Sugar Baby Di Universiti Kita Sudah Hilang Deria Rasa


DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF  PADA 10 Februari lalu beberapa media melaporkan kenyataan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook, sebuah syarikat aplikasi ala pelacuran yang mempertemukan antara Sugar Daddy dan Sugar Baby, Darren Chan, bahawa:

(1) Bilangan pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby melalui aplikasinya adalah seramai lebih 14,000 orang.
(2) Bilangan ini semakin meningkat disebabkan kesukaran hidup pelajar universiti sejak kemunculan pandemik COVID-19.
(3) Pada bulan Januari 2021 bilangan pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby meningkat sebanyak 40 peratus.
Turut disertakan adalah data mengenai 10 universiti di Malaysia yang pelajarnya paling ramai menjadi Sugar Baby, iaitu:
(1) Sunway University: 3,105 pelajar.
(2) INTI International University: 2,624 pelajar.
(3) Taylor’s University: 1,696 pelajar.
(4) TAR University College: 1,600 pelajar.
(5) Universiti Malaya: 1,280 pelajar.
(6) Monash University: 960 pelajar.
(7) LimKokWing University: 864 pelajar.
(8) University of Nottingham: 832 pelajar.
(9) Multimedia University: 768 pelajar.
(10) Universiti Teknologi MARA: 704 pelajar.
Bagi saya, data ini sebenarnya tidaklah terlalu mengejutkan kerana saya sendiri pernah, pada 18 Disember 2019, sewaktu mengulas kewujudan billboard Sugarbook di Bangsar dan Mont Kiara mendedahkan betapa bila saya memasuki website Sugarbook terdapat begitu banyak nama-nama dan wajah-wajah gadis Melayu Islam yang masih muda belia yang tanpa segan silu mengiklankan hasrat mereka untuk menjadi ‘Sugar Babies’ kepada ‘Sugar Daddies’.
Saya juga telah mendedahkan mengenai strategi Sugarbook mensasarkan pelajar di universiti untuk menjadi Sugar Baby dengan memperkenalkan satu ‘program pelajar’ bagi membolehkan pelajar universiti menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan memberikan insentif tertentu kepada mereka yang memohon untuk menjadi Sugar Babymelalui Sugarbook dengan menggunakan email universiti atau dengan memberikan bukti kemasukan ke universiti.
Pendedahan begini, ternyata sekali menimbulkan kemarahan rakyat, termasuk Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad, yang mempersoalkan ke mana perginya suara Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, dan suara Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, yang sepatutnya melindungi wanita muda, khususnya pelajar universiti, di negara ini dari terjebak ke dalam kancah maksiat.
Begitupun, apa yang berlaku ialah tiada sebarang reaksi positif dibuat oleh Kerajaan PH pada waktu itu, malah ada Menteri Melayu Islam dari PAN yang menyelar penularan berita mengenai aktiviti tidak bermoral Sugarbook ini kerana kononnya membantu memberi publisiti percuma kepada syarikat itu sedangkan apa yang dibuat adalah usaha untuk membuktikan dan mencegah kemungkaran yang berlaku supaya dengannya kemungkaran dapat dihapuskan.
Di sebalik ketakutan Sugarbook bila melihat gelombang kuat tentangan masyarakat ke atas aktivitinya sehingga ketuanya merayu supaya ia tidak diharamkan, dan di sebalik desakan supaya Kerajaan PH menggunakan undang-undang dan saluran yang ada untuk sekurang-kurangnya memastikan anak-anak muda Melayu Islam tidak lagi mampu untuk dirosakkan secara beramai-ramai oleh pemodal bukan-Melayu bukan-Islam, tiada apa-apa yang berlaku.
Saya sendiri boleh faham bila kerajaan dominasi bukan-Melayu bukan-Islam seperti PH tidak berani mengambil apa-apa tindakan ke atas Sugarbook kerana pada waktu itu aktiviti sebegini dilihat sebagai sesuatu yang perlu ditoleransi kononnya demi untuk menjaga maslahat yang lebih besar, iaitu untuk menjaga tapak undi dan kuasa, juga sebagai sesuatu yang normal selaras dengan prinsip kebebasan, termasuk kebebasan untuk membuat dosa, khususnya dosa peribadi.
Begitupun, sejak 1 Mac 2020, Kerajaan PH ini telah diganti oleh kerajaan dominasi Melayu Islam yang sepatutnya lebih tegas di dalam mengekang aktiviti kemungkaran seperti yang dibuat oleh Sugarbook ini, oleh itu Kerajaan PN sekarang, khususnya Kementerian Pengajian Tinggi, perlulah mengambil serius pendedahan terbaru Sugarbookbahawa bilangan pelajar universiti yang menjadi Sugar Baby semakin meningkat disebabkan kesukaran hidup mereka.
Tidak malukah kita bila didedahkan secara meluas bahawa salah satu universiti awam tertua dan paling berprestij kita, iaitu Universiti Malaya, berada di tempat kelima dari segi ranking 10 universiti di Malaysia yang pelajarnya paling ramai menjadi Sugar Baby dengan bilangan 1,280 pelajar, manakala satu lagi universiti awam kebanggaan golongan Bumiputera, iaitu Universiti Teknologi MARA, pula berada di tempat kesepuluh dengan bilangan 704 pelajar? Sudah hilang deria rasakah kita?  – HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/sugar-baby-di-universiti-kita-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandemik Heret Pelajar Universiti Ke Kancah Sugar Baby

Pandemik Heret Pelajar Universiti Ke Kancah Sugar Baby

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 196 hits
Seramai 12 705 pelajar dari 10 institusi pengajian tinggi di Lembah Klang termasuk dua universiti awam terjebak dalam kancah sugar baby PETALING JAYA Peningkatan kes Covid 19 dan perintah kawalan pergerakan menyebabkan lebih ramai pelajar u...
Universiti Buat Semakan Terperinci Laporan Pelajar Terlibat Kancah Sugar Baby

Universiti Buat Semakan Terperinci Laporan Pelajar Terlibat Kancah Sugar Baby

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 239 hits
Ketua Pengarah KPT Husaini Omar berkata pihaknya menghubungi beberapa universiti yang disenaraikan dalam laporan itu bagi mendapatkan maklumat mengenai kesahihan data disiarkan dalam beberapa media PETALING JAYA Kementerian Pengajian Tinggi...
Sugar Baby Rahsia Terbuka Bukan Benda Baru

Sugar Baby Rahsia Terbuka Bukan Benda Baru

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 224 hits
BOB KELANANG Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah syarikat yang memaparkan statistik berkenaan Sugar Daddy dan Sugar Baby p33ada ramai orang pendedahan ini amat mengejutkan tapi bagi pihak keselamatan ...
Jumlah Sugar Baby Sangat Tidak Munasabah Kpt

Jumlah Sugar Baby Sangat Tidak Munasabah Kpt

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh Jumlah sugar baby dalam kalangan pelajar IPT jelas sangat meragukan Gambar hiasan media sosial Jumlah sugar baby yang dikaitkan dengan pelajar universiti tempatan seperti dakwaan beberapa portal berita sebenarnya sangat meragukan Sebag...
Isu Sugar Baby Selamatkah Malaysia Di Bawah Ulamak Pas

Isu Sugar Baby Selamatkah Malaysia Di Bawah Ulamak Pas

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 255 hits
Ketua Pegawai Eksekutif SeekingArrangement Brandon Wade berkata jurang antara kaya dan miskin di Asia yang semakin melebar dalam dua dekad terakhir mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki yang lebih tua atas pelbagai alasan Pentas seper...
Tular Isu Wanita Simpanan Wani Kayrie Dedah Ada Rakan Rakan Tawar Diri Jadi Sugar Baby

Tular Isu Wanita Simpanan Wani Kayrie Dedah Ada Rakan Rakan Tawar Diri Jadi Sugar Baby

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 418 hits
Penyanyi dan juga pelakon muda Wani Kayrie mendedahkan bahawa terdapat segelintir kenalan yang dikenalinya ketika menuntut di pusat pengajian swasta turut terbabit dalam aktiviti tidak bermoral 8216 sugar baby 8217 seperti yang tular di med...
Memang Ramai Gadis Terjebak Jadi Baby Sugar Kata Zul Yahya

Memang Ramai Gadis Terjebak Jadi Baby Sugar Kata Zul Yahya

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 412 hits
MALAYSIAKINI Zul Yahya berkata dia pernah bergelumang dengan baby sugar ketika bekerja sebagai pelayan bar suatu ketika dulu Berasa dia tidak lagi boleh terus mengunci mulutnya Zul Yahya tampil berkongsi pengalaman menelusuri lorong gelap b...
Aplikasi Sugar Baby Dihapuskan Atau Dijenamakan Semula

Aplikasi Sugar Baby Dihapuskan Atau Dijenamakan Semula

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 289 hits
Menurutnya pihaknya juga menggesa sindiket berkaitan dan amalan rasuah melibatkan pihak berkuasa seperti penjualan methamphetamine dan pemerdagangan kanak kanak atau wanita dihapuskan Kerajaan juga digesa menyediakan program pemulihan dan k...
Pengakuan Jujur Sugar Baby Kl Tentang Hidup Mewah Yang Ditaja Oleh Sugar Daddy

Pengakuan Jujur Sugar Baby Kl Tentang Hidup Mewah Yang Ditaja Oleh Sugar Daddy

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 260 hits
Seorang sugar baby KL telah membuat pengakuan jujur di Reddit tentang gaya hidup dalam kancah sugar bowl ini untuk tatapan anda Pengakuan jujurnya itu mendapat perhatian netizen kerana netizen boleh menyoal sebarang soalan kepada mereka Ini...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach