Sudah Tiba Masa Top Two Umno Dicabar Betul Ke


 

Lewat malam 11 Januari, lebih kurang 24 jam sebelum Perhimpunan Agung Umno 2022 dijadual bermula, sekumpulan Ketua Umno Bahagian mengadakan sidang media untuk menyatakan solidariti supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan Umno yang bakal diadakan tahun ini. Selewatnya 19 Mei ini.
Kata Shafie Abdullah, ketua Umno Wangsa Maju yang bertindak sebagai wakil kumpulan itu, 126 ketua bahagian termasuk pengerusi perhubungan negeri-negeri menyokong ketetapan itu. Namun pada penghujung sidang medianya, angka yang disebut Shafie berubah menjadi 140. Sayang tidak ada yang memperbetulkan status dan tidak ada pula bertanya berapa sebenarnya jumlah yang ada dalam kumpulan beliau.
Apa pun 126 atau 140 mesej mereka jelas. Mereka mahu Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan dikekalkan “top two” dalam Umno. Mereka tidak mahu kedua-dua pemimpin itu dicabar.
Khairy Jamaluddin, ketua Pemuda zaman Abdullah Ahmad Badawi presiden Umno dulu, pantas respon. Menerusi media sosial Khairy atau KJ menyifatkan langkah itu satu “kegilaan”. Kata Khairy, tiada siapa yang wajar membenarkan demokrasi dalam Umno dimatikan lantas “hentikan kegilaan ini”. Beliau turut bertanya sama ada Umno hanya milik ketua-ketua bahagian dan “apakah para perwakilan dan akar umbi tidak punya hak memilih ketua mereka.”
Tetapi pada sidang medianya, Shafie mendakwa kumpulannya mewakili akar umbi. Menurut beliau Zahid tidak membenarkan isu pemilihan parti dibincangkan pada mesyuarat MKT kerana mahu tahu apa pandangan “grass root”.
Bagi Shafie inilah suara akar umbi kerana “ketua bahagian mewakili grass root. Mereka memimpin selama lima tahun dan semua dibawah mereka ialah ‘grass root’”. Lantas beliau berharap presiden parti (juga timbalannya) “mendengar keputusan yang telah dibuat”.
Bagaimanapun, Khairy merasakan “presiden seorang fighter yang tidak gentar menghadapi cabaran”. Adakah Khairy sekadar mengapi-apikan, sindir, atau perli terpulang kepada interpretasi masing-masing.
Zahid sebelum ini ada mengatakan beliau mengalu-alukan cabaran kerana “saya pernah dicabar dan saya menang”. Merujuk pemilihan 2018 apabila beliau mengenepikan cabaran Khairy dan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi presiden Umno. Kesediaan Zahid bertanding tidak memeranjatkan kerana beliau dikatakan punyai kelebihan untuk mempertahankan jawatan. Meski pun demikian ada pihak dalam Umno yang mengesyaki ada langkah tertentu akan diambil pada masa terdekat bagi menghalang pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden diadakan.
Ada juga mengsyaki langkah ketua-ketua bahagian, juga saranan pemimpin termasuk ketua Pemuda dan Wanita, juga di belakang Zahid. Oleh itu jika pertandingan diadakan ia sekaligus mematikan tuduhan sedemikian.
Bagaimanapun, kata Ketua Umno Bahagian yang tidak mahu pertandingan “top two” diadakan, parti mesti bersatu kerana akan menghadapi enam pilihan raya negeri tidak lama lagi dan mesti elak perpecahan dalaman terus berlaku. Benar Umno berpecah hampir setiap kali ada pertandingan. Paling dasyat pada 1987 apabila Mahathir Mohamad dicabar Tengku Razaleigh Hamzah yang akhirnya menyaksikan parti serpihan Semangat 46 ditubuh Ku Li setelah gagal merebut jawatan presiden.
Sejak itu jawatan presiden khususnya tidak dipertandingkan – sehingga 2018. Itu pun kerana jawatan itu kosong apabila Najib Razak letak jawatan akibat kejatuhan BN pimpinannya pada PRU14. Demi menjaga perpaduan dijadikan alasan status quo mesti dijaga. Tidak ada pertandingan jawatan tertinggi kerana Umno tidak mahu berpecah, katanya. Pun begitu Umno tetap ada puak.
Saya pernah menyimpulkan orang Umno tidak tahu bertanding dalam pemilihan parti kerana berpegang konsep “kalah jadi abu, menang jadi arang”. Tetapi setelah 35 tahun berlalu sejak perang Umno 1987 adakah Umno masih tidak tahu bertanding dengan betul?
Adakah Umno akan terus perang habis-habisan jika pertandingan “top post” diadakan? Kata Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, Umno kalah PRU15 kerana perpecahan dalaman (lalu beliau mendesak pengkhianat parti mesti disingkirkan).
Berkata pula beberapa pemerhati dan penganalisis politik Umno kalah kerana terpalit imej korup. Menurut wartawan veteran, A Kadir Jasin, sebahagian orang Melayu termasuk di kubu-kubu kuatnya menolak Umno kerana “tingkah laku buruk dan perbuatan jenayah pemimpin sendiri.”
Ada yang kata tidak ada pertandingan kali ini akan dilihat sebagai langkah terdesak pemimpin untuk mengekalkan kuasa. Kata Kadir seperti yang disiarkan FMT semalam, jika Zahid dikekalkan “Umno ibarat hidup segan mati tak mahu”.
Dalam lain perkataan Kadir dan juga beberapa pemerhati serta penganalisis politik percaya Umno memerlukan pertukaran kepimpinan.
“Umno boleh mengukuhkan semula organisasinya dengan memilih barisan kepimpinan yang diyakini dan seperti dirumuskan Khairy Jamaluddin menjalin persefahaman jangka panjang dengan Pakatan Harapan. Dalam erti kata lain Umno jadi parti Melayu dalam PH. Kata Khairy kalau dia ketua Umno itulah yang akan dia lakukan,” kata Kadir.
Bagaimanapun pada Perhimpunan Pemuda Umno semalam ada suara yang mengingat khalayak tentang “seorang calon kita yang bertanding PRU15, semasa berkempen mengutuk parti sendri kononnya dia sahaja yang paling bersih.”
Kita tahu siapa yang dimaksudkan. Ini akan menyukarkan keadaan jika orang yang dimaksudkan mahu mencabar presiden.
Baru-baru ini Khairy semasa berucap pada forum anjuran Institut ISEAS-Yusof Ishak di Singapura menegaskan beliau akan memastikan Umno tetap menyokong kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim jika beliau atau sekutunya dipilih menjadi presiden Umno.
“Saya atau sekutu saya” bererti ada pemimpin lain yang berhasrat cuba menumbangkan Zahid jika pertandingan diadakan.
Kata Isham Jalil, ketua penerangan Umno, ada beberapa pihak yang mendakwa parti cuba menghalang sesiapa bertanding. Itu katanya “tidak betul. Kita tiada apa-apa cadangan untuk meminda perlembagaan bagi menghalang pemilihan. Kita tak ada halangan sesiapa pun nak bertanding.”
Cuma beliau menyarankan siapa yang berhasrat merebut jawatan utama segera buat pengumuman – apatah lagi ketika Perhimpunan Agung Umno berlangsung.
Apabila PAU melabuhkan tirainya esok saya kira kita akan tahu sama ada pertandingan jawatan tertinggi Umno akan diadakan, juga sama ada Zahid dan Tok Mat akan dicabar. Jika tiada pengumuman pun sekurang-kurang bayangan akan menjelma.
Pun begitu bagi saya orang Umno mesti diberi hak menentukan Umno macam mana yang mereka mahu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/sudah-tiba-masa-top-two-umno-dicabar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Assembly Set To Vote Tomorrow Whether To Open Top Two

Umno Assembly Set To Vote Tomorrow Whether To Open Top Two

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 122 hits
Umno delegates attend the party s general assembly at World Trade Centre Kuala Lumpur January 13 2023 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Jan 13 An Umno delegate today submitted a motion calling for party leaders to not contest the posts o...
Usul Tak Pertanding Top Two Umno Akan Bulldoze Khairy Difahamkan

Usul Tak Pertanding Top Two Umno Akan Bulldoze Khairy Difahamkan

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 117 hits
freemalaysiatoday com January 14 2023 2 08 PMPETALING JAYA Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata beliau difahamkan usul tak pertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno akan diluluskan secara paksa Malah beberapa...
Umno Alor Setar Ingin Cabar Keputusan Tiada Pemilihan Top 2 Di Jppm

Umno Alor Setar Ingin Cabar Keputusan Tiada Pemilihan Top 2 Di Jppm

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 132 hits
freemalaysiatoday com January 18 2023 6 54 PMJawatan presiden yang disandang Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang PETALING JAYA Umno Alor Setar ingin mencabar keputusa...
Masa Depan Umno Bergantung Kepada Keputusan Prn Selepas Zahid Kekal Jadi Presiden

Masa Depan Umno Bergantung Kepada Keputusan Prn Selepas Zahid Kekal Jadi Presiden

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 143 hits
agendaily com18 01 2023UMNO akan bekerjasama dengan DAP menghadapi PRN di enam negeri tahun ini Selepas gagal mendapatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kini masa depan UMNO bergantung kepada keputusan di enam negeri yang bakal dia...
Usul Tak Tanding Top 2 Langgar Perlembagaan Kata Umno Johor

Usul Tak Tanding Top 2 Langgar Perlembagaan Kata Umno Johor

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 137 hits
agendaily com15 01 2023Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Hasni Mohamad Kenyataan Naib Presiden I UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa usul tambahan berkaitan kerusi presiden dan timbalan presiden melanggar perlembagaan...
Umno Akan Terkubur Warganet Kritik Top 2 Tak Dipertanding

Umno Akan Terkubur Warganet Kritik Top 2 Tak Dipertanding

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 124 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Keputusan Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan mendapat kritikan warganet Rata rata pengguna media sosial menjangkakan keputusan itu hanya akan membiarkan Um...
Jangan Pertanding Semua Jawatan Kalau Tak Pilih Top 2 Kata Perwakilan Umno

Jangan Pertanding Semua Jawatan Kalau Tak Pilih Top 2 Kata Perwakilan Umno

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 170 hits
freemalaysiatoday com January 14 2023 1 30 PMPerwakilan Umno Johor Pandak Ahmad berkata jika dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan perkara sama harus berlaku di peringkat bahagian dan cawangan KUALA LUMPUR Perwakilan Johor tidak berse...
Usul Tak Pertanding Jawatan Top 2 Umno Dibentang Perwakilan Sambut Dengan Boo

Usul Tak Pertanding Jawatan Top 2 Umno Dibentang Perwakilan Sambut Dengan Boo

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 147 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Sidang Perhimpunan Agung Umno 2022 menyaksikan pembentangan usul tidak pertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti pada pemilihan Mei ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengesahkan pe...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran