Jangan Pertanding Semua Jawatan Kalau Tak Pilih Top 2 Kata Perwakilan Umno


freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin dan Nora Mahpar
-January 14, 2023 1:30 PM
Perwakilan Umno Johor Pandak Ahmad berkata jika dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, perkara sama harus berlaku di peringkat bahagian dan cawangan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Perwakilan Johor tidak bersetuju apabila hanya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno sahaja tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu menjelang Mei depan.

Pandak Ahmad berkata jika parti benar-benar mementingkan perpaduan dan kestabilan, perkara sama juga harus dilakukan bagi jawatan lain termasuk di peringkat bahagian serta cawangan.

“Semalam, kita pula membahaskan tentang usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden atas nama perpaduan dan kestabilan parti.

“Umno Johor ingin bertanya, sampai bila kita ingin menunggang ‘perpaduan parti’ atau ‘kestabilan parti’? Jika betul Umno mahu perpaduan dan kestabilan, kenapa hanya jawatan presiden dan timbalan presiden sahaja yang tidak dipertandingkan?

“Kenapa bukan semua jawatan parti di bahagian dan cawangan juga tidak dipertandingkan? Barulah perpaduan dan kestabilan parti terjaga. Bawalah usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan parti di bahagian dan cawangan. Tak perlu kelulusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan ‘due process’ yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul dan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Perhimpunan agung itu menyaksikan pembentangan usul untuk dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Manakala perwakilan dari Wilayah Persekutuan, Zainal Abidin Mohd Rafique pula, berkata jika dua jawatan itu tidak dipertandingkan, beliau bimbang pengundi luar akan menilai Umno dari sudut negatif hingga memberi kesan kepada sokongan Melayu.

“Umno pada dasarnya adalah sebuah parti politik yang bersifat rasional dan terbuka. Sesiapa saja yang dipilih sebagai presiden dan timbalan presiden nanti pastinya akan mendapat sokongan jitu dari ahli-ahli parti pada akhirnya,” katanya yang juga ketua Umno Bahagian Bukit Bintang.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengesahkan pembentangan usul tidak mencabar jawatan “top two” itu kepada FMT.

Katanya, usul dicadangkan oleh Umno Negeri Sembilan, dengan sokongan Umno Marang dan proses undian akan dilakukan hari ini.

Puad turut memaklumkan, perwakilan Selangor, Pulau Pinang dan sayap wanita Umno menyokong usul untuk dua jawatan itu tidak dipertandingkan.

Sementara itu, sumber memaklumkan FMT, sehingga kini perwakilan dari Pahang dan Perak turut menyokong, manakala Johor dan Wilayah Persekutuan tidak menyokong.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/jangan-pertanding-semua-jawatan-kalau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Tak Pertanding Jawatan Top 2 Umno Dibentang Perwakilan Sambut Dengan Boo

Usul Tak Pertanding Jawatan Top 2 Umno Dibentang Perwakilan Sambut Dengan Boo

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 184 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Sidang Perhimpunan Agung Umno 2022 menyaksikan pembentangan usul tidak pertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti pada pemilihan Mei ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengesahkan pe...
Top 2 Tak Dipertanding Jawatan Lain Pun Tak Payah Kata Ismail

Top 2 Tak Dipertanding Jawatan Lain Pun Tak Payah Kata Ismail

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 185 hits
freemalaysiatoday com January 14 2023 9 11 PMIsmail Sabri Yaakob berkata bukan soal dalaman Umno saja perlu kukuh sebaliknya parti memerlukan keyakinan rakyat untuk kembali kuat KUALA LUMPUR Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata ji...
Usul Tidak Tanding 2 Jawatan Utama Umno Boleh Dirujuk Kepada Ros Kata Ismail Sabri

Usul Tidak Tanding 2 Jawatan Utama Umno Boleh Dirujuk Kepada Ros Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 181 hits
AHLI Umno yang tidak berpuas hati dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno 2022 meluluskan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini boleh merujuk perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran...
Umno Lulus Usul Jawatan Top 2 Tak Dipertanding

Umno Lulus Usul Jawatan Top 2 Tak Dipertanding

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 239 hits
Anne Muhammad dan Nora MahparKUALA LUMPUR Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan menerusi pungutan suara dilakukan sebentar tadi Ini bermakna jawatan Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden dan t...
Umno Kembali Ikut Cara Lama Kata Ku Li Selepas Top 2 Tak Dipertanding

Umno Kembali Ikut Cara Lama Kata Ku Li Selepas Top 2 Tak Dipertanding

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 233 hits
freemalaysiatoday com January 14 2023 7 46 PMTengku Razaleigh Hamzah berkata mereka bimbang Umno berpecah dan sebab itu tak mahu perlawanan KUALA LUMPUR Keputusan Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandi...
Usul Tak Tanding Top 2 Langgar Perlembagaan Kata Umno Johor

Usul Tak Tanding Top 2 Langgar Perlembagaan Kata Umno Johor

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 184 hits
agendaily com15 01 2023Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Hasni Mohamad Kenyataan Naib Presiden I UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa usul tambahan berkaitan kerusi presiden dan timbalan presiden melanggar perlembagaan...
Usul Tak Pertanding Top Two Umno Akan Bulldoze Khairy Difahamkan

Usul Tak Pertanding Top Two Umno Akan Bulldoze Khairy Difahamkan

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 148 hits
freemalaysiatoday com January 14 2023 2 08 PMPETALING JAYA Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata beliau difahamkan usul tak pertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno akan diluluskan secara paksa Malah beberapa...
Mudarat Besar Menanti Umno Jika Sekat Pertandingan Dua Jawatan Utama

Mudarat Besar Menanti Umno Jika Sekat Pertandingan Dua Jawatan Utama

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 214 hits
bharian com myOleh Januari 4 2023 9 45pmFoto fail NSTPKUALA LUMPUR UMNO berisiko berdepan mudarat lebih besar jika menyekat demokrasi dalam parti itu dengan menghalang dua jawatan tertinggi parti daripada dipertandingkan dalam pemilihan aka...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Kreativitas Ke Cuan Pelatihan Literasi Digital Yang Mendorong Munculnya Konten Kreator Kalbar Profesional

Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid