Pengorbanan Tanpa Harga Realiti Bayaran On Call Doktor Kerajaan


Kerjaya doktor bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai pengorbanan yang harus dilakukan termasuk masa bersama keluarga dan diri sendiri. Sebagaimana perkongsian Dr. Sakina Sulung membuka mata ramai tentang realiti sebenar kerja sebagai doktor kerajaan di Malaysia. Dengan bayaran oncall serendah RM10 sejam, pastinya bukan calang-calang doktor sanggup berkhidmat begitu tanpa mengira masa.
Perkongsian beliau adalah rentetan influencer mendedahkan rate yang agak tinggi! Ia satu perbandingan yang agak mencetuskan pelbagai persoalan apabila seorang influencer mendedahkan kadar bayaran untuk views content mereka yang mencecah lebih RM100K.
Ini bukan soal siapa lebih layak mendapat bayaran tinggi, tetapi ia mencerminkan realiti dunia hari ini. Sebagaimana dalam penulisan ini, Dr. Sakina berkongsi pengalaman dari sudut perspektif beliau dengan lebih mendalam.
Kerjaya Doktor Kerajaan Bukan Calang-Calang
Terbaca post kawan menyebut, doktor kerajaan dibayar oncall RM10 sejam.
Ya, lebih kurang begitulah.
Belajar bertahun-tahun, kena jadi HO 2 tahun, lepas tu ada rezeki sambung jadi Pakar lagi 4-5 tahun. Bila dah jadi Pakar pun, kerja macam takde anak bini kat rumah. Tiap kali oncall memang stress dan penat. Siapa yang tak pernah merasa, baik tutup je mulut.
Sebab kita pun sedia maklum, doktor kat hospital dan klinik kerajaan memang tak cukup nak tampung bilangan pesakit yang makin bertambah hari demi hari. Perkhidmatan, kalau boleh, nak makin canggih dan mesra rakyat. Pantang ada aduan, banyak masa staff yang akan dipersalahkan.
Jarang benar staff dibela walaupun aduan tu kadangkala tak berasas dan di luar logik manusia. Sebab kalau boleh, KKM ni, nak zero aduan. Tak logik, kan?
Tanggungjawab pula bukan setakat kerja klinikal. Banyak masa, doktor Pakar dan MO dipertanggungjawabkan menjaga dan menyelia kerja doktor-doktor muda yang bekerja bersama mereka.
ebarang kesilapan doktor-doktor muda ni, akan dikembalikan kepada doktor yang menyelia. Kalau tak diajar, nanti doktor muda takkan dapat belajar. Tapi kalau nak mengajar, takleh garang-garang juga, nanti dapat surat aduan pula
(Tapi pengalaman saya, yang garang itulah yang banyak beri kesan kat saya, ingat sampai sekarang apa yang dipesan/dimarah)
Itu faktor yang menolak dari dalam institusi.

Faktor yang menarik dari luar pula, of course, GAJI. Gaji Doktor Pakar kat hospital swasta, boleh mencecah 3-10 kali ganda berbanding rakan sejawat di hospital kerajaan tanpa ada tanggungjawab menyelia doktor HO/MO. Tak perlu juga hadir meeting yang diperlukan oleh pihak pentadbiran. Stressnya kurang. Pesakit pun banyak masa, lebih mesra dan kurang komplen yang bukan-bukan. Bilangan pesakit??
Pastinya tak seramai berbanding hospital/klinik kerajaan. Kalau buat round pun, tak sempat sejam dah habis.
Bukan saya cakap, kerja kat hospital swasta tak stress, tapi stressnya berbaloi sebab mereka dibayar setimpal. Sekali pesakit panggil doktor Pakar tengok kat wad, RM200 untuk konsultasi.
Kalau kat hospital kerajaan, doktor Pakar dibuat jadi kuli. Silap-silap pesakit dan keluarga pun selamba je maki. Yelah, konon mereka yang bayar cukai.
Sebab tu, ramai sangat doktor-doktor muda, baik Pakar mahupun tidak, yang hantar notis berhenti. Sapa yang tahan, kerja teruk tapi gajinya tidak sebanyak kawan yang kerja swasta. Kami pernah buat lawak, kalau pegi seminar, kalau tengok kereta mewah kat tempat parking, itulah kereta doktor swasta. Yang berkereta nasional tu, biasanya doktor kerajaan.
Dan doktor-doktor muda ni, bila resign, siapa yang akan monitor mereka? Hampir tiada. Semuanya bergantung kepada integriti dan iman mereka sendiri. Kalau nak jalan singkat nak kaya, jadilah pengeluar produk punah, burukkan KKM atau aktif kat TT, beri nasihat sana sini tak ikut guideline yang ada.
Tanpa title Pakar pun boleh kaya raya tukar kereta mewah, buat rumah banglo. Integriti ditolak ke tepi. Maaflah, membebel pagi-pagi.
Sebabnya terkesima sekejap tengok rate influencer cantik ni letak. Memang boleh pegi Haji balik hari.
Sumber: Sakinah Sulong
The post Pengorbanan Tanpa Harga, Realiti Bayaran On Call Doktor Kerajaan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pengorbanan-tanpa-harga-realiti-bayaran-on-call-doktor-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidikan Pesawah Rm1 000 Persatuan Beritahu Kerajaan Jika Berat Naik Harga Beras

Subsidikan Pesawah Rm1 000 Persatuan Beritahu Kerajaan Jika Berat Naik Harga Beras

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 116 hits
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia Abdul Rashid Yob berkata jika harga lantai belian padi kekal RM1 300 satu tan pesawah akan mengalami kerugian besar PETALING JAYA Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia cadang naik subsid...
Hiburan Kami Sedia Ambil Etnik Rohingya Bekerja Di Restoran Mamak Jika Kerajaan Benarkan Presma

Hiburan Kami Sedia Ambil Etnik Rohingya Bekerja Di Restoran Mamak Jika Kerajaan Benarkan Presma

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 143 hits
Melalui laporan baru baru ini Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia memaklumkan iklan kosong tidak mendapat sambutan bagi mengambil pekerja tempatan menerusi Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia Mohon kerajaan ben...
Lagi Kejayaan Kerajaan Perpaduan Madani

Lagi Kejayaan Kerajaan Perpaduan Madani

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 93 hits
NashrahMedia Kejayaan kerajaan Madani yang membuatkan lebai kelarah politik walaun dan hanat nasional kaku dan beku Malaysia dikeluarkan dari senarai risiko watchlists trading partners dengan USA 3 kriteria untuk dikeluarkan drpd watchlists...
Makan Pun Mak Ayah Bagi Nak Lawan Kerajaan Tangkap Jentik Teloq Soqang Sekali

Makan Pun Mak Ayah Bagi Nak Lawan Kerajaan Tangkap Jentik Teloq Soqang Sekali

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 108 hits
Geng Acah Siswa Benci Rasuah TersakitiMereka 11 orang sudah di soal siasat polis di IPD Dang Wangi hari ini manakala baki 2 orang esok di Sabah Kita nantikan update terbaru geng tersakiti ini di twitter fb tiktok mereka petang ke malam ini ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 237 hits
MSOTanpa angin ribut tiba tiba tasik damai DBKL bergolak apabila Datuk Bandar Maimunah Mohd Sharif mendedahkan DBKL melancarkan siasatan dalaman berhubung pemberian tander tanpa mengikut peraturan bernilai RM4 juta Sehubungan itu Menteri Wi...
Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Speed Read The Race Bred Harley Davidson Cvo Road Glide Rr And More

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Guardian Memganjurkan Kempen Hari Raya Serlahkan Kecantikanmu Utamakan Kesejahteraanmu

Hidup Yang Kekal

Senarai Penaksir Risiko Bising Nra Di Sabah

Tips Sukses Membentuk Sales Pipeline Sesuai Perjalanan Prospek

Bunuh Pelajar Vokasional 2 Tertuduh Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan

Genap Setahun Pemergian Arwah Tok