Sudah 2 Minggu Anak Sekolah Ibu Bapa Masih Menggagau Cari Buku Teks


Faye Kwan Kedai buku kehabisan stok dan ibu bapa berusaha mencari di merata tempat untuk mendapatkan buku teks bagi anak mereka. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Selepas dua minggu sesi persekolahan bermula, ramai ibu bapa masih tercari-cari buku teks untuk anak mereka belajar dari rumah kerana kedai buku lambat menerima stok daripada pembekal dan penerbit.
Seorang pemilik kedai buku di Melaka memberitahu FMT, permintaan tinggi untuk buku tingkatan lima tahun ini kerana ada set baharu buku teks dan kurikulum kebangsaan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Bagaimanapun, pelanggan masih menunggu kerana beliau tidak boleh mendapat kepastian daripada pembekal bila stok buku akan dihantar ke kedainya.
“Mereka berjanji stok akan sampai pertengahan Januari tetapi hingga sekarang buku belum dihantar. Ramai ibu bapa yang sudah membuat tempahan tetapi tidak apa-apa untuk diberi kepada mereka. Kami juga meminta buku sastera Melayu dan Inggeris yang dicetak semula tetapi ini pun belum ada”.
Seorang lagi pemilik kedai buku di Selangor memberitahu, penjualan buku meningkat sejak awal tahun ini kerana ramai ibu bapa tidak dapat mengambil buku percuma anak mereka di sekolah.
“Tidak ramai juga yang mampu untuk mendapatkan peralatan bagi anak mereka akses buku elektronik. Ada masanya sambungan wifi tidak bagus – jadi mereka kena rujuk buku fizikal”.
Beliau mendakwa, satu penerbit kerajaan ditutup selama dua minggu baru baru ini untuk kerja memeriksa stok dan menyebabkan kelewatan pembekalan buku.
Mak Chee Kin.Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (MAGPIE) Mak Chee Kin berkata, isu ibu bapa tidak dapat membeli buku teks, secara biasa atau dalam talian sudah berlarutan sejak bertahun.
Ketika sekolah ditutup kerana wabak Covid-19, ramai ibu bapa membuat salinan fotostat buku teks supaya pembelajaran anak mereka tidak terjejas ketika mengikuti kelas dalam talian.
“Ibu bapa juga terpaksa berulang-alik ke kedai, malangnya buku teks tidak ada. Ramai yang masih menunggu walaupun bukan sahaja sudah membuat tempahan tetapi sudah pun membuat pembayaran”.
Beliau mendakwa, ada pihak yang mendapat kontrak penerbitan “melalui pintu belakang ” dan menggesa kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
Noor Azimah Abdul Rahim.Presiden Badan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE) Noor Azimah Abdul Rahim berkata, ramai pelajar yang bergantung kepada buku walaupun andaian pembelajaran secara dalam talian berjaya .
“Buku teks sepatutnya dipulangkan akhir tahun 2020. Buku untuk tahun ini sepatutnya diedarkan minggu pertama Jan 2021. Jika jadual ini diikuti, stok buku boeh diisi semula awal, kata beliau kepada FMT.
“Sekarang sudah Februari dan banyak sekolah belum mengedar buku. Bagi sekolah yang sudah berbuat demikian buku tidak mencukupi. Kementerian Pendidikan gagal memastikan pengedaran buku dengan cepat”.
Menurut Noor Azimah, senarai buku elektronik tingkatan lima untuk kumpulan SPM 2021 juga tidak lengkap – masalah yang sama berlaku sebelum ini.
Beliau berkata, bukan semua pelajar boleh menikmati kemudahan buku elektronik di skrin besar. Ada yang menghadapi masalah membaca buku itu di skrin kecil telefon yang boleh mengakibatkan lebih banyak masalah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/sudah-2-minggu-anak-sekolah-ibu-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minggu Lepas Kelam Kabut Minggu Ni Mak Ayah Makin Bijak Urus Kelas Online Anak Ibu Ni Kongsikan Tip

Minggu Lepas Kelam Kabut Minggu Ni Mak Ayah Makin Bijak Urus Kelas Online Anak Ibu Ni Kongsikan Tip

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 323 hits
Kecoh di media sosial masing masing gelabah campur serabut mengendalikan kelas online anak anak Bermacam ragam mak ayah dan anak anak Ada yang sibuk membuat grup telegram mengendalikan anak ketika belajar begitu juga memujuk anak anak untuk...
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 523 hits
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat Semenjak Menteri Pendidikan umumkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dilaksanakan sebagai alternatif pembelajaran norma baharu aku sebagai ibu bapa yang terlibat memang tak lena tidur Penat woi T...
Kenapa Anak Saya Tak Pandai Pandai Penjelasan Doktor Ini Menyedarkan Ibu Bapa

Kenapa Anak Saya Tak Pandai Pandai Penjelasan Doktor Ini Menyedarkan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 381 hits
1 Dalam dunia yang berorientasikan formula anak pandai anak hebat hari ini ramai ibu bapa yang turut terkesan dengan memberi tekanan luar biasa kepada anak anak untuk cemerlang dalam pelajaran Sehingga kadangkala jangkaan terhadap anak anak...
Promo Pdpr Ibu Bapa Pening Kepala Anak Anak Jadi Mangsa

Promo Pdpr Ibu Bapa Pening Kepala Anak Anak Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 351 hits
Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang mula diperkenalkan sejak sekolah dibuka 20 Januari lalu kini menjadi topik hangat ibu bapa setiap hari Jika pada mulanya semangat menemani anak belajar secara online berkobar kobar di hati na...
Jadilah Suami Isteri Yang Baik Barulah Kita Boleh Jadi Ibu Bapa Yang Baik Ibu Ayah Idola Anak Anak

Jadilah Suami Isteri Yang Baik Barulah Kita Boleh Jadi Ibu Bapa Yang Baik Ibu Ayah Idola Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 394 hits
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar mama papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak anak Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siap...
Peranan Ibu Bapa Pemupukan Minat Anak Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Tinggi

Peranan Ibu Bapa Pemupukan Minat Anak Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Tinggi

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 365 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan anak anak melanjutkan pelajaran selepas menduduki Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia Hal ini demi menjaminkan masa depan Huraikan usaha ibu bapa dalam pemupukan minat anak anak untuk melanjutkan pelajaran ke per...
Terlalu Harap Kesempurnaan Dari Anak Punca Ramai Ibu Bapa Sekarang Tertekan

Terlalu Harap Kesempurnaan Dari Anak Punca Ramai Ibu Bapa Sekarang Tertekan

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 238 hits
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa Mari bersikap jujur dengan diri sendiri Kita bukan Superhero Menguruskan urusan diri sendiri keluarga kerjay...
Kerap Merakam Aksi Anak Makan Ibu Bapa Kanak Kanak Ini Didakwa Mempergunakan Anak Mereka Untuk Hasilkan Keuntungan

Kerap Merakam Aksi Anak Makan Ibu Bapa Kanak Kanak Ini Didakwa Mempergunakan Anak Mereka Untuk Hasilkan Keuntungan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 281 hits
KERAP MERAKAM AKSI ANAK MAKAN IBU BAPA KANAK KANAK INI DIDAKWA MEMPERGUNAKAN ANAK MEREKA UNTUK HASILKAN KEUNTUNGAN Sepasang suami isteri di China mendapat kecaman hebat dari netizen di China dan dari media setelah didakwa membuat rakaman an...
Jamali Shadat Masih Hidup Anak Kesal Penyebaran Berita Kemat1an Bapa

Jamali Shadat Masih Hidup Anak Kesal Penyebaran Berita Kemat1an Bapa

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 321 hits
BERITA pemergian pelawak veteran Datuk Jamali Shadat 78 yang tular di media sosial sejak awal pagi Sabtu adalah palsu dan tidak benar
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Visit Peaks Of Malaysia This Merdeka Day

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur