Sudah Tiba Masa Umno Bertanding Atas Bendera Sendiri Atau Masih Bn Soal Azalina


agendait.com22/08/2023
Datuk Seri Azalina Othman Said.
Susulan keputusan buruk selepas enam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Datuk Seri Azalina Othman Said mempersoalkan sama ada UMNO perlu bertanding atas bendera sendiri atau masih kekal atas logo Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Ketua Penerangan UMNO melontarkan persoalan tersebut ekoran penolakan orang Melayu terhadap parti itu selepas bersama kerajaan campuran yang dibentuk dengan Pakatan Harapan (PH)-DAP, malah wujud spekulasi konflik dalaman ekoran prestasi PRN pada 12 Ogos lalu.

“Izinkan saya untuk melontarkan persoalan ini, adakah sudah tiba masanya untuk UMNO bertanding atas tiket UMNO pada pilihan raya akan datang atau masih lagi di bawah bendera BN, ataupun di bawah BN dengan gabungan baharu?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, memang mudah untuk mendesak Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri selepas UMNO mengalami kekalahan pada pilihan raya, tetapi pada waktu sama, BN adalah satu institusi.

“Kenapa segala-galanya diletakkan di bahu pengerusi, walhal bukan pengerusi yang bertanding pada PRN lalu. Paling penting sebenarnya, dalam mana-mana pilihan raya, formula kemenangan ambil kira faktor calon, pengundi serta cabaran.

“Apa yang perlu kita ubah bukan presiden, tetapi cara bagaimana kita bekerja dan menggerakkan kempen kita,” katanya.

Azalina berkata, antara cabaran utama yang UMNO dan BN masih ketinggalan ialah peperangan saraf di platform digital, memandangkan pendekatan konvensional bersemuka tidak lagi menjadi tunjang utama kempen.

“Kempen sebenar adalah di platform digital. BN sendiri perlu faham dan akur bahawa kita menghadapi defisit pengetahuan dan penguasaan platform digital pada ketika pihak lawan berbelanja tanpa had menggunakan platform itu bagi mempengaruhi pengundi.

“Kita tidak ada peraturan mahupun undang-undang yang boleh menyekat propaganda tanpa had pihak lawan menggunakan dana yang begitu banyak di platform digital kerana penyedia platform berpangkalan di luar negara.

“Melangkah ke hadapan, BN perlu bersedia untuk berubah menjadi parti yang lebih mahir dan memiliki pengetahuan menguasai teknologi digital dan Kerajaan Perpaduan juga perlu bersedia dengan penguasaan perang saraf di platform digital,” katanya.

Azalina berkata, beliau membaca dengan teliti semua pandangan dan teguran dilontarkan semua pihak, sama ada dari dalam parti mahupun luar parti sejak UMNO BN mengalami kekalahan pada PRN lalu.

“Inilah amalan demokrasi dalam parti yang mana setiap ahli boleh memberi pandangan, tetapi dalam konsep demokrasi juga, ada calon kalah dan ada yang menang dalam pilihan raya. Sudah tentu kita tahu dan faham realiti ini.

“Memang mudah untuk menuding jari terutama apabila kita kalah. Dalam pilihan raya, kalah satu undi tetap kalah dan menang satu undi, tetap menang. Mungkin kita boleh beri contoh, jika kita kalah ketika bertanding untuk jawatan Yang Dipertua PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), usahlah kita bakar dan runtuhkan sekolah.

“Ada parti politik bermula di tangga mahkamah dan ada yang masih di tangga mahkamah, malah bertahun bergolak dengan pihak keselamatan, namun ahlinya tetap teguh merapatkan saf serta berterusan meletakkan keyakinan terhadap pemimpin mereka.

“Dan hari ini parti berkenaan berjaya memerintah negara selepas PRU-14. Mereka yakin kepimpinan parti akan bawa kejayaan,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/sudah-tiba-masa-umno-bertanding-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Melayu Tolak Umno Atau Zahid

Orang Melayu Tolak Umno Atau Zahid

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 276 hits
KEPUTUSAN pilihan raya enam negeri melambangkan manifestasi perasaan dan sokongan pengundi Segala kemelut dan sentimen serta isu yang berlegar dalam kalangan rakyat terjawab melalui tangan pengundi Walaupun pelbagai strategi dan propaganda ...
Masih Yakinkah Orang Melayu Pada Umno

Masih Yakinkah Orang Melayu Pada Umno

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 264 hits
UMNO adalah parti utama orang Melayu yang mempunyai sumbangan besar tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun Sumbangan dan jasa UMNO sangat besar dan tidak terbilang kepada bangsa Melayu khususnya dan negara amnya Sokongan besar pengundi dan ...
Jenamakan Semula Umno Ikut Peredaran Masa Kata Pemimpin Wanita

Jenamakan Semula Umno Ikut Peredaran Masa Kata Pemimpin Wanita

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 197 hits
Noor Nirwandy Mat Noordin berpandangan penjenamaan semula Umno harus memberi keyakinan kepada orang Melayu dan Islam terhadapnya PETALING JAYA Seorang pemimpin Wanita Umno mencadangkan supaya parti itu dijenamakan semula sebagai langkah dra...
Terus Terang Atau Hancur Sebelum Pru16 Amaran Isham Buat Umno

Terus Terang Atau Hancur Sebelum Pru16 Amaran Isham Buat Umno

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 227 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil menyokong perhimpunan khas anjuran Pemuda Umno esok untuk merungkai permasalahan senyap membawa kekalahan teruk parti itu pada PRN Sabtu lalu Beliau berkata Umno perlu ...
Ubah Atau Kita Akan Terkubur Pemuda Umno Beritahu Kepimpinan

Ubah Atau Kita Akan Terkubur Pemuda Umno Beritahu Kepimpinan

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 226 hits
Dr Akmal Saleh turut memberi amaran jika suara akar umbi tidak didengari mereka akan melakukan sesuatu Pemuda Umno memberitahu kepimpinan parti agar membuat perubahan atau berisiko dikuburkan berikutan kekalahan teruk parti itu pada PRN bar...
Kita Berbahas Atau Kelas Membaca Hari Ini Soal Rafizi

Kita Berbahas Atau Kelas Membaca Hari Ini Soal Rafizi

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 243 hits
Sebab itu saya ajak berbahas sebab berdasarkan rekod rekod daripada Presiden hingga orang paling pandai dalam Pas pun tidak menjawab soalan moderator tapi berpusing pusing kata Rafizi Ramli
Umno Kena Tumbukan Tko Difahami Masih Pening Pening

Umno Kena Tumbukan Tko Difahami Masih Pening Pening

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 387 hits
Seorang menteri Umno mengucapkan semoga berjaya kepada pengundi di Kedah Kelantan dan Terengganu kerana mengekalkan kerajaan pembangkang di negeri negeri berkenaan dalam PRN Sabtu lalu Padanya seolah olah tiada apa yang boleh dilakukan untu...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

Kalahkan China Indonesia Bertengger Di Urutan Ke 4 Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Not The First Time Has Anthony Loke Been Negligent Over Taiwanese S Fatal Fall Onto Lrt Track


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril