Sukarelawan Silat Cekak Pusaka Hanafi Bersama Apm Ngo Bantu Mangsa Banjir


Oleh Mohd Ridzwan Md. Iman  PERSEKUTUAN Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi Malaysia) telah menghantar kumpulan sukarelawan dalam misi bantuan pasca banjir ke Taman Langat Utama 2, Banting, Selangor, baru-baru ini.
Misi bantuan yang disertai 40 orang sukarelawan tersebut turut mendapat kerjasama beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Negeri Johor.
Pasukan sukarelawan telah membersihkan rumah penduduk dan membawa pelbagai barangan sumbangan berjumlah hampir 10 tan seperti pakaian, keperluan peralatan elektrik, makanan dan kelengkapan rumah yang lain untuk diberikan kepada penduduk yang terjejas.
Misi tersebut bertujuan membantu mangsa banjir dan pada masa yang sama ingin menunjukkan kepada semua pihak bahawa kerjasama strategik antara NGO dan agensi kerajaan amat penting ketika berlakunya bencana.
Setiausaha Agung Pusaka Hanafi Malaysia merangkap koordinator misi bantuan, Muhammad Arif Yakub berkata, NGO dan agensi kerajaan saling memerlukan antara satu sama lain.
“Tiada istilah NGO lebih baik dari kerajaan mahupun sebaliknya dalam usaha membantu rakyat. Misi hari ini mencapai objektifnya di atas kerjasama erat Pusaka Hanafi Malaysia dan APM,” katanya dalam kenyataan akhbar.
“Ketika ini, Pusaka Hanafi Malaysia juga telah menggerakkan pasukan sukarelawan kami di beberapa buah kawasan termasuklah di Hulu Langat, Shah Alam, Klang, dan juga Bentong, Pahang bagi memberi bantuan tenaga kerja dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir”, katanya lagi.
“Kami berasa amat bersyukur dan berterima kasih di atas bantuan yang diterima. Inilah kumpulan NGO pertama yang masuk memberi bantuan selepas air surut pada petang semalam dan kawasan kediaman kami boleh diakses masuk,” kata wakil penduduk, Mohd Afzan Norizan.
Antara NGO yang hadir dalam misi ini ialah Gabungan NGO Prihatin Johor, Persatuan Kebajikan Ekonomi Islam Melayu Bumiputera Negeri Johor, Melana Emergency Response Team, Skuad Wanita Melana Indah dan Pertubuhan Elit Group Johor.
Pihak Pusaka Hanafi Malaysia turut mengalu-alukan sumbangan berterusan masyarakat bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang masih terkesan.
Sumbangan anda boleh disalurkan terus kepada Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Cawangan Selangor) seperti maklumat yang tertera berikut:
Nama Bank : Maybank Islamic
No. Akaun : 5621 4241 9588
Rujukan : Dana Prihatin Banjir



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/sukarelawan-silat-cekak-pusaka-hanafi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 337 hits
Saifulannuar mengetuai DRR menyediakan makanan tengah hari kepada mangsa banjirNGO pro reformasi RAPAT Rakyat terus menggerakan program Dapur Rapat Rakyat sejak minggu lalu bagi membantu mangsa mangsa banjir di Subang dan Paya Jaras Selango...
Ngo Reformis Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

Ngo Reformis Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 403 hits
Beberapa NGO reformasi tidak ketinggalan menyumbang bantuan kepada mangsa banjir di Selangor Pada 24 dan 25 Disember lalu NGO Rapat Rakyat bersama Gabungan Reformis Malaysia menghulurkan bantuan berupa makanan bermasak kepada mangsa mangsa ...
Kematiannya Dicemburui Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Mangsa Banjir

Kematiannya Dicemburui Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 281 hits
Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Mersing Ahmad Zaki Mahbar meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang membantu mangsa banjir di Bukit Changang Banting hari ini Berita hiba tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga...
Pm Arah Kementerian Berkaitan Gerak Aset Bantu Mangsa Banjir

Pm Arah Kementerian Berkaitan Gerak Aset Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 206 hits
PM arah kementerian berkaitan gerak aset bantu mangsa banjir Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua kementerian berkaitan menggerakkan aset ke kawasan terjejas banjir bagi memastikan rakyat diselamatkan dan ditempatkan di pus...
Lebih Rm500 000 Kotak Kasih Bantu Mangsa Banjir Annuar Musa

Lebih Rm500 000 Kotak Kasih Bantu Mangsa Banjir Annuar Musa

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 216 hits
Oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa GAMBAR Abd Razak Aid KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia telah memperuntukkan lebih RM500 000 menerusi sumbangan Kotak Kasih untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang te...
Rosyam Rayu Keluarga Malaysia Bantu Mangsa Banjir

Rosyam Rayu Keluarga Malaysia Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 478 hits
Rosyam rayu Keluarga Malaysia bantu mangsa banjir Negara luar kita boleh bantu apatah lagi di Malaysia kata Rosyam Nor PELAKON terkenal tanah air Datuk Rosyam Nor menyeru rakyat Malaysia sebagai satu Keluarga Malaysia untuk membantu mangsa ...
Syarikat Balak Perlu Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Anwar

Syarikat Balak Perlu Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Anwar

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 323 hits
Tanggungjawab membantu mangsa banjir di Pahang tidak perlu dilepaskan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja sebaliknya syarikat syarikat balak yang sedikit sebanyak menjejaskan alam sekitar perlu turut sama menghulur bantuan Ketua P...
75 Peratus Pbs Pulau Pinang Berada Di Selangor Pahang Bantu Mangsa Banjir

75 Peratus Pbs Pulau Pinang Berada Di Selangor Pahang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 300 hits
Oleh SAFINA RAMLI CHOW KON YEOWGEORGETOWN Kesemua 35 Pasukan Bomba Sukarela di Pulau Pinang berada dalam keadaan siap siaga yang mana 75 peratus daripada anggotanya kini berada di Selangor dan Pahang bagi meringankan beban yang ditanggung m...
Bawa 3 Bot Rentas Negeri Demi Bantu Mangsa Banjir

Bawa 3 Bot Rentas Negeri Demi Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 284 hits
Oleh Mohd Shahril membawa tiga botnya untuk menyertai misi bantuan banjir di Lembah Klang Foto ihsan Mohd Shahril Mustafa TELUK INTAN Mungkin hari ini hari mereka mana tahu esok lusa hari kita pula kata pengusaha River Cruise Teluk Intan Mo...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Arab Ta If Al Aqsa

Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa