Sub Judis Atau Tidak Mahathirisme Terus Bernyala


 Wartawan SuaraMerdeka

BUKAN isu subjudis kah apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad `menjolok’ Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwanya akan `menentukan’ enam ahli parlimen UMNO – kini berdepan kes mahkamah atas tuduhan rasuah – tidak disabitkan kesalahan?
Salah seorang daripadanya ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Nasib bekas Perdana Menteri itu akan ditentukan oleh mahkamah 28 Julai depan sama ada disabitkan atau dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.


Prinsip sub judice bermaksud mana-mana yang menghalang perbincangan semasa prosiding mahkamah sedang berlangsung. Diwujudkan demi melindungi sesebuah prosiding mahkamah itu daripada sebarang pengaruh.
Hairan bila Dr Mahathir boleh pula sewenang-wenang mengeluarkan kenyataan provokatif hari ini dengan mengandaikan Muhyiddin akan menentukan enam orang wakil rakyat berkenaan akan didapati tidak bersalah.
Dalam kenyataannya itu, yang dilaporkan sebuah portal berita, Dr Mahathir menyebut selain Najib (Pekan), lima lagi yang lain ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan).
Bayangkan kalau yang melakukan provokatif sedemikian bukan Dr. Mahathir? Yakni, orang biasa-biasa dan tidak berstatus negarawan, apakah nasib orang itu hari ini?
Bayangkan, mahkamah tanpa dipengaruhi mana-mana pihak memutus untuk membebaskan keenam-enam wakil rakyat UMNO berkenaan yang telah melalui proses perbicaraan serta fasa pembuktian, maka adakah wajar dipertikaikan keputusan tersebut?
Kelihatannya jiwa raga Dr Mahathir masih bernyala untuk melakukan perang saraf (pswar) dalam usia beliau yang menginjak ke-95 pada 10 Julai depan.


Waima apa pun, Dr Mahathir sentiasa mempamerkan ciri-ciri Mahathirisme beliau. Ketika berucap pada Ceramah Perdana bersama Calon PKR P121 Lembah Pantai di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur 3 Mei 2018 – enam hari sebelum pengundian pilihan raya umum ke-14 – beliau mendakwa, 14 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai ‘mati katak’, bukan mati syahid.
Tindakannya itu mendatangkan marah ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.Tidak kiralah apa tafsiran kematian mereka di Memali tetapi melabelkan ‘mati katak’ merupakan satu penghinaan yang amat teruk serta tidak boleh dimaafkan.
Sebagai langkah diversion, Dr. Mahathir menziarahi kubur bekas presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor di Kedah.
Banyak pihak terpegun dengan tahap desperado Mahathir yang begitu jelas. Ramai yang tidak tahu sekitar tahun 2000, Allahyarham Fadzil Noor pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.


Lebih menampakkan desperado Mahathir ialah apabila beliau juga suatu ketika bercadang untuk menziarahi kubur allahyarham Abdul Nik Aziz Nik Mat.Tetapi anak allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghalang lawatan yang dirancang itu.

“Ya keluarga tak izinkan, kalau beliau nak datang boleh datang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Kita nampak ada kepentingan, kalau nak datang, datang selepas pilihan raya walaupun kalah atau menang” kata Nik Adli.
Psywar yang dilagukan Dr. Mahathir kelihatan begitu berkesan. Antaranya, adegan ‘keluar air mata’ di dalam video propaganda beliau dan berita tentang Mahathir mungkin masuk hospital, sehari dua sebelum hari mengundi pada 9 Mei ini.
Malah, seorang pemimpin Armada BERSATU juga menggunakan propaganda serupa dengan menyiarkan video kenyataan isteri Dr Mahathir di twitter beliau untuk meraih undi.
Ingatkah kita lagi pada PRU-13 apabila Lim Kit Siang juga menangis teresak-esak kononnya parti DAP terpaksa menggunakan logo PAS. Tetapi pada PRU-14, beliau tidak menangis pula apabila DAP menggunakan logo PKR. Adalah itu hipokrit namanya?

Kesemuanya itu menjuruskan kepada satu motif iaitu untuk mendapatkan undi simpati daripada para pengundi.
Diakui propaganda menagih simpati oleh orang-orang politik begitu berkesan apabila digunakan ke atas orang Melayu.
Kembali kepada isu kemungkinan sub judis atau tidak tadi, di era pentadbiran `22 bulan’ Dr Mahathir sebagai PM ke-7, semua pihak maklum dengan isu tertentu yang menimbulkan perdebatan masyarakat.
Apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018 melepas dan membebaskan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan, Phang Li Koon, daripada dakwaan bersubahat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari sama mengeluarkan respons, “amat terkejut”.

“SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes itu telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya SPRM,” menurut kenyataan badan itu.
Semasa kerajaan `22 bulan’ yang lepas, selain isu penghinaan mahkamah dalam prosiding inkues kematian arwah Muhammad Adib, Peguam Negara juga beberapa kali didakwa oleh pihak tertentu sebagai telah bertindak secara pilih kasih dengan pengguguran pendakwaan terhadap beberapa kes melibatkan pimpinan Pakatan Harapan antaranya kes banglo Lim Guan Eng, isyarat lucah Siti Kassim dan kes berprofil tinggi yang melibatkan hubungan diplomatik seperti kes kematian pembantu rumah warga Indonesia Adelina Jerima Sau tanpa alasan munasabah.
Begitupun, adakah sesiapa boleh mengesahkan sama ada sub judis atau tidak akan kenyataan Dr. Mahathir semalam, yang begini bunyinya:
“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang dari separuh.
“Maka kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh. Sebab itu Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak bersalah.” – SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/sub-judis-atau-tidak-mahathirisme-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semut Masuk Dalam Balang Gula Atau Masakan Ini Hukum Yang Wajib Tahu Jika Terus Makan

Semut Masuk Dalam Balang Gula Atau Masakan Ini Hukum Yang Wajib Tahu Jika Terus Makan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 283 hits
Pasti ramai di antara kita yang pernah mempunyai pengalaman balang gula di rumah dikerumuni dan dimasuki oleh semut Untuk mengeluarkan semut itu pastinya leceh dan akan mengambil masa yang lama Oleh sebab itu ada yang mungkin menghiraukan s...
Zahid Bohong Atau Mahathir Bohong

Zahid Bohong Atau Mahathir Bohong

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 397 hits
Langkah Sheraton yang berlangsung pada malam 23 Februari lalu pada awalnya dilihat bukan bertujuan untuk menjadikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Idea mengenai pensejajaran semula atau gabungan politik baru hanya diketahui umum s...
Bersatu Lebih Selamat Dalam Ph Atau Pn Sila Jawab

Bersatu Lebih Selamat Dalam Ph Atau Pn Sila Jawab

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 193 hits
DR SHAHRUDDIN AHLI PARLIMEN SRI GADING SUA PPBM BERSATU ANDAI SAYA PERLU LETAK JAWATAN SAYA AKAN LETAK JAWATAN 1 Masa berlalu begitu pantas seumpama kilat hari nie saya dah janji nak tulis lagi tulisan lepas bertarikh 15 Mei iaitu hari lahi...
Mesyuarat Opec Yang Selanjutnya Akan Memutuskan Sama Ada Kesinambungan Pemotongan Pengeluaran Atau Mengurangkan Langkah

Mesyuarat Opec Yang Selanjutnya Akan Memutuskan Sama Ada Kesinambungan Pemotongan Pengeluaran Atau Mengurangkan Langkah

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 241 hits
Pemotongan pengeluaran yang diperkenalkan oleh OPEC sangat membantu pasaran minyak untuk pulih dari krisis susulan tindakan kuarantin Walau bagaimanapun kekurangan bekalan yang banyak yang terkumpul semasa wabak menimbulkan masalah baru dal...
Keputusan Sama Ada Pasar Malam Boleh Beroperasi Atau Tidak Diumum Sabtu Ini

Keputusan Sama Ada Pasar Malam Boleh Beroperasi Atau Tidak Diumum Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 382 hits
Keputusan sama ada operasi pasar malam akan dibenarkan atau tidak akan diputuskan pada Sabtu ini bersama dengan operasi di kedai gunting rambut salon kecantikan dan aktiviti solat berjemaah di masjid Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkat...
Pernah Alami Situasi Sama Berulang Kali Atau Dejavu Ini Penjelasan Kenapa Ia Terjadi

Pernah Alami Situasi Sama Berulang Kali Atau Dejavu Ini Penjelasan Kenapa Ia Terjadi

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 315 hits
Adakah anda pernah melakukan atau mengatakan sesuatu dan anda tiba tiba merasa seperti anda berada dalam keadaan yang sama sebelum ini Sekiranya demikian anda mengalami apa yang disebut D j vu D j vu diucapkan hari zhaa voo adalah bahasa Pe...
Pen China An Malaysia Adakah Mitos Atau Satu Realiti

Pen China An Malaysia Adakah Mitos Atau Satu Realiti

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 308 hits
Sekali lagi saya ingin mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan terkini yang berlaku di Tanah Air kita dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian Ia bukan isu rasis atau perkauman sebagaimana MCA DAP Gerak...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Dapatkan Rawatan Estetik Kulit Bagi Hilangkan Melasma Jeragat Di Klinik Dr Bazilah

Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143

Cucur Sayur

Kedah Jheaik Siasat Tok Kadi Buli Pengantin