Pandemik Heret Pelajar Universiti Ke Kancah Sugar Baby


FMT Reporters Seramai 12,705 pelajar dari 10 institusi pengajian tinggi (IPT) di Lembah Klang termasuk dua universiti awam terjebak dalam kancah “sugar baby”.PETALING JAYA: Peningkatan kes Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan lebih ramai pelajar universiti di negara ini terjebak dalam kancah “sugar baby-sugar daddy” bagi memperoleh wang mudah untuk menampung kos sara hidup termasuk yuran pengajian.
Sugarbook, platform temu janji “sugar daddy” terbesar di Asia melaporkan peningkatan 40% pelajar mendaftar untuk menjadi “sugar baby” sejak Januari, dengan menyatakan krisis kewangan dialami golongan terbabit.
Platform itu turut mendedahkan senarai “top 10” universiti “sugar baby” di Malaysia di Lembah Klang termasuk dua universiti awam, dengan seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan terjebak dalam kancah itu.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook Darren Chan dalam kenyataan berkata, platform itu membantu meringankan beban pelajar berdepan masalah kewangan, pada masa sama mendedahkan mereka kepada golongan elit berpengaruh yang berpendapatan purata RM150,000.
“Berkenalan dengan seseorang yang lebih berjaya atau berpengalaman datang dengan faedahnya, dan insentif kewangan adalah salah satu daripadanya. Mereka dapat berhubung dengan individu berpengaruh sekali gus melancarkan peluang kerjaya.
“Menjelang Valentine’s dalam masa terdekat ini, kebanyakan ‘sugar baby’ mendapat elaun bulanan sehingga RM2,500, ini sangat membantu pelajar universiti yang berdepan situasi sukar,” katanya.
Menerusi laporan Sugarbook, golongan pelajar dan graduan menduduki tangga pertama paling ramai menjadi “sugar baby”, diikuti usahawan, jururawat, guru, peguam, pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model dan ahli farmasi.
Sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu, semua universiti awam dan swasta terpaksa ditutup, dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam talian.
Bagaimanapun, yuran pengajian universiti tetap sama, terbukti menjadi salah satu beban yang paling mencabar bagi kebanyakan keluarga.
Semalam, FMT melaporkan Malaysia menjadi “sarang” kepada 42,500 “sugar daddy”, ketiga paling tinggi di Asia selepas India (338,000) dan Indonesia (60,250), menurut SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia.
Senarai itu diikuti Jepun yang mempunyai 32,500 “sugar daddy”, Hong Kong (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000) dan Sri Lanka (5,000).
Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.
Dilaporkan, negara Asia dengan kadar penembusan pendidikan tinggi terbukti lebih terdedah terhadap trend itu, dengan Malaysia mencatat hutang pinjaman tertunggak pelajarnya berjumlah RM39 bilion.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/pandemik-heret-pelajar-universiti-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Universiti Buat Semakan Terperinci Laporan Pelajar Terlibat Kancah Sugar Baby

Universiti Buat Semakan Terperinci Laporan Pelajar Terlibat Kancah Sugar Baby

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 260 hits
Ketua Pengarah KPT Husaini Omar berkata pihaknya menghubungi beberapa universiti yang disenaraikan dalam laporan itu bagi mendapatkan maklumat mengenai kesahihan data disiarkan dalam beberapa media PETALING JAYA Kementerian Pengajian Tinggi...
Sugar Baby Di Universiti Kita Sudah Hilang Deria Rasa

Sugar Baby Di Universiti Kita Sudah Hilang Deria Rasa

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 337 hits
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF PADA 10 Februari lalu beberapa media melaporkan kenyataan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook sebuah syarikat aplikasi ala pelacuran yang mempertemukan antara Sugar Daddy dan Sugar Baby Darren Chan ba...
Dua Pelajar Perakaunan Universiti Teknologi Mara Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia

Dua Pelajar Perakaunan Universiti Teknologi Mara Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Dua pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA melakar kecemerlangan apabila tersenarai antara 10 terbaik dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants dan Certified Accounting Technician ...
Tular Isu Wanita Simpanan Wani Kayrie Dedah Ada Rakan Rakan Tawar Diri Jadi Sugar Baby

Tular Isu Wanita Simpanan Wani Kayrie Dedah Ada Rakan Rakan Tawar Diri Jadi Sugar Baby

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 442 hits
Penyanyi dan juga pelakon muda Wani Kayrie mendedahkan bahawa terdapat segelintir kenalan yang dikenalinya ketika menuntut di pusat pengajian swasta turut terbabit dalam aktiviti tidak bermoral 8216 sugar baby 8217 seperti yang tular di med...
Saya Seorang Sugar Baby

Saya Seorang Sugar Baby

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 244 hits
AnonymousPada usia 20 tahun saya merupakan seorang pelajar di sebuah universiti antarabangsa kelas atasan di Subang Jaya Hidup saya dikelilingi anak anak orang kaya dan pelajar antarabangsa yang hidup mewah Saya berasakan diri saya tidak se...
Pengakuan Jujur Sugar Baby Kl Tentang Hidup Mewah Yang Ditaja Oleh Sugar Daddy

Pengakuan Jujur Sugar Baby Kl Tentang Hidup Mewah Yang Ditaja Oleh Sugar Daddy

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 281 hits
Seorang sugar baby KL telah membuat pengakuan jujur di Reddit tentang gaya hidup dalam kancah sugar bowl ini untuk tatapan anda Pengakuan jujurnya itu mendapat perhatian netizen kerana netizen boleh menyoal sebarang soalan kepada mereka Ini...
Sugar Baby Rahsia Terbuka Bukan Benda Baru

Sugar Baby Rahsia Terbuka Bukan Benda Baru

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 244 hits
BOB KELANANG Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah syarikat yang memaparkan statistik berkenaan Sugar Daddy dan Sugar Baby p33ada ramai orang pendedahan ini amat mengejutkan tapi bagi pihak keselamatan ...
Jumlah Sugar Baby Sangat Tidak Munasabah Kpt

Jumlah Sugar Baby Sangat Tidak Munasabah Kpt

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 267 hits
Oleh Jumlah sugar baby dalam kalangan pelajar IPT jelas sangat meragukan Gambar hiasan media sosial Jumlah sugar baby yang dikaitkan dengan pelajar universiti tempatan seperti dakwaan beberapa portal berita sebenarnya sangat meragukan Sebag...
Memang Ramai Gadis Terjebak Jadi Baby Sugar Kata Zul Yahya

Memang Ramai Gadis Terjebak Jadi Baby Sugar Kata Zul Yahya

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 433 hits
MALAYSIAKINI Zul Yahya berkata dia pernah bergelumang dengan baby sugar ketika bekerja sebagai pelayan bar suatu ketika dulu Berasa dia tidak lagi boleh terus mengunci mulutnya Zul Yahya tampil berkongsi pengalaman menelusuri lorong gelap b...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuktech Expands Product Line In Malaysia With Launch Of Three Innovative Power Products

Apa Yang Allah Jauhkan Mungkin Itu Yang Terbaik Untukmu Saat Ini

Perut Lembu Air Asam

Folder Custom Untuk Persaraan Pilihan Bijak Organisasi Profesional

Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal