Sukarelawan Bina Semula Rumah Mangsa Banjir Tiga Hari


HARAKAH DAILY  TEMERLOH: Sukarelawan Persatuan Prihatin Anak Watan Terengganu (Prihatin Terengganu) berjaya membina semula sebuah rumah yang musnah dihanyut banjir dalam tempoh tiga hari.
Presiden Prihatin Terengganu, Mohd Asmawi Mukhtar berkata, simpati dengan nasib pemilik rumah terbabit, Md Johari Kasim, 59, pihaknya mengumpulkan sumbangan orang ramai dan ahli persatuan untuk tujuan itu.
Katanya, Prihatin Terengganu membuat perancangan selama seminggu sebelum bertolak dari Marang, Terengganu ke Pahang bagi menjayakan misi terbabit.
“Sebelum ini kami sudah berkampung di sini untuk kerja pembersihan rumah yang ditenggelami banjir lumpur.
“Sewaktu kerja pembersihan itu, Md Johari atau Pak Johar menceritakan kisah ahli keluarganya yang hilang tempat berteduh selepas rumahnya mereka musnah 95 peratus akibat tragedi banjir,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman.
Rumah baru ini turut dipasangkan elektrik dan keperluan utama rumah seperti kipas.
Mengulas lanjut, terkesan dengan ujian yang dihadapi Pak Johari, pihaknya mula mengumpulkan sumbangan wang dan peralatan membina rumah.
Jelasnya, banyak entiti turut memberikan kerjasama dalam misi tersebut antaranya Pemuda PAS Dun Bukit Payung, ARC, Pasukan KAJV, Surau Al-Hikmah dan Jabatan Amal Malaysia Terengganu.
“Alhamdulillah, dalam tempoh seminggu kami berjaya mengumpulkan sedikit dana sekitar RM10,000 bagi membina rumah baharu keluarga mangsa.
“Ahli persatuan kami juga ada yang memiliki peralatan dan kenderaan seperti ‘backhoe’, ini sedikit sebanyak memudahkan urusan serta menjimatkan kos pembinaan.
“Hari ini hari terakhir kami di sini, sebagaimana dirancang mahligai baharu Pak Johari kini siap, semuanya percuma untuk mereka,” jelas Asmawi.
Sementara itu, Pak Johari kelihatan sebak sebaik melihat rumahnya yang hanya tinggal tangga selepas banjir baru-baru ini kembali seperti asal.
“Tiada kata yang boleh menggambarkan apa yang sedang bermain di fikiran saya, terima kasih kepada mereka, hanya Allah mampu membalas jasa mereka.
“Syukur pada Allah kerana menghadirkan insan yang baik-baik, saya tidak sangka rumah ini mampu disiapkan sekelip mata,” katanya. – TRDI.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/sukarelawan-bina-semula-rumah-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 505 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Kata Rumah Kena Banjir Tapi Duduk Apartment Tingkat 4 Atas Bukit Ngo Dedah Penipuan Mangsa Banjir

Kata Rumah Kena Banjir Tapi Duduk Apartment Tingkat 4 Atas Bukit Ngo Dedah Penipuan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 304 hits
Oleh Tangkap layar teks perbualan antara ahli Dana Kita berikutan penipuan pemohon FOTO FACEBOOK DANA KITA RUMAH pangsapuri atas bukit tingkat empat tetapi mohon bantuan mangsa banjir Itu antara ragam dihadapi pasukan Pertubuhan Kebajikan D...
Abim Selangor Bantu Mangsa Banjir Sejak Hari Pertama

Abim Selangor Bantu Mangsa Banjir Sejak Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 250 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia Selangor membantu mangsa banjir di negeri itu sejak hari pertama di Pusat Pemindahan Sementara sehinggalah misi pasca banjir membersihkan rumah dan membantu menyumbang barang barang keperluan harian Menurut Yan...
Mb Kedah Bawa Backhoe Cuci Rumah Mangsa Banjir

Mb Kedah Bawa Backhoe Cuci Rumah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 284 hits
Nurul Huda Abhar TERDAPAT banyak kumpulan sukarelawan dan individu persendirian tampil membantu mangsa yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda Lembah Klang baru baru ini Tidak terkecuali hadir turun padang memerah keringat me...
Lzs Bantu Bina 32 Rumah Asnaf Terjejas Banjir

Lzs Bantu Bina 32 Rumah Asnaf Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 253 hits
Oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Saipolyazan M Yusop melihat keadaan rumah mangsa banjir yang juga Orang Kurang Upaya Sewah Samidjo 65 ketika LZS turun padang menjalankan bancian dan semakan rumah mangsa banjir di Kampung...
Banjir 329 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Rm2 500 Setakat Hari Ini Ismail Sabri

Banjir 329 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Rm2 500 Setakat Hari Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 225 hits
Oleh SEBANYAK 329 ketua isi rumah khususnya di sekitar Gombak dan Sepang yang terkesan dengan bencana banjir baru baru ini telah menerima Bantuan Pembelian Barangan Keperluan sebanyak RM2 500 hari ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail ...
Seni Bina Rumah Melayu Tradisional Penyelesaian Kepada Banjir

Seni Bina Rumah Melayu Tradisional Penyelesaian Kepada Banjir

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 236 hits
Walaupun mendirikan rumah panggung Melayu seperti di kawasan kampung mungkin boleh mengurangkan kerugian akibat banjir namun ia bukan penyelesaian jangka masa panjang Seorang wanita meredah genangan air di kawasan perumahan Taman Sri Muda S...
Sukarelawan Silat Cekak Pusaka Hanafi Bersama Apm Ngo Bantu Mangsa Banjir

Sukarelawan Silat Cekak Pusaka Hanafi Bersama Apm Ngo Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 379 hits
Oleh PERSEKUTUAN Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia telah menghantar kumpulan sukarelawan dalam misi bantuan pasca banjir ke Taman Langat Utama 2 Banting Selangor baru baru ini Misi bantuan yang disertai 40 orang sukarelawan ters...
13 000 Mangsa Banjir Masih Berada Di Lebih 100 Pps

13 000 Mangsa Banjir Masih Berada Di Lebih 100 Pps

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 293 hits
Jumlah mangsa banjir di dua negeri menurun tiga negeri kekalRakaman gambar sebuah rumah yang musnah akibat banjir lumpur di Sungai Telemong Pahang Gambar Bernama Jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan di dua negeri manakala tiga negeri k...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri