Lzs Bantu Bina 32 Rumah Asnaf Terjejas Banjir


Oleh Norzamira Che Noh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Saipolyazan M Yusop (tengah) melihat keadaan rumah mangsa banjir yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) Sewah Samidjo, 65, (dua kiri) ketika LZS turun padang menjalankan bancian dan semakan rumah mangsa banjir di Kampung Bukit Lanchong hari ini. - Foto BERNAMA SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membina semula 32 rumah asnaf fakir dan miskin yang terjejas akibat banjir pada pertengahan bulan lalu, manakala 150 lagi unit akan dibaik pulih.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop, berkata buat masa ini kerja bancian serta taksiran masih dilaksanakan agensi berkenaan di lapan daerah yang terjejas banjir bagi mengenalpasti asnaf yang memerlukan bantuan.
"Proses pembinaan dijangka akan bermula bulan hadapan dan LZS memperuntukkan sejumlah RM93,000 bagi pembinaan semula rumah (termasuk kos rawatan tanah dan lain-lain).
"Bagi rumah yang akan dibaik pulih, LZS menyediakan peruntukan RM31,500 mengikut jenis kerosakan dan sehingga rumah siap, mereka akan ditempatkan di rumah yang kita sewakan," katanya selepas mengadakan lawatan ke Kampung Bukit Lanchong, dekat sini, hari ini.
Mengulas mengenai keadaan rumah penduduk di Kampung Bukit Lanchong, Saipolyazan berkata, terdapat sebuah rumah asnaf perlu dibina semula manakala 24 lagi akan dibaik pulih.
Katanya, hasil bancian awal yang dilakukan oleh Penolong Amil Kariah turut mendapati 50 rumah lagi terjejas dan akan dilakukan pemeriksaan sama ada layak dikategorikan sebagai asnaf.
"Jika mereka layak dikategorikan sebagai asnaf, kita akan bantu dan jika tidak maklumat berkenaan akan diserahkan kepada agensi kerajaan negeri dan Persekutuan untuk tindakan susulan," katanya.
Dalam pada itu, Saipolyazan berkata, agensi itu menjangkakan pertambahan asnaf fakir miskin sehingga 72,000 pada tahun berikutan bencana banjir dan penamatan moratorium.
Katanya, mengikut rekod, jumlah terkini asnaf berdaftar adalah 65,000 manakala 15,000 asnaf miskin sementara turut direkodkan susulan pandemik COVID-19.
Sementara itu, Saipolyazan berkata, sebanyak 30,000 permohonan bantuan Zakat Peduli Selangor untuk mangsa banjir sudah diluluskan dengan menerima RM600 secara one-off sejak 28 Disember lalu.
Katanya, permohonan masih dibuka sehingga 31 Januari ini.
Sementara itu, seorang asnaf LZS, Sewah Samidjo, 65, bersyukur apabila agensi berkenaan akan membantu proses baik pulih rumahnya yang ditenggelami air susulan banjir baru-baru ini.
"Saya adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak lahir dan LZS banyak membantu saya berkaitan ubat-ubatan, makanan asas, wang belanja dan sekarang mereka juga akan bantu baikpulih rumah saya.
"Rumah saya dimasuki air sehingga dua meter dan syukur ketika itu isteri, anak perempuan serta cucu saya tiada dirumah yang mana saya dibawa keluar dari rumah ini ke kawasan yang tinggi oleh seorang rakan ketika air di paras pinggang," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/lzs-bantu-bina-32-rumah-asnaf-terjejas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seni Bina Rumah Melayu Tradisional Penyelesaian Kepada Banjir

Seni Bina Rumah Melayu Tradisional Penyelesaian Kepada Banjir

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 236 hits
Walaupun mendirikan rumah panggung Melayu seperti di kawasan kampung mungkin boleh mengurangkan kerugian akibat banjir namun ia bukan penyelesaian jangka masa panjang Seorang wanita meredah genangan air di kawasan perumahan Taman Sri Muda S...
Sukarelawan Bina Semula Rumah Mangsa Banjir Tiga Hari

Sukarelawan Bina Semula Rumah Mangsa Banjir Tiga Hari

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 357 hits
HARAKAH DAILY TEMERLOH Sukarelawan Persatuan Prihatin Anak Watan Terengganu berjaya membina semula sebuah rumah yang musnah dihanyut banjir dalam tempoh tiga hari Presiden Prihatin Terengganu Mohd Asmawi Mukhtar berkata simpati dengan nasib...
Banjir Rumah Dinaiki Air Bomba Bantu Pindah Jenazah Warga Emas

Banjir Rumah Dinaiki Air Bomba Bantu Pindah Jenazah Warga Emas

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 193 hits
Anggota bomba membantu membawa jenazah ke tempat selamat untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pas Kuala Krai PETALING JAYA Penduduk terpaksa meminta bantuan pasukan bomba untuk membawa jenazah ke kawasan sela...
Risda Bantu Pekebun Kecil Terjejas Banjir

Risda Bantu Pekebun Kecil Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 201 hits
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD ABDULLAH Zainal menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di Bera Pahang FOTO SALEHUDIN MAT RASADBERA Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah menubuhkan pasukan sukarelawan banjir yang...
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 505 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Hiburan Anna Jobling Tak Kisah Diri Comot Sanggup Berlumpur Bantu Kerja Pembersihan Kawasan Terjejas Banjir

Hiburan Anna Jobling Tak Kisah Diri Comot Sanggup Berlumpur Bantu Kerja Pembersihan Kawasan Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 295 hits
Pelakon berdarah kacukan Melayu Inggeris tidak mempedulikan penampilan diri sebaliknya sanggup meredah lumpur tebal bagi membantu penduduk sekitar Hulu Langat yang terjejas teruk akibat banjir 3 years laluHati Saya Tidak Sebusuk Itu Untuk K...
Cara Zara Zya Bantu Mangsa Banjir Kena Kecam

Cara Zara Zya Bantu Mangsa Banjir Kena Kecam

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 270 hits
Cara Zara Zya bantu mangsa banjir kena kecam Serba serbi tidak kena itulah situasi dilalui aktres Zara Zya 36 apabila warga netizen mempertikaikan caranya melakukan kerja pembersihan di rumah mangsa banjir di sebuah dewan di Temerloh Pahang...
Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 337 hits
Saifulannuar mengetuai DRR menyediakan makanan tengah hari kepada mangsa banjirNGO pro reformasi RAPAT Rakyat terus menggerakan program Dapur Rapat Rakyat sejak minggu lalu bagi membantu mangsa mangsa banjir di Subang dan Paya Jaras Selango...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suasana Pantai Rekang Bachok Kelantan Di Waktu Pagi

Asian K Pop Stars As A Platform For Uniting New Talents Across Asia

Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris