Sudahlah Khianati Rakyat Umno Perak Mula Ikut Cara Politik Dap


agendaily.com29/11/2022
Menteri Besar kerajaan DAP-UMNO Perak Haji Saarani Mohamad.
Sudahlah mengkhianati mandat diberikan oleh rakyat dan akar umbi, kini UMNO Perak mula mengikut rentak rakan baik mereka, DAP, melakukan pembohongan dalam usaha memburuk-burukkan imej parti lawan.

Sebelum ini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Mohd Annuar Zaini memfitnah Bersatu dan PAS – dua parti komponen Perikatan Nasional – kononnya bergaduh berebut jawatan Menteri Besar (MB).

Mewakili kerajaan DAP-UMNO, kini MB Perak Haji Saarani Mohamad pula cuba memfitnah Perikatan Nasional dengan menuduh gabungan itu cuba membeli empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bagi menubuhkan kerajaan negeri.

Seperti dilakukan Pakatan Harapan (PH), Haji Saarani cuba membangkitkan persepsi buruk terhadap Perikatan Nasional dengan membuat tuduhan tidak berasas itu setelah UMNO kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu.

Tidak padan dengan hanya menang lapan daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, UMNO cuba menutup pengkhianatan terhadap akar umbi yang rata-rata Melayu-Islam, apabila bersekongkol dengan DAP – sebuah parti yang mereka sendiri dakwa anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja.

Bagaimanapun, tuduhan dan fitnah bahawa Perikatan Nasional cuba membeli ADUN BN, ditepis Setiausaha Bersatu Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, sambil menjelaskan ianya tidak bernar dan tidak berasaskan fakta.

“Saya tidak pernah memberi, menawarkan mahupun hendak ‘membeli’ ADUN BN, janganlah membuat tuduhan begitu. Saya sendiri tidak pernah hubungi mana-mana ADUN BN sehinggalah beliau (Haji Saarani) mengangkat sumpah pada 22 November lalu.

“(Sebelum itu), saya sendiri jumpa beliau (Haji Saarani) pada jam 3 pagi pada 20 November lalu untuk bertanyakan kerjasama bersama itu saja,” katanya menurut BH.

Sebelum ini, Haji Saarani mendakwa ada cubaan ‘mencuri’ ADUN BN malah dimaklumkan ada ejen Perikatan Nasional menelefon dan menghantar mesej kepada ADUN berkenaan supaya keluar parti dan menyertai Perikatan Nasional, sama seperti yang berlaku pada tahun 2018.

Bagaimanapun, Haji Saarani tidak menyatakan ejen terbabit yang boleh jadi dilakukan oleh ahli UMNO sendiri yang menyamar sebagai ejen Perikatan Nasional.

Zainol menjelaskan beliau ada menghubungi dua rakannya daripada kalangan ADUN BN pada 22 November lalu untuk bertanyakan adakah mereka dilantik menjadi Exco kerajaan negeri atau tidak, namun tidak pula mengarahkan sesiapa apatah lagi menghantar ‘ejen’ seperti yang didakwa Haji Saarani bagi ‘mencuri’ ADUN BN.

“Saya faham tekanan yang dia (Haji Saarani) hadapi disebabkan keputusan yang diambil (bekerjasama dengan DAP), cuma dalam kes ini tidak timbul isu cubaan membeli ADUN BN.

“Kerana saya sendiri pernah menandatangani surat akuan (SD) menyokong beliau (Haji Saarani) menjadi Menteri Besar oleh wakil BN sebelum ini. Begitu juga ketika Mei 2018 saya menyokong ADUN Chenderiang (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) menjadi Menteri Besar,” katanya.

Pada PRU-15 lalu, menerusi gelombang rakyat yang menolak BN, khususnya UMNO, Perikatan Nasional menang paling banyak kerusi dalam DUN Perak iaitu 26 kerusi, manakala PH (24 kerusi – majoritinya dikuasai DAP), dan BN (sembilan, termasuk satu daripada MCA).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/sudahlah-khianati-rakyat-umno-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Kerajaan Dap Umno Pula Cuba Tipu Rakyat Perak Akar Umbi Parti

Mb Kerajaan Dap Umno Pula Cuba Tipu Rakyat Perak Akar Umbi Parti

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 148 hits
agendaily com27 11 2022ADUN Kota Tampan Datuk Haji Saarani Mohamad gembila mendapat kerusi Menteri Besar kerajaan DAP UMNO Perak Menteri Besar kerajaan DAP UMNO Datuk Seri Haji Saarani Mohamad mendakwa beliau terpaksa membentuk kerajaan neg...
Langkah Perak Dap Hapus Identiti Pejuang Melayu Islam Dalam Umno

Langkah Perak Dap Hapus Identiti Pejuang Melayu Islam Dalam Umno

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 225 hits
agendaily com22 11 2022UMNO Perak boleh menggunakan lambang baharu mereka seperti yang disiarkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam Facebook beliau semalam Seorang penganalisis keselamatan dan politik mengatakan bahawa kerjasam...
Saarani Yakin Lama Kelamaan Ahli Umno Perak Akan Sokong Ph Dap

Saarani Yakin Lama Kelamaan Ahli Umno Perak Akan Sokong Ph Dap

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 146 hits
agendaily com29 11 2022Menteri Besar kerajaan DAP UMNO Perak Haji Saarani Mohamad Kerjasama dengan Pakatan Harapan dan DAP dalam membentuk kerajaan negeri Perak mendapat sokongan semua pemimpin UMNO negeri itu kata Datuk Seri Saarani Mohama...
3 Kali Runding Umno Pahang Tolak Perpaduan Ummah Rela Ikut Dap

3 Kali Runding Umno Pahang Tolak Perpaduan Ummah Rela Ikut Dap

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 376 hits
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah rela ikut DAPTimbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan Badan Perhubungan UMNO Negeri menolak penyatuan ummah an...
Umno Perak Pengkhianat Bangsa Melayu Sanggup Duduk Bawah Dap

Umno Perak Pengkhianat Bangsa Melayu Sanggup Duduk Bawah Dap

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 377 hits
agendaily com21 11 2022UMNO setuju duduk di bawah DAP UMNO Perak menjadi Pengkhianat Bangsa Melayu pertama apabila bersetuju bersekongkol dengan DAP menubuhkan kerajaan negeri itu hari ini Dalam satu kenyataan bersama Barisan Nasional dan P...
Lapan Adun Umno Perak Khianati Melayu Islam Demi Diri Kuasa

Lapan Adun Umno Perak Khianati Melayu Islam Demi Diri Kuasa

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 385 hits
agendaily com21 11 2022ADUN UMNO Perak yang bersekongkol dengan DAP Memetik kata kata Tan Sri Annuar Musa Nak membina memakan masa bertahun tahun oleh berjuta ahli Nak meruntuhkan hanya memerlukan seorang desperado yang nak menjaga tengkokn...
Jamal Sokong Zahid Nak Bawa Masuk Umno Dalam Ph Bersama Dap Bidas Mca

Jamal Sokong Zahid Nak Bawa Masuk Umno Dalam Ph Bersama Dap Bidas Mca

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 143 hits
agendaily com23 11 2022Datuk Seri Jamal Md Yunos Langkah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa UMNO bersama Pakatan Harapan yang di dalamnya terdapat DAP juga mendapat sokongan Datuk Seri Jamal Md Yunos Ketua UMNO Bahagian Sungai Besa...
Saya Mohon Maaf Jika Pernah Singgung Rakyat Pemimpin Gps 2 Pemimpin Dap Mohon Maaf Secara Terbuka

Saya Mohon Maaf Jika Pernah Singgung Rakyat Pemimpin Gps 2 Pemimpin Dap Mohon Maaf Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 248 hits
The ReporterDua pemimpin DAP hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka jika ada sebarang kenyataan yang dibuat selama ini pernah menyinggung perasaan rakyat dan pemimpin Kerajaan Negeri Sarawak Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebelu...
Nak Letak Dalam Bekas Cantik Cantik Tak Muat Pack Barang Basah Ikut Cara Ibu Ni Jimat Ruang

Nak Letak Dalam Bekas Cantik Cantik Tak Muat Pack Barang Basah Ikut Cara Ibu Ni Jimat Ruang

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 134 hits
Memilih untuk menyimpan barang basah seperti ikan ayam dan daging dalam bekas memang nampak tersusun dan cantik Namun pastinya tidak kepada peti ais bersaiz kecil yang hanya boleh menempatkan beberapa bekas saja Tip mudah yang dikongsikan o...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut