susulan kemelut ...
Osman Sapian Beri Bayangan Kerajaan Johor Bakal Tumbang

Osman Sapian Beri Bayangan Kerajaan Johor Bakal Tumbang

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 195 hits
Keputusan menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional Johor hanya akan dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri selepas menerima arahan daripada pucuk pimpinan pusat ADUN Kempas Datuk Osman Sapian...
Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kek Lapis Penganan Pilah

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Flood Situation In Sabah Worsens

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Rise Of K Pop Fandoms And Their Global Influence

Maher Zain Feat Harris J Qalbi Fil Madinah Chord

Marketing Semakin Mudah Chatbot Sudah Disediakan Untuk Bisnes Anda

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election