Universiti Buat Semakan Terperinci Laporan Pelajar Terlibat Kancah Sugar Baby


FMT Reporters
Ketua Pengarah KPT Husaini Omar berkata pihaknya menghubungi beberapa universiti yang disenaraikan dalam laporan itu bagi mendapatkan maklumat mengenai kesahihan data disiarkan dalam beberapa media. (Gambar Freepik)PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata pihak universiti akan menjalankan semakan dalaman secara terperinci mengenai laporan media ramai pelajar universiti di negara ini terjebak dalam kancah “sugar baby-sugar daddy”.
Ketua Pengarah KPT Husaini Omar berkata, pihaknya memandang serius pendedahan dibuat media mengenai laman sesawang “student programme” dan laporan di Facebook mengenai peningkatan mendadak bilangan pelajar universiti yang terlibat dalam perkhidmatan “sugar baby”.
“Pihak KPT telah menghubungi beberapa universiti yang disenaraikan dalam laporan itu bagi mendapatkan maklumat mengenai kesahihan data yang disiarkan dalam beberapa media.
“Dalam hal ini, pihak universiti menjelaskan terdapat banyak keraguan terhadap data yang dikemukakan,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, FMT melaporkan Malaysia menjadi “sarang” kepada 42,500 “sugar daddy”, ketiga paling tinggi di Asia selepas India (338,000) dan Indonesia (60,250), menurut SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia.
Senarai itu diikuti Jepun yang mempunyai 32,500 “sugar daddy”, Hong Kong (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000) dan Sri Lanka (5,000).
Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.
Ia disusuli kenyataan Sugarbook, platform temu janji “sugar daddy” terbesar di Asia melaporkan peningkatan 40% pelajar universiti mendaftar untuk menjadi “sugar baby” sejak Januari lalu, dengan menyatakan krisis kewangan dialami golongan terbabit.
Platform itu turut mendedahkan senarai “top 10” universiti “sugar baby” di Malaysia di Lembah Klang termasuk dua universiti awam, dengan seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan terjebak dalam kancah itu.
Semalam, pemuda PAS mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyekat laman web dan aplikasi Sugarbook susulan semakin ramai rakyat cenderung terhadap gejala disifatkan tidak bermoral.
Dalam pada itu, Husaini berkata Sunway Education Group juga berkata agak mustahil 45% daripada pelajar Sunway University terlibat sebagai “sugar baby”.
Katanya, ini kerana jumlah pelajar Sunway University pada masa kini lebih kurang 7,000 sahaja.
“Oleh itu, laporan disiarkan oleh media bahawa seramai 3,105 pelajar Sunway University sebagai ‘sugar baby’ tidak munasabah.
“Pada 10 Feb lalu UiTM juga membuat laporan polis bagi menafikan laporan oleh pihak media,” katanya.
Husaini berkata, bagaimanapun KPT bersama pihak universiti akan menangani isu itu dengan lebih berkesan.
Katanya, pihak KPT juga akan melaksanakan sesi libat urus dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.
“Agar satu program yang berterusan dan menyeluruh dapat dirangka dalam memastikan sahsiah pelajar dan imej institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia terjaga,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/universiti-buat-semakan-terperinci.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandemik Heret Pelajar Universiti Ke Kancah Sugar Baby

Pandemik Heret Pelajar Universiti Ke Kancah Sugar Baby

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 228 hits
Seramai 12 705 pelajar dari 10 institusi pengajian tinggi di Lembah Klang termasuk dua universiti awam terjebak dalam kancah sugar baby PETALING JAYA Peningkatan kes Covid 19 dan perintah kawalan pergerakan menyebabkan lebih ramai pelajar u...
Sugar Baby Di Universiti Kita Sudah Hilang Deria Rasa

Sugar Baby Di Universiti Kita Sudah Hilang Deria Rasa

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 348 hits
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF PADA 10 Februari lalu beberapa media melaporkan kenyataan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook sebuah syarikat aplikasi ala pelacuran yang mempertemukan antara Sugar Daddy dan Sugar Baby Darren Chan ba...
Jumlah Sugar Baby Sangat Tidak Munasabah Kpt

Jumlah Sugar Baby Sangat Tidak Munasabah Kpt

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 285 hits
Oleh Jumlah sugar baby dalam kalangan pelajar IPT jelas sangat meragukan Gambar hiasan media sosial Jumlah sugar baby yang dikaitkan dengan pelajar universiti tempatan seperti dakwaan beberapa portal berita sebenarnya sangat meragukan Sebag...
Sugar Daddy Pdrm Terima Laporan Ipta

Sugar Daddy Pdrm Terima Laporan Ipta

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 230 hits
Oleh PDRM siasat laporan pelajar IPT terbabit dalam kegiatan tidak bermoral menggunakan aplikasi Sugarbook FOTO NSTP KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam berhubung mahasiswa di Lemb...
Isu Sugar Baby Selamatkah Malaysia Di Bawah Ulamak Pas

Isu Sugar Baby Selamatkah Malaysia Di Bawah Ulamak Pas

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 302 hits
Ketua Pegawai Eksekutif SeekingArrangement Brandon Wade berkata jurang antara kaya dan miskin di Asia yang semakin melebar dalam dua dekad terakhir mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki yang lebih tua atas pelbagai alasan Pentas seper...
Sugar Baby Rahsia Terbuka Bukan Benda Baru

Sugar Baby Rahsia Terbuka Bukan Benda Baru

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 258 hits
BOB KELANANG Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah syarikat yang memaparkan statistik berkenaan Sugar Daddy dan Sugar Baby p33ada ramai orang pendedahan ini amat mengejutkan tapi bagi pihak keselamatan ...
Saya Seorang Sugar Baby

Saya Seorang Sugar Baby

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 257 hits
AnonymousPada usia 20 tahun saya merupakan seorang pelajar di sebuah universiti antarabangsa kelas atasan di Subang Jaya Hidup saya dikelilingi anak anak orang kaya dan pelajar antarabangsa yang hidup mewah Saya berasakan diri saya tidak se...
Memang Ramai Gadis Terjebak Jadi Baby Sugar Kata Zul Yahya

Memang Ramai Gadis Terjebak Jadi Baby Sugar Kata Zul Yahya

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 450 hits
MALAYSIAKINI Zul Yahya berkata dia pernah bergelumang dengan baby sugar ketika bekerja sebagai pelayan bar suatu ketika dulu Berasa dia tidak lagi boleh terus mengunci mulutnya Zul Yahya tampil berkongsi pengalaman menelusuri lorong gelap b...
Pengakuan Jujur Sugar Baby Kl Tentang Hidup Mewah Yang Ditaja Oleh Sugar Daddy

Pengakuan Jujur Sugar Baby Kl Tentang Hidup Mewah Yang Ditaja Oleh Sugar Daddy

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 293 hits
Seorang sugar baby KL telah membuat pengakuan jujur di Reddit tentang gaya hidup dalam kancah sugar bowl ini untuk tatapan anda Pengakuan jujurnya itu mendapat perhatian netizen kerana netizen boleh menyoal sebarang soalan kepada mereka Ini...
Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Van Kelvin Runtuh Dada Chord

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalkan Budaya Pelajar Cemerlang Dalam Menjalani Kehidupan Dan Urusan Mencari Rezeki

Resepi White Macadamia Cake

Printing Botol Sticker Label Vs Silkscreen Tips Pilih Yang Paling Ekonomi Berkualiti

Data Analytics For Business Decisions

Nsfc Tekad Sekat Jdt Berita Harian

Liga Super Tfc Jinakkan Penang Fc 3 0