Umno Alor Setar Ingin Cabar Keputusan Tiada Pemilihan Top 2 Di Jppm


freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-January 18, 2023 6:54 PM
Jawatan presiden yang disandang Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Umno Alor Setar ingin mencabar keputusan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang diluluskan pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, kata seorang AJK bahagian.

Ahmad Shokri Yaacob berkata bantahan itu akan dibawa ke perbincangan peringkat bahagian ‘dalam masa terdekat’.

““Kita akan hantar bantahan kepada JPPM,” katanya kepada FMT. “Kita bantah bukan nak khianat sesiapa tapi kita nak pastikan demokrasi dalam Umno subur dan setiap tindakan dilakukan perlulah mengikut perlembagaan.”

Semalam, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata usul tambahan mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden itu “tidak sah” dan “bertentangan dengan perlembagaan parti”, dan ahli yang tidak bersetuju berhak merujuk perkara itu ke JPPM.

Beliau berkata apa yang diluluskan dalam perhimpunan agung tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan parti, yang menyebut pemilihan mesti dilakukan tiga tahun sekali atau sepanjang tempoh dibenarkan penangguhan.

Shokri yang juga salah seorang perwakilan pada PRU 2022 minggu lalu mendakwa tidak semua ahli yang bangun menyokong usul tersebut bersetuju jawatan “top two” tidak dipertandingkan, tetapi tidak mahu dituduh ‘jahat’.

“Selepas balik ke kawasan mereka bersuara dan kedengaran mereka menentang jawatan presiden dan timbalan tak dipertandingkan,” katanya.

Shokri menyifatkan dirinya sebagai ‘orang lama’ dalam Umno, dan menurutnya pernah melalui pelbagai ‘krisis’ dalaman termasuk ketegangan antara Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1988.

“Krisis kepercayaan di akar umbi sekarang lebih teruk. Saya bimbang dalam mesyuarat akan datang tidak ada suara yang akan datang untuk bermesyuarat,” katanya.

“Kita kena bagi balik mandat kepada akar Umno – siapa yang mereka nak memimpin parti. Dulu kita ghairah desak supaya PRU diadakan cepat, sepatutnya pemilihan parti juga begitu.”

Sementara itu, Mohd Yusof Ismail, yang sebelum ini ketua Umno Alor Setar sebelum keahliannya digantung, berkata ahli parti berhak minta JPPM teliti keputusan PAU 2022 itu.

“Jangan ada pemimpin kena macam saya bila bersuara kerana sayangkan parti,” katanya.

Keahlian Yusof sebelum ini dilaporkan digantung selama enam tahun, yang menurutnya atas sebab yang tidak dimaklumkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/umno-alor-setar-ingin-cabar-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Medina Thai Palace Alor Setar

Medina Thai Palace Alor Setar

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 296 hits
Semasa berjalan jalan di Alor Setar pada cuti Hari Krismas lalu saya dan encik suami makan tengah hari di sebuah restoran masakan Thai iaitu Medina Thai Palace Lokasinya di tepi jalan besar Ada ruangan parkir di hadapan bangunan Dekorasi ko...
Usul Tak Pertanding Jawatan Top 2 Umno Dibentang Perwakilan Sambut Dengan Boo

Usul Tak Pertanding Jawatan Top 2 Umno Dibentang Perwakilan Sambut Dengan Boo

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 154 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Sidang Perhimpunan Agung Umno 2022 menyaksikan pembentangan usul tidak pertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti pada pemilihan Mei ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengesahkan pe...
Masa Depan Umno Bergantung Kepada Keputusan Prn Selepas Zahid Kekal Jadi Presiden

Masa Depan Umno Bergantung Kepada Keputusan Prn Selepas Zahid Kekal Jadi Presiden

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 144 hits
agendaily com18 01 2023UMNO akan bekerjasama dengan DAP menghadapi PRN di enam negeri tahun ini Selepas gagal mendapatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kini masa depan UMNO bergantung kepada keputusan di enam negeri yang bakal dia...
Sudah Tiba Masa Top Two Umno Dicabar Betul Ke

Sudah Tiba Masa Top Two Umno Dicabar Betul Ke

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 143 hits
Lewat malam 11 Januari lebih kurang 24 jam sebelum Perhimpunan Agung Umno 2022 dijadual bermula sekumpulan Ketua Umno Bahagian mengadakan sidang media untuk menyatakan solidariti supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertand...
Umno Kembali Ikut Cara Lama Kata Ku Li Selepas Top 2 Tak Dipertanding

Umno Kembali Ikut Cara Lama Kata Ku Li Selepas Top 2 Tak Dipertanding

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 196 hits
freemalaysiatoday com January 14 2023 7 46 PMTengku Razaleigh Hamzah berkata mereka bimbang Umno berpecah dan sebab itu tak mahu perlawanan KUALA LUMPUR Keputusan Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandi...
The Place By Deco Alor Setar

The Place By Deco Alor Setar

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 307 hits
Menyambung catatan kisah di Alor Setar Kedah Sebelum bertolak balik ke rumah di PP kami minum petang di The Place by DECO Sebuah restoran dengan dekorasi tema industrial yang menyajikan hidangan makanan Barat Hidangan petang kami set mushro...
Umno Assembly Set To Vote Tomorrow Whether To Open Top Two

Umno Assembly Set To Vote Tomorrow Whether To Open Top Two

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 127 hits
Umno delegates attend the party s general assembly at World Trade Centre Kuala Lumpur January 13 2023 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Jan 13 An Umno delegate today submitted a motion calling for party leaders to not contest the posts o...
Ku Li Cabar Keputusan Pru15 Dakwa Calon Pas Beli Undi

Ku Li Cabar Keputusan Pru15 Dakwa Calon Pas Beli Undi

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 202 hits
MalaysiakiniBekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya umum ke 15 bagi kerusi parlimen berkenaan Petisyen itu difailkan oleh Mohd Azmi Mahmood bagi pihak pemimpin veteran ...
Umno Akan Terkubur Warganet Kritik Top 2 Tak Dipertanding

Umno Akan Terkubur Warganet Kritik Top 2 Tak Dipertanding

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 128 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Keputusan Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan mendapat kritikan warganet Rata rata pengguna media sosial menjangkakan keputusan itu hanya akan membiarkan Um...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga