Suka Membantah Kurang Tumpuan Antara Tanda Anak Menderita Gangguan Tingkah Laku


Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri, kan? Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa. Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan.

Kebimbangan mengenai sikap anak
Sebagai ibu bapa, pastinya tertanya-tanya apakah perwatakan anak yang mungkin di luar batasan normal seorang kanak-kanak.
Tidak dinafikan pada tahap tertentu, anda perlu berdepan dengan tingkah laku anak yang mungkin mendatangkan masalah.
Pastinya cara anda bertindak balas terhadap sikap anak itu memainkan peranan utama. Pun begitu, terdapat beberapa perangai anak boleh dianggap sebagai petanda masalah yang lebih serius dan memerlukan bantuan profesional.
Fahami perangai anak
5 sikap anak berikut mungkin bermaksud mereka menderita gangguan tingkah laku atau didasari masalah tertentu.
Ia boleh digunakan untuk membantu anda mengenal pasti permasalahan anak, seterusnya membawa mereka untuk mendapatkan bantuan profesional bagi pencegahan awal.
#1. Membantah
Walaupun terdapat banyak penjelasan yang mendasari perangai anak ini, namun seringkali ia disebabkan gangguan tingkah laku seperti:
Gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD) Gejala bertentangan dan bantahan (oppositional defiant disorder, ODD) Conduct disorder (CD) Selalu tanda-tanda gangguan di atas sering bertindih kerana mempunyai gejala yang lebih kurang sama.
Namun, perwatakan anak yang suka membantah ini akan lebih terserlah pada anak dengan ODD dan CD.
Walau bagaimanapun tidak dinafikan, ia adalah perkara biasa untuk seorang anak menguji had kesabaran anda.
Jadi jika anak membantah permintaan anda, tawarkan sesuatu kepadanya, seperti, “Kalau Qila kemas mainan, kita boleh pergi berjalan di taman.”
Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengikutinya, berikan amaran yang diikuti dengan akibat. Paling penting, pastikan anda konsisten.
Jangan hari ini anda memarahi perangai mereka dan keesokan harinya, tiada sebarang hukuman jika anak mengulanginya.
#2. Kurang tumpuan
Antara sikap anak yang paling menguji kesabaran ibu ayah apabila mereka tidak memberikan fokus. Situasi ini seringkali berlaku jika mereka tidak berminat kepada sesuatu perkara itu.
Namun, sekiranya anda menyedari mereka sukar menumpukan perhatian atau kerap bertukar aktiviti tanpa menyelesaikannya, ia mungkin gejala ADHD.
Anak juga mungkin tampak impulsif – melakukan sesuatu dengan terpaksa dan terlalu aktif.
#3. Agresif secara fizikal
Bermula daripada tantrum hingga interaksi negatif dengan rakan sebaya lain, perangai anak yang agresif secara fizikal pastinya perlu ditangani segera.
Sebagai contoh, bagi anak dengan CD, perwatakan ini mungkin akan dikembangkan dengan mencederakan haiwan pula.
Secara keseluruhan, anak akan mungkin lebih terlibat dalam pengaduhan dan sukar mendengar kata.
#4. Menyalahkan individu lain
Apabila anak berkelakuan buruk, adakah mereka akan menyalahkan individu lain?
Secara umumnya, ia adalah sikap anak yang biasa untuk mengelak daripada mendapat masalah. Tetapi bagi anak yang mempunyai gangguan tingkah laku, perwatakan ini akan lebih ketara dan kerap dilakukan.
Anda akan melihat perangai anak yang secara berterusan tidak mahu menggalas tanggunjawab serta keengganan untuk menanggung kesalahan mereka sendiri.
#5. Tingkah laku antisosial
Jangan tersilap ya parents, sikap malu dan antisosial tidak sama. Biasanya kanak-kanak lelaki yang menghidap conduct disorder akan lebih cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial berbanding kanak-kanak perempuan.
Tingkah laku antisosial yang teruk pada fasa awal kanak-kanak akan membawa kepada diagnosis CD atau ODD.
Sebagai ibu bapa, anda juga akan melihat pelanggaran peraturan sosial, mengingkari autoriti dan mengabaikan individu lain.

Mengubah tingkah laku anak
Umumnya, seorang kanak-kanak cenderung meneruskan tingkah laku yang sama apabila diberikan penghargaan dan menghentikannya apabila tidak diendahkan.
Konsistensi tindak balas anda terhadap perangai anak adalah penting.
Ini kerana jika anda pernah memberi pujian di atas sikap anak yang tertentu, tapi pada hari lain hukuman diberikan untuk tingkah laku yang sama, ia boleh menyebabkan mereka keliru.
Apabila anda menganggap tingkah laku anak sebagai keadaan yang mendatangkan masalah, tiga pilihan berikut boleh dilakukan:
Tentukan bahawa perwatakan tersebut tidak menjadi masalah kerana ia sesuai dengan usia dan tahap perkembangan anak
Cuba untuk menghentikan sikap tersebut sama ada dengan tidak mengendahkannya atau memberikan mereka hukuman tertentu yang bersesuaian
Memperkenalkan tingkah laku baharu yang anda sukai dan perkukuhkan dengan memberi penghargaan pada anak jika mereka mengikutinya
Bersabar dengan sikap anak
Masalah tingkah laku kanak-kanak dapat diatasi dengan strategi disiplin yang konsisten. Perlu diingat bahawa adalah perkara biasa bagi anak-anak membuat perangai sekali-sekala.
Ini merupakan satu proses perkembangan yang perlu dilalui oleh anak anda. Tetapi, jika masalah tingkah laku tidak bertindak balas terhadap strategi disiplin atau sikap anak mula menjejaskan pelajaran dan hubungan rakan sebaya, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
 
The post Suka Membantah, Kurang Tumpuan Antara Tanda Anak Menderita Gangguan Tingkah Laku! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suka-membantah-kurang-tumpuan-antara-tanda-anak-menderita-gangguan-tingkah-laku/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerap Letih Sesak Nafas Antara Tanda Ibu Hamil Kurang Zat Besi Bahaya Untuk Kesihatan

Kerap Letih Sesak Nafas Antara Tanda Ibu Hamil Kurang Zat Besi Bahaya Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 193 hits
Sepanjang kehamilan pelbagai kesukaran akan dialami oleh wanita yang sedang sarat hamil Ini ekoran pelbagai perubahan drastik yang berlaku terhadap tubuh badan mereka Anemia semasa hamil adalah antara masalah kesihatan paling kerap dialami ...
Suka Bantu Buat Kerja Rumah Anak Membesar Jadi Orang Berjaya Bagusnya

Suka Bantu Buat Kerja Rumah Anak Membesar Jadi Orang Berjaya Bagusnya

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 218 hits
Benar kata orang kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya Kita mengimpikan anak anak membesar menjadi individu yang ringan tulang dan boleh diharap maka sejak kecil nilai murni harus diterapkan dalam diri mereka Sumber foto www shutterst...
Resepi Aiskrim Buah Sedap Sihat Hanya 3 Step Je Buatnya Anak Mesti Suka

Resepi Aiskrim Buah Sedap Sihat Hanya 3 Step Je Buatnya Anak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 232 hits
Aiskrim dan anak memang tak boleh dipisahkan Dapat je aiskrim anak yang menangis pun boleh diam Bagaimanapun jika terlalu banyak makan aiskrim yang dijual dipasaran pun tak elok juga kerana kandungan gulanya tinggi Namun ada alternatif lain...
Takut Menangis Bila Ada Orang Nak Dekat Tanda Anak Sihat Normal Pakar Kongsi Tip Bantu Anak Hadapi Stranger Anxiety

Takut Menangis Bila Ada Orang Nak Dekat Tanda Anak Sihat Normal Pakar Kongsi Tip Bantu Anak Hadapi Stranger Anxiety

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 273 hits
Pernah tak anda mengalami situasi di mana anak mula menangis apabila ada orang lain cuba mengambil mereka atau takut takut apabila ada yang mendekati Menurut Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi ianya adalah perkembangan yang NORMAL bagi setia...
Anak Otak Kiri Suka Kira Kira Banyak Tanya Pandai Gilap Cerah Masa Depan

Anak Otak Kiri Suka Kira Kira Banyak Tanya Pandai Gilap Cerah Masa Depan

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 212 hits
Anak anak kita semua bijak Tak perlulah nak dibandingkan pencapaiannya dengan anak orang lain Apa yang penting didikan yang sempurna daripada ibu ayah penentu kejayaan anak Cuma perasan tak keistimewaan anak kita antara adik beradiknya berb...
Garis Kuning Bertukar Biru Tanda Lampin Anak Penuh Tak Perlu Dah Selak Tepi

Garis Kuning Bertukar Biru Tanda Lampin Anak Penuh Tak Perlu Dah Selak Tepi

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 234 hits
Alaa dah bocor habis kena seluar dan tilam Situasi ini antara yang selalu berlaku pada ibu bapa yang ada bayi kan Kadang tu bila keluar jalan jalan tahu tahu bocor Terus mood ibu dah tak ceria seperti sebelumnya Jika nak diikutkan tukar lam...
Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 251 hits
Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka Kepentingan bayi makan sendiri Kenapa pentingnya untuk anak belajar me...
20 Tahun Berlalu Anak Shah Rukh Khan Dan Kajol Kini Antara Personaliti Terkacak Bollywood

20 Tahun Berlalu Anak Shah Rukh Khan Dan Kajol Kini Antara Personaliti Terkacak Bollywood

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 274 hits
Filem Khabi Khushi Khabi Gham merupakan antara filem Bollywood yang malar segar biarpun sudah 20 tahun berlalu Ia kerap dimainkan di kaca televisyen di Malaysia dan setiap kali menonton filem tersebut pasti air mata jatuh bercucuran kerana ...
Banyakkan Makan Buah Epal Untuk Anak Ada Asma Paling Kurang Sehari Sebiji

Banyakkan Makan Buah Epal Untuk Anak Ada Asma Paling Kurang Sehari Sebiji

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 299 hits
Buah epal antara buah kegemaran ramai anak anak Teksturnya yang ranggup dan manis tu buatkan anak atau orang dewasa tak jemu untuk makan Untuk pengetahuan ibu bapa dari aspek kesihatan buah epal ini dapat membantu anak yang ada asma dan beb...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan