Kerajaan Wajar Tubuh Suruhanjaya Tangani Kemelut Padi Beras Mtem


bharian.com.my
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim 
[email protected] 23, 2025 @ 11:15am
Gambar hiasanPUTRAJAYA: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menangani kemelut tidak berkesudahan yang melanda industri padi beras negara.

Pengerusi MTEM, Norysharin Hamidon, berkata ini kerana pihaknya percaya Industri Padi dan Beras (IPB) dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pemegang amanah industri gagal melaksanakan fungsi mereka.

Katanya, suruhanjaya yang dicadangkan itu perlu menangani segera beberapa persoalan yang berupaya memgembalikan keyakinan kepada industri berkenaan.

"Antaranya peningkatan kos penghasilan padi yang amat ketara dan tidak seimbang dengan pendapatan pesawah yang masih di bawah paras kemiskinan tegar (lingkungan RM700 hingga RM1,200 sebulan) serta peningkatan kos termasuklah benih padi, racun, sewaan tanah, upah mengerjakan bendang dan banyak lagi.

"Cadangan harga beras baharu bagi mengimbangi kenaikan kos pengeluaran padi memandangkan harga kawalan beras tempatan pada RM2.60/kg sejak 2014 yang tidak munasabah.

"Begitu juga cadangan harga belian padi yang lebih adil disamping menuntut ketegasan suruhanjaya membendung kenaikan harga barang dan perkhidmatan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Norysharin berkata, suruhanjaya terbabit juga perlu menangani usaha mengekang monopoli dan sabotaj oleh kilang besar disamping menjamin pengeluaran benih berkualiti dan mencukupi mesti dipercepatkan serta ikhtiar menggunakan beras tempatan sebagai Beras Stokpail Negara demi mengurangkan kadar import beras.

Katanya, ikhtiar meningkatkan pendapatan dan kebajikan 200 ribu pesawah serta ahli keluarga mereka dengan sasaran pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 sebulan boleh dijayakan melalui pertanian bersepadu, mengurangkan kos operasi dengan menggalakkan koperasi dan pertubuhan peladang kawasan membeli dan menyewa mesin pada kadar yang lebih murah, serta meneruskan program subsidi bersasar untuk menambah pendapatan pesawah.

"MTEM berpandangan, fungsi dan peranan asal Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) boleh dikembalikan bersandarkan kepada kejayaan terdahulu mereka, namun menyerahkan kepada kebijaksanaan suruhanjaya untuk membuat keputusan terbaik berlandaskan musyawarah.

"Suruhanjaya ini semestinya dianggotai pemegang taruh yang mewakili pelbagai kepentingan, khususnya dalam kalangan pesawah, pengilang kecil dan pengilang Melayu, pemborong, pakar industri dari kalangan akademia dan teknologis, agensi berkaitan serta tokoh yang tiada kepentingan," katanya.

Beliau berkata, MTEM khuatir sekiranya kerajaan tidak bertindak segera, Malaysia bakal berdepan kriris keterjaminan makanan yang parah menjelang tahun 2030.

Katanya, negara juga kemungkinan berdepan bantahan besar-besaran oleh rakyat sebagaimana yang terjadi di Perancis, Rusia dan China suatu ketika dahulu kesan daripada runtuhnya ekosistem keterjaminan makanan.

"MTEM yakin kepemimpinan Perdana Menteri berada pada kedudukan terbaik untuk merombak institusi padiberas negara supaya lebih telus, bersih, berkebajikan dan tidak akan sesekali membiarkan kedaulatan makanan negara diancam oleh pihak yang hanya mementingkan kebajikan perut mereka sendiri," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/kerajaan-wajar-tubuh-suruhanjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Akan Jawab Semua Isu Padi Beras Di Parlimen Mat Sabu

Saya Akan Jawab Semua Isu Padi Beras Di Parlimen Mat Sabu

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 129 hits
bharian comOleh Januari 25 2025 12 34pmPresiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu pada sidang media selepas perasmian Konvensyen Nasional 2024 AMANAH hari ini NSTP Faiz AnuarKLANG Sesi libat urus yang lebih teliti membabitkan semu...
Kerajaan Tak Sorok Titah Adendum Pm Anwar

Kerajaan Tak Sorok Titah Adendum Pm Anwar

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 174 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir Program Muhibbah MADANI 2025 di Bandar Perda Bukit Mertajam pada Sabtu Foto RTMBUKIT MERTAJAM 11 Jan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak menyorok dokumen berkaitan Titah A...
Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum Pas Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum Pas Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 126 hits
KUANTAN PAS Pahang mengecam tindakan Kerajaan Madani yang didakwa menyembunyikan kewujudan Titah Adendum dan cuba menutup kebenaran dengan alasan subjudis Ketua Penerangan PAS Pahang Aireroshairi Roslan turut mempersoalkan sikap enam jabata...
Pemalsuan Sijil Halal Denda Maksimum Wajar Dikenakan

Pemalsuan Sijil Halal Denda Maksimum Wajar Dikenakan

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 123 hits
NGO desak denda maksimum sekat lesen pembekal sandwich pamer logo halal palsuFMT ReportersGerakan Ekonomi Malaysia berkata hukuman itu sebagai pengajaran kepada syarikat lain untuk mematuhi undang undang dan menjaga sensitiviti agama Univer...
Hina Agong Wajar Dihukum Penjara Bukan Denda Rm5 000

Hina Agong Wajar Dihukum Penjara Bukan Denda Rm5 000

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 145 hits
VETERAN UMNO mencadangkan supaya hukuman denda RM5 000 terhadap individu yang menghina Yang di Pertuan Agong atau Raja raja Melayu ditukar kepada hukuman mandatori penjara Setiausaha Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub berkata menghina Agong...
Umno Mungkin Keluar Kerajaan Jika Najib Jalani Tahanan Rumah Kata Ahli Pkr

Umno Mungkin Keluar Kerajaan Jika Najib Jalani Tahanan Rumah Kata Ahli Pkr

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 146 hits
Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Faiz Na aman berkata ketidaktentuan politik ini akan mengganggu proses pemulihan ekonomi negara PETALING JAYA Penyokong Najib Razak akan memberi tekanan kepada Presiden Umno Zahid Hamidi untuk ke...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Kenali Anak Usia 2 Tahun Suka Ikut Kepala Sendiri Perangai Berubah Ubah