Hasrat Budak Pesakit Kanser Naik Harley Davidson Tercapai Harian Metro 20 06 2023


 
Kuala Lumpur: Hasrat kanak-kanak Muhammad Farrel, 12, yang menghidapi kanser tulang tahap empat untuk menaiki motosikal Harley Davidson tercapai, hari ini.
Bapanya, Mohammad Fetri Abu, 44, berkata, anaknya itu menyuarakan hasratnya untuk menaiki motor berkenaan sebulan yang lalu selepas menontonnya di YouTube.
"Dia beritahu kepada kami nak naik motosikal Harley Davidson selepas menontonnya di YouTube. 
Alhamdulillah hari ini kesihatan dia ok dan boleh menaiki motosikal walaupun malam tadi dia memaklumkan kepada kami berasa pening serta sakit-sakit badan.
"Selain itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga banyak bantu dan cuba merealisasikan apa yang anak saya nak," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program kemanusiaan 'Humanity Charity Ride 2023' di sini, hari ini.
Program ini juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kingz Motocycle Group dan Media Prima Berhad.
Mengulas lanjut, Mohammad Fetri yang merupakan pengusaha pusat tahfiz berkata, anaknya itu disahkan menghidapi kanser tulang tahap empat pada November tahun lalu.
"Bulan November itu dia mula sakit selepas balik dari sekolah dan mengadu ada terlanggar kawan. Selepas itu kami memberinya ubat biasa seperti tahan sakit tapi tak sembuh.
"Bila doktor buat X-Ray nampak sesuatu yang bukan patah tulang tetapi seperti ketumbuhan.
"Untuk mengesahkan lagi perkara itu, doktor meminta kami pergi ke Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur dan dia disahkan menghidapi kanser tulang tahap empat. Selepas itu dia mula membuat kimoterapi," katanya.

Dalam pada itu, Pengasas Kingz Motocycle Group, Azulhairi Berkhanuddin berkata, pihaknya mengetahui minat Muhammad Farrel yang merupakan pesakit kanser tulang tahap empat untuk menaiki motosikal Harley Davidson menerusi TikTok.
Disebabkan itu, beliau bersama-sama 29 pemilik motosikal Harley Davidson yang lain mahu membawa murid tahun enam itu meronda sekitar ibu negara pada hari ini.
"Kita mahu membawa Muhammad Farrel sekitar Kuala Lumpur bagi memenuhi impiannya," katanya.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, program yang dianjurkan oleh pihaknya adalah bagi menyantuni dan memberi semangat kepada Muhammad Farrel yang mahu menaiki motosikal Harley Davidson.
Nadzim berkata, dengan usaha yang dilakukan ini, pihaknya berharap ia dapat memberi kekuatan kepada Muhammad Farrel untuk berjuang melawan penyakit yang dihidapinya sejak penghujung tahun lalu.


Artikel oleh: Harian Metro
HASRAT BUDAK PESAKIT KANSER NAIK HARLEY DAVIDSON TERCAPAI
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/978589/hasrat-budak-pesakit-kanser-naik-harley-davidson-tercapai



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/06/hasrat-budak-pesakit-kanser-naik-harley.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ani Dan Cinta Rm10 000 Harian Metro 19 06 2023

Ani Dan Cinta Rm10 000 Harian Metro 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 272 hits
Kuala Lumpur Niat seorang wanita mahu mencari jodoh menerusi aplikasi agensi cari jodoh dalam talian bertukar pengalaman ngeri apabila ditipu lelaki warga Indonesia berjumlah kira kira RM10 000 Wanita yang mahu dikenali sebagai Ani 40 berka...
Dedah Nama Vip Terlibat Sinar Harian 16 06 2023

Dedah Nama Vip Terlibat Sinar Harian 16 06 2023

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 255 hits
SHAH ALAM Pelbagai pihak mendesak kerajaan mendedahkan nama ahli politik yang melindungi tauke judi dalam talian dan menjatuhkan hukuman berat ke atas mereka jika didapati bersalah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Dr...
Ekspor Kendaraan Naik Paling Tinggi Di Mei 2023 Capai Usd373 2 Juta

Ekspor Kendaraan Naik Paling Tinggi Di Mei 2023 Capai Usd373 2 Juta

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 243 hits
Badan Pusat Statistik mencatat terdapat 5 komoditas ekspor Indonesia yang mengalami kenaikan pada Mei 2023 Salah satu komoditas yang paling tinggi kenaikannya adalah ekspor kendaraan yang naik 60 20 persen atau mencapai USD 373 2 juta
Suhakam Digesa Henti Terima Dana Asing Berita Harian 19 06 2023

Suhakam Digesa Henti Terima Dana Asing Berita Harian 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia untuk berhenti menerima dana asing bagi mengelakkan ia dikawal oleh sesetengah pihak berkepentingan Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pertubuhan M...
Aktiviti Ppim Dan Rakan Strategik Santuni Pelajar Derita Kanser Tahap 4 Ppim 17 06 2023

Aktiviti Ppim Dan Rakan Strategik Santuni Pelajar Derita Kanser Tahap 4 Ppim 17 06 2023

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 405 hits
Seorang pesakit kanser tulang tahap empat adik Muhammad Farrel Muhammad Fetri sudah lama menyimpan hasrat menunggang motosikal jenis Harley Davidson Prihatin dengan kekangan keluarganya untuk memenuhi impian itu Persatuan Pengguna Islam Mal...
Takkan Tak Sedar Harga Susu Formula Naik Di Pasaran Utusan Malaysia 16 06 2023

Takkan Tak Sedar Harga Susu Formula Naik Di Pasaran Utusan Malaysia 16 06 2023

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 323 hits
RAMAI mempertikaikan tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub apabila beliau meminta seorang penonton sesi Town Hall Rakyat baru baru ini menunjukkan bukti sekiranya benar harga barangan di pas...
Merasmikan Tilawah Al Quran Pada 12 Jun 2023

Merasmikan Tilawah Al Quran Pada 12 Jun 2023

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 220 hits
Alhamdulillah dapat hadir merasmikan Tilawah dan Hafazan Al Quran peringkat kebangsaan di Butterworth Arena Pastinya majlis ini ruang kesempatan untuk terus meningkatkan kefahaman Al Quran Kitab suci ini seharusnya dimanfaatkan dengan memba...
Rupst Lpck 2023 Sahkan Susunan Manajemen Baru Ini Daftarnya

Rupst Lpck 2023 Sahkan Susunan Manajemen Baru Ini Daftarnya

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 255 hits
Rapat Umum Pemegang Saham Tahunan PT Lippo Cikarang Tbk mengumumkan sekaligus mengesahkan jajaran Dewan Komisaris beserta Dewan Direksi baru Selain itu RUPST juga menetapkan laba bersih 2022 sebesar Rp302 8 miliar naik dari 2021 sebesar Rp1...
A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Data Analytics For Business Decisions

Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Anggota Tentera Maut Dipercayai Dibelasah 20 Senior

Resepi White Macadamia Cake

Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game

Stronger Measures Being Taken To Deal With Digital Misconduct Among Students Fadhlina Tells Parliament

Siti Kasim Wants Zahid To Impose Gag Order On Gollum Akmal Before He Shames The Malays Further

Ideas Beef Recipes Pioneer Woman