Suhakam Digesa Henti Terima Dana Asing Berita Harian 19 06 2023




KUALA LUMPUR: Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk berhenti menerima dana asing bagi mengelakkan ia dikawal oleh sesetengah pihak berkepentingan.
Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias, berkata apabila tiada dana asing diterima oleh SUHAKAM, secara tidak langsung konsep hak asasi manusia itu lebih menyeluruh dan bertepatan dengan nilai budaya negara ini.
Beliau berkata, adalah wajar SUHAKAM memulangkan semula dana asing yang diterima daripada Kesatuan Eropah (EU) tahun lalu, bagi memastikan suruhanjaya berkenaan bebas dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.
"Seksyen 19 Akta SUHAKAM juga melarang sama sekali menerima apa-apa dana asing kecuali untuk tujuan pendidikan dan kesedaran.
"Ini bagi melindungi kepentingan SUHAKAM daripada kuasa-kuasa asing yang mempergunakan badan itu untuk manfaat mereka.
"Justeru adalah lebih baik juga semua dana itu dipulangkan walaupun untuk tujuan pendidikan dan kesedaran memandangkan nilai yang ada dalam dana itu tidak menjurus kepada budaya dan Perlembagaan negara," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Lukman Sheriff berkata, SUHAKAM difahamkan sudah menerima tiga kali dana asing dan pada Disember 2022, organisasi itu dikatakan menerima RM2.3 juta termasuk daripada EU.
Beliau berkata, SUHAKAM juga perlu mengambil kira deklarasi hak asasi manusia yang disepakati oleh negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seperti Pengisytiharan Hak Asasi Manusia di Kaherah (CDHRI), Deklasi Hak Asasi Manusia Asean (ADHR) dan konvensyen antarabangsa yang diratifikasi negara ini.
"Ini kerana pada setiap masa, hak asasi manusia di negara ini perlulah berlandaskan Perlembagaan seperti termaktub dalam Akta SUHAKAM, bukanlah mengikut acuan barat di mana semua yang diformulasi oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu bersifat universal.
"Justeru kami juga menolak cadangan meratifikasikan secara pukal konvensyen atau deklarasi yang tidak mengambil kira peruntukan Perlembagaan seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan kajian untuk mengiktiraf gender ketiga," katanya.
Beliau berkata, sejak barisan Pesuruhjaya SUHAKAM penggal 2022-2025 dilantik, ada pihak yang kurang senang dengan konsep yang dilaksanakan memandangkan sebelum ini banyak mengikut nilai barat.
"Justeru kami mahu usaha bersepadu untuk menjatuhkan SUHAKAM oleh pihak lain dihentikan segera supaya badan ini terus inklusif membabitkan semua CSO Islam.
"Paling penting sekarang ialah SUHAKAM kekal berpegang kepada hak asasi manusia yang berlandaskan acuan Perlembagaan negara," katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
SUHAKAM DIGESA HENTI TERIMA DANA ASING
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1116436/suhakam-digesa-henti-terima-dana-asing



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/06/suhakam-digesa-henti-terima-dana-asing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerimaan Dana Asing Eu Punca Kemelut Suhakam The Merdeka Times 19 06 2023

Penerimaan Dana Asing Eu Punca Kemelut Suhakam The Merdeka Times 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 214 hits
Kemelut yang melanda Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia didakwa berpunca daripada penerimaan dana asing dari Kesatuan Eropah Pengerusi MACSA Lukman Sheriff berkata penerimaan dana asing itu menyebabkan berlaku konflik dalam suruhanjaya ...
Suhakam Perlu Pulang Semula Dana Daripada Eu Malaysia Tribune 19 06 2023

Suhakam Perlu Pulang Semula Dana Daripada Eu Malaysia Tribune 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil mendesak supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia memulangkan semula dana yang diperoleh daripada Kesatuan Eropah Menurut Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malay...
Dedah Nama Vip Terlibat Sinar Harian 16 06 2023

Dedah Nama Vip Terlibat Sinar Harian 16 06 2023

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 221 hits
SHAH ALAM Pelbagai pihak mendesak kerajaan mendedahkan nama ahli politik yang melindungi tauke judi dalam talian dan menjatuhkan hukuman berat ke atas mereka jika didapati bersalah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Dr...
Hasrat Budak Pesakit Kanser Naik Harley Davidson Tercapai Harian Metro 20 06 2023

Hasrat Budak Pesakit Kanser Naik Harley Davidson Tercapai Harian Metro 20 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 233 hits
Kuala Lumpur Hasrat kanak kanak Muhammad Farrel 12 yang menghidapi kanser tulang tahap empat untuk menaiki motosikal Harley Davidson tercapai hari ini Bapanya Mohammad Fetri Abu 44 berkata anaknya itu menyuarakan hasratnya untuk menaiki mot...
Ani Dan Cinta Rm10 000 Harian Metro 19 06 2023

Ani Dan Cinta Rm10 000 Harian Metro 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 238 hits
Kuala Lumpur Niat seorang wanita mahu mencari jodoh menerusi aplikasi agensi cari jodoh dalam talian bertukar pengalaman ngeri apabila ditipu lelaki warga Indonesia berjumlah kira kira RM10 000 Wanita yang mahu dikenali sebagai Ani 40 berka...
Syukur Dan Terima Kasih Kepada Segala Ucapan Dan Doa Terbaik Di Birthday 2023

Syukur Dan Terima Kasih Kepada Segala Ucapan Dan Doa Terbaik Di Birthday 2023

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 192 hits
SYUKUR DAN TERIMA KASIH KEPADA SEGALA UCAPAN DAN DOA TERBAIK DI BIRTHDAY 2023AlhamdulillahirobbilAlamin Syukur dan terima kasih kepada segala ucapan dan doa yang terbaik Tahun tok adalah remarkable birthday di kala PRU15 2022 Semoga doa doa...
Suhakam Perlu Patuh Perlembagaan Persekutuan Tolak Acuan Barat Ngo Warta Rakyat 19 06 2023

Suhakam Perlu Patuh Perlembagaan Persekutuan Tolak Acuan Barat Ngo Warta Rakyat 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 226 hits
SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia menimbulkan kegusaran selepas dilihat mesra agenda liberal yang mampu mengelirukan masyarakat umum terutamanya orang Islam Pertubuhan bukan kerajaan Islam terdiri daripada PEMBELA PPMM MACSA yang turut...
Ngo Islam Suhakam Kini Lebih Inklusif Tak Macam Dulu Malaysia Kini 19 06 2023

Ngo Islam Suhakam Kini Lebih Inklusif Tak Macam Dulu Malaysia Kini 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 201 hits
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan Islam hari ini mempertahankan barisan pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang baru Jurucakapnya Lukman Sheriff Alias daripada Malaysian Alliance of Civil Society Organisations berkata Suhakam disera...
Csos Urge Suhakam To Return Funds It Received From Eu Sinar Daily 19 06 2023

Csos Urge Suhakam To Return Funds It Received From Eu Sinar Daily 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Civil society organisations have urged for the Human Rights Commission of Malaysia to return the funds it received from the European Union Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the Universal Periodic Review Proce...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Buffet Ramadan Johor Legoland Malaysia Resort 2025


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord