Dedah Nama Vip Terlibat Sinar Harian 16 06 2023


 

SHAH ALAM - Pelbagai pihak mendesak kerajaan mendedahkan nama ahli politik yang melindungi tauke judi dalam talian dan menjatuhkan hukuman berat ke atas mereka jika didapati bersalah.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Othman berkata, hukuman keras wajar dikenakan termasuk penjara seumur hidup yang sekali gus akan menamatkan kerjaya politik individu terbabit.
"Kerajaan bukan sahaja wajar mendedahkan nama ahli politik itu bahkan perlu jatuhkan hukuman berat sekiranya dia didapati bersalah selepas dibawa ke muka pengadilan.
"Jika perlu dibuat pindaan undang-undang untuk membolehkan mereka terima hukuman berat, wajarlah pindaan berkenaan dibuat," katanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semasa sidang Dewan Rakyat pada Khamis mendedahkan terdapat 'naungan politik' yang melindungi pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini.
Menurut Saifuddin, keadaan itu menjadi kekangan terbesar dihadapi Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan untuk membanteras kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa.
Mengulas lanjut, Maamor menegaskan, tindakan tegas perlu dibuat bagi menunjukkan kerajaan tidak berkompromi dengan perbuatan jenayah dan salah guna kuasa golongan 'kenamaan' atau VIP.
"Adalah munasabah menghukum ahli politik yang menjadi dalang perbuatan jenayah dengan hukuman maksimum atau berat kerana ia akan memberi impak yang cukup besar kepada pelaku yang lain."Kalau setakat 'ikan bilis' sahaja yang ditangkap dan dikenakan hukuman, 'jerung' dan 'harimau' yang lain tak akan rasa tergugat.
"Kalau semuanya 'kena', ia akan beri mesej yang betul bahawa kerajaan tidak berkompromi dalam hal-hal berkaitan judi kerana ia boleh merosakkan ekonomi dan meruntuhkan sosial rakyat," ujarnya.
Senada dengan PPIM, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim yang menganggap pendedahan nama individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah itu dapat membantu menjaga akauntabiliti dan memberikan amaran kepada mereka yang terlibat dengan kegiatan yang melanggar undang-undang.
"Ia juga boleh memberi keyakinan kepada orang awam bahawa tindakan bersungguh-sungguh sedang diambil untuk menangani isu tersebut.
"Bagaimanapun, keputusan untuk dedahkan nama-nama tersebut adalah bergantung kepada undang-undang dan proses yang sedia ada di negara ini," katanya.
Jais menegaskan, sangat penting kepada kerajaan untuk menegakkan keadilan dan integriti dalam menangani kesalahan yang melibatkan ahli politik atau individu dalam jawatan awam.
"Ini untuk memastikan tidak ada pihak yang terkecuali daripada undang-undang dan semua individu tunduk kepada hukuman yang setimpal jika didapati bersalah," jelasnya.
Begitu juga dengan, Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang berkata, kerajaan perlu mendedahkan identiti ahli politik itu datang daripada parti mana.
"Saya mohon kerajaan dedahkan (nama ahli politik dan partinya) serta buat siasatan sesegera mungkin (ke atas individu terbabit)."
Jangan melindungi petualang sebegini walau sebesar mana pun pangkatnya," ujarnya.
 Orang politik jangan salah guna kuasa - Lam Thye 
SHAH ALAM - Orang politik digesa menghindari perbuatan negatif yang boleh menjatuhkan nama baik khususnya skandal dan jenayah demi penghormatan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. 
Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata demikian susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat pada Khamis yang mendedahkan terdapat 'naungan politik' yang melindungi pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini. 
Lam Thye berkata, individu tersebut perlu menjaga reputasi dan menunjukkan teladan yang baik supaya tidak menimbulkan kemarahan sekali gus hilang sokongan rakyat disebabkan sikap 'tamak'. 
"Bagi mereka yang terlibat dalam politik, mesti memahami fungsi, objektif dan menjadi teladan kepada orang ramai. 
"Jika mahu mendapat sokongan rakyat maka orang politik itu perlu berkelakuan baik, tidak terlibat dalam skandal, jenayah dan perkara yang bertentangan dengan undang-undang. 
"Mereka perlu sedar sebagai orang politik, memang tidak lari daripada memasang cita-cita besar, iaitu mahu menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri tetapi mesti menjadi yang terbaik dan elakkan perkara yang boleh memburuk reputasi khususnya jenayah," katanya kepada Sinar Harian. 


Artikel oleh: Sinar Harian
DEDAH NAMA VIP TERLIBAT
https://www.sinarharian.com.my/article/263713/berita/nasional/dedah-ahli-politik-dalang-judi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/06/dedah-nama-vip-terlibat-sinar-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suhakam Digesa Henti Terima Dana Asing Berita Harian 19 06 2023

Suhakam Digesa Henti Terima Dana Asing Berita Harian 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 173 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia untuk berhenti menerima dana asing bagi mengelakkan ia dikawal oleh sesetengah pihak berkepentingan Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pertubuhan M...
Bukan Hebatnya Sinar Harian Tetapi Kelemahan Kkdm

Bukan Hebatnya Sinar Harian Tetapi Kelemahan Kkdm

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 124 hits
Hebat Sinar Harian Dapat layanan istimewa dari KKD dan MCMC Walaupun sering keluarkan tajuk berita yang seakan mempermainkan kerajaan dan PMX tapi seolah dihalakan pula Guane boh
Hasrat Budak Pesakit Kanser Naik Harley Davidson Tercapai Harian Metro 20 06 2023

Hasrat Budak Pesakit Kanser Naik Harley Davidson Tercapai Harian Metro 20 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 235 hits
Kuala Lumpur Hasrat kanak kanak Muhammad Farrel 12 yang menghidapi kanser tulang tahap empat untuk menaiki motosikal Harley Davidson tercapai hari ini Bapanya Mohammad Fetri Abu 44 berkata anaknya itu menyuarakan hasratnya untuk menaiki mot...
Tajuddin Hadir Mengejut Di Pau 2023 Dedah Punca Kegagalan Umno

Tajuddin Hadir Mengejut Di Pau 2023 Dedah Punca Kegagalan Umno

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 171 hits
Haspaizi Zain B Nanta Kumar Geraldine TongBekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Ahmad Maslan adalah punca apa yang disifatkannya sebagai kegagalan Umno pada hari ini Dia berkata demikian ketika membuat kehadi...
Hiburan Fitnah Kepala Hotak Kau Berang Julia Sentuh Nama Anak Lufya Ugut Dedah Video Sejarah Hitam Bekas Suami

Hiburan Fitnah Kepala Hotak Kau Berang Julia Sentuh Nama Anak Lufya Ugut Dedah Video Sejarah Hitam Bekas Suami

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 243 hits
Sebelum ini pelakon Julia Farhana meluahkan rasa kecewa dengan fitnah yang dilemparkan kepada suaminya Dr Che Muhammad Hafiz Menerusi hantaran di Instgram Story Julia mengatakan suaminya merupakan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjaw...
Csos Urge Suhakam To Return Funds It Received From Eu Sinar Daily 19 06 2023

Csos Urge Suhakam To Return Funds It Received From Eu Sinar Daily 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR Civil society organisations have urged for the Human Rights Commission of Malaysia to return the funds it received from the European Union Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the Universal Periodic Review Proce...
Ani Dan Cinta Rm10 000 Harian Metro 19 06 2023

Ani Dan Cinta Rm10 000 Harian Metro 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 245 hits
Kuala Lumpur Niat seorang wanita mahu mencari jodoh menerusi aplikasi agensi cari jodoh dalam talian bertukar pengalaman ngeri apabila ditipu lelaki warga Indonesia berjumlah kira kira RM10 000 Wanita yang mahu dikenali sebagai Ani 40 berka...
Temu Usaha Agribisnis Dalam Penas 2023 Hasilkan Sejumlah Mou

Temu Usaha Agribisnis Dalam Penas 2023 Hasilkan Sejumlah Mou

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 128 hits
Temu Usaha Agribisnis yang merupakan salah satu rangkaian acara dalam Penas Petani Nelayan XVI menghasilan sejumlah MOU Pertemuan ini dilaksanakan selama 3 hari ini mulai dari tanggal 11 13 Juni 2023
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

How To Find Undervalued Domains

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel