Subsidikan Pesawah Rm1 000 Persatuan Beritahu Kerajaan Jika Berat Naik Harga Beras


 
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob, berkata jika harga lantai belian padi kekal RM1,300 satu tan, pesawah akan mengalami kerugian besar.
PETALING JAYA: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) cadang naik subsidi satu tan padi kepada RM1,000 berbanding RM500, bagi mewujudkan situasi menang-menang petani, pengilang, dan pengguna.
Pengerusi Abdul Rashid Yob, berkata ia penting bagi meringankan beban ditanggung pesawah kesan peningkatan kos operasi, jika kerajaan keberatan meningkatkan harga beras di pasaran.
Katanya, jika harga lantai belian padi kekal pada RM1,300 satu tan, pesawah akan mengalami kerugian memandangkan kos pengeluaran naik hampir 55%.
“Kalau nak naik harga beras mungkin rakyat akan marah, kalau tak naik harga beras kami pesawah akan jadi masalah…jadi sekarang kerajaan kena berjiwa besar nak mengimbangkan rakyat, pengilang, dan petani.
“Kita cadang subsidi bagi setiap tan padi ditambah RM500 kepada RM1,000 sebab kita tahu kerajaan mampu sebab Felda mereka boleh tambah peruntukan, subsidi untuk beras di Sabah Sarawak juga ditambah selepas penyasaran subsidi diesel,” katanya kepada FMT.
Abdul Rashid berharap kerajaan menyelesaikan segera tuntutan memandangkan ada kawasan memasuki musim menuai.
“Kita harap dalam tempoh dua minggu ini ada berita baik untuk petani, sebab ada kawasan hasil padi sudah boleh dituai, tapi pesawah tangguh dulu sebab tunggu penyelesaian kerajaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan kerajaan memperincikan cadangan menerapkan harga belian padi ikut pasaran semasa beras.
Sambil menggambarkan ia sukar dilaksanakan, Abdul Rashid berkata ia akan merumitkan pengilang dan petani walaupun harga beras dunia turun ketika ini, namun petani kekal menanggung kos operasi meningkat.
“Cadangan Mada itu kita tak kata kita tolak, tapi kita minta perincikan mekanisme macam mana akan digunakan susulan cadangan tersebut,” katanya kepada FMT.
Semalam, Pengerusi Mada Ismail Salleh, berkata pihaknya mencadangkan pelan jangka pendek supaya harga padi ikut pasaran semasa beras bagi membela kebajikan pesawah.
Mada turut mencadangkan rancangan jangka panjang untuk menaikan harga lantai belian pada yang kini ditetapkan pada kadar RM1,300 per tan metrik. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/subsidikan-pesawah-rm1000-persatuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Wajar Tubuh Suruhanjaya Tangani Kemelut Padi Beras Mtem

Kerajaan Wajar Tubuh Suruhanjaya Tangani Kemelut Padi Beras Mtem

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 340 hits
bharian com myOleh Januari 23 2025 11 15amGambar hiasanPUTRAJAYA Majlis Tindakan Ekonomi Melayu menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menangani kemelut tidak berkesudahan yang melanda industri padi beras negara Pengerusi MTEM ...
Terkini Bantuan Awal Banjir Rm1 000 Kepada Kir Berdaftar Di Pps

Terkini Bantuan Awal Banjir Rm1 000 Kepada Kir Berdaftar Di Pps

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 242 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan BINTULU 30 Jan Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1 000 kepada setiap Ke...
Dengar Suara Rakyat Sultan Pahang Beritahu Kerajaan Negeri

Dengar Suara Rakyat Sultan Pahang Beritahu Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 305 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan negeri peka kepada masalah dan keperluan rakyat KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan kerajaan negeri sentiasa peka terhadap masalah rakyat d...
Lembu Lembu Nak Penyakaw National Naik Jadi Kerajaan

Lembu Lembu Nak Penyakaw National Naik Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 290 hits
Nur RYSYA DYMYAKami yang telah dilembukan oleh pimpinan dengan tegas menyatakan kami mahukan Penyakau Negara naik jadi kerajaan
Sanusi Syor Harga Lantai Beli Padi Rm1 800

Sanusi Syor Harga Lantai Beli Padi Rm1 800

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 300 hits
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkata tidak patut harga belian pada pada RM1 300 per tan metrik ambil kira kos input pertanian melonjak PETALING JAYA Sanusi Nor syor harga lantai belian padi naik kepada RM1 800 per tan metrik memandangkan ...
Pengorbanan Tanpa Harga Realiti Bayaran On Call Doktor Kerajaan

Pengorbanan Tanpa Harga Realiti Bayaran On Call Doktor Kerajaan

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 234 hits
Kerjaya doktor bukan sesuatu yang mudah Pelbagai pengorbanan yang harus dilakukan termasuk masa bersama keluarga dan diri sendiri Sebagaimana perkongsian Dr Sakina Sulung membuka mata ramai tentang realiti sebenar kerja sebagai doktor keraj...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan