Semut Masuk Dalam Balang Gula Atau Masakan Ini Hukum Yang Wajib Tahu Jika Terus Makan


Pasti ramai di antara kita yang pernah mempunyai pengalaman balang gula di rumah dikerumuni dan dimasuki oleh semut.
Untuk mengeluarkan semut itu, pastinya leceh dan akan mengambil masa yang lama. Oleh sebab itu, ada yang mungkin menghiraukan serangga tersebut dan terus membancuh gula ke atas makanan atau minuman yang hendak disediakan.
Daripada sudut Islam, ramai yang tidak mengetahui tentang hukum berkenaan perkara tersebut. Pun begitu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menerangkan tentang persoalan termakan semut yang masuk ke dalam balang gula kita. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penerangannya seperti berikut:
Soalan:
Assalamualaikum al-fadhil ustaz,
Apakah hukum termakan semut yang masuk dalam balang gula?
Jawapan:
Waalaikumussalam wrm. wbt.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah ﷻ, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Mukadimah
Hukum memakan semut ialah haram, kerana ia termasuk dalam jenis haiwan yang menjijikkan apabila dimakan, dan kerana terdapat hadis larangan membunuhnya.
Allah ﷻ berfirman:
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: “Dan baginda (Rasulullah ﷺ) menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
(Surah al-A`raf : 157)
Menurut Imam Fakhruddin al-Razi dalam Mafatih al-Ghayb (15/381), dalam ayat ini Allah ﷻ menyifatkan Nabi Muhammaf ﷺ dengan sembilan sifat, antaranya, menghalalkan bagi manusia akan benda-benda yang dihukum oleh Allah sebagai halal yakni dihalalkan segala benda-benda yang berasa elok pada jiwa dan enak pada tabiat manusia, melainkan terdapat dalil lain yang mengatakan ia haram. Begitu juga Rasulullah ﷺ mengharamkan segala apa yang jijik pada jiwa seperti bangkai dan darah, dan orang yang memakannya dianggap fasik.  Dalam kata lain, semua benda yang ditanggap kotor pada tabiat manusia dan dirasakan jijik pada jiwa adalah diharamkan kerana ia menjadi sebab kepada sakit, sedangkan apa sahaja yang memudaratkan hukum asalnya adalah haram. Maka setiap yang jijik pada tabiat manusia pada asalnya adalah haram, melainkan terdapat dalil yang menyatakan hukum berbeza.
Justeru berdasarkan ayat ini, semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih, jijik pada jiwa dan dilarang oleh Rasulullah ﷺ daripada membunuhnya. Dalil larangan membunuhnya diriwayatkan dalam hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ: النَّمْلَةِ، وَالنَّحْلَةِ، وَالْهُدْهُدِ، وَالصُّرَدِ
Maksudnya: “Rasulullah ﷺ melarang daripada membunuh empat binatang yang melata: semut, lebah, hud-hud dan al-surad (sejenis burung lang).”
Riwayat Ahmad (3066). Menurut Syeikh Syuaib al-Arnaut: hadis ini sahih.  
Berdasarkan dalil-dalil di atas, mazhab al-Syafie memperuntukkan bahawa setiap perkara yang dilarang membunuhnya adalah haram juga untuk dimakan. Fakta ini dijelaskan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmu`:“(Imam) al-Syafie dan para Ashab berpendapat bahawa apa yang dilarang untuk membunuhnya maka diharam juga untuk memakannya, kerana sesuatu yang halal dimakan tidak dilarang untuk membunuhnya, begitu juga tidak dilarang membunuh benda yang boleh dimakan. Contohnya ialah semut dan lemah, kedua-duanya adalah diharamkan (bunuh dan makan).”
Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhadzzab (9/22)
Kes Sukar Dikawal dan Tidak Menjijikkan
Namun begitu, terdapat pengecualian terhadap hukum umum larangan memakan semut di atas, iaitu apabila berlaku kesukaran untuk mengawalnya dan dimakan dalam keadaan yang tidak menjijikkan.
Rujuk Raudhah al-Tolibin (1/14)
Berkata Syeikh Jamal dalam Hasyiah Jamal pada meghuraikan ibarat kita Fath al-Wahhab oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari: “[Perkataan musonnif: dihalalkan mana-mana ulat yang berasal daripada makanan]…begitulah kes ulat yang lahir daripada makanan; memberikan faedah bahawa sesungguhnya haiwan yang tidak dilahirkan daripada sesuatu bahan adalah diharamkan (untuk memakannya). Contohnya, semut yang jatuh ke dalam madu. Berkata pengarah al-Ihya’: melainkan jika yang jatuh itu hanya seekor semut atau lalat kemudian pecah tubuhnya, maka diharuskan…”
Sama juga hukumnya kepada lebah, kerana serupa tabiatnya, seperti tidak mempunyai darah yang mengalir dan dilarang untuk membunuhnya dengan dalil yang sama. Berkata Syeikh al-Jamal: “….melainkan jika hanya seekor lebah, yang melebur di dalam madu. Di dalam al-Ihya’ (oleh Imam al-Ghazali) dalam kitab halal dan haram menyebut: jika seekor lebah terjatuh, atau seekor lalat, ke dalam periuk yang sedang dimasak, kemudian berkecai tubuhnya, maka tidak diharamkan memakan masakan itu. Ini kerana pengharaman memakan lalat, dan seumpamanya, adalah semata-mata kerana kejijikan, justeru hal tersebut tidak dianggap jijik.”
Faktor pengecualian itu dikenalpasti ialah kemampuan mukallaf itu untuk mengawal makanannya daripada dimasuki perkara yang diharamkan dan tahap kejijikan makanan yang dicemari benda haram itu. Dalam situasi yang sukar dikawal dan berulang-ulang, serta hilang rasa kejijikan itu kerana sedikit bilangannya dan sudah istihlak (melebur), maka diutamakan hak mukallaf itu untuk makan apa yang dihalalkan Allah ke kepadanya. Sambung Syeikh al-Jamal: “Ibarat Al-Syaubari menyebut: “jika difahami secara qiyas dengan apa yang telah berlalu tentang isu haiwan yang tidak ada darah yang mengalir, apabila wujud dalam kuantiti yang banyak dan mengubah, maka ditegah daripada memakannya sekalipun jika dimakan dengan apa yang ada bersamanya, kerana (perubahan) itu sudah menajiskannya.”
Isu ini dijawab dengan mengatakan: “Pendapat ini terdapat keraguan; sedangkan isunya jelas datang dalam dua bab (yang berlainan). Dalam satu isu (perkara yang haram itu masih) boleh dikawal, adapun yang dibincangkan disini adalah perkara yang tidak boleh dikawal, maka pendapat yang tepat ialah selagi mana tidak menjijikkan maka diharuskan untuk memakannya bersamanya secara mutlak, jika jijik maka diharamkan.”
Rujuk Hasyiah al-Jamal (5/268)
Berkata Syeikh Abu Bakar al-Dimyati dalam I`anah al-Tolibin (9/458-459): “Begitu juga madu yang termasuk ke dalamnya semut apabila dimasak. Jika hanya seekor yang termasuk kemudian berkecai, maka tidak ditegah daripada memakannya.”
Berkata Imam al-Khatib al-Syirbini: “Jika terjatuh ke dalam madu seekor semut lalu dimasak maka harus hukum memakannya, berbeza dengan hukum daging (bila terdapat ulama maka hendaklah diasingkan) kerana tidak sukar untuk membersihkan daging itu daripada ulat. Jika termasuk seekor semut atau lalat ke dalam periuk yang sedang dimasak, kemudian berkecai tubuhnya dalam periuk, maka tidak diharamkan memakannya masakan itu, kerana ia tidak dianggap sebagai jijik. Begitu jugalah jika kuantiti lebih daripada satu, selagi mana zahirnya merujuk kepada bilangan yang sedikit.”
Rujuk Mughni al-Muhtaj (6/99)
Faktor Kesihatan
Sebahagian ulama membangkitkan faktor kesihatan. Ertinya, jika dengan memakan semut yang sedikit itu mestilah tidak mendatangkan kesakitan atau mudarat kepada tubuh badan. Berkata Imam Ibn Hajar al-Haitami: “Dan jika terjatuh semut ke dalam madu, dan dimasak, maka diharuskan memakannya. Tetapi jika berlaku pada daging, maka tidak diharuskan, dek kerana mudahnya untuk membersihkan daging daripada semut itu. Inilah yang dijazamkan oleh bukan seorang dalam kalangan ulama. Pendapat ini perlu diteliti pada zahirnya. Ini kerana illahnya, sekiranya kerana istihlak (peleburan), maka apa perbezaannya dengan apa yang difahami dalam kes lalat, atau selainnya. Justeru tujuan yang diambilkira ialah semut itu adalah bangkai haiwan yang tidak ada darah yang mengalir. Hukumnya tidak halal memakannya beserta bahan yang ia mati di dalamnya, sekalipun bangkai tadi tidak menajiskan. Benar, sebahagian mereka berfatwa bahawa keharusan berlaku jika seseorang itu lemah untuk memurnikan bahan makanan itu, dan yakin bahawa memakannya kedua-duanya tidak mendatangkan mudarat, dan tidak menajiskannya.
Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (9/318)
Kemasukan semut tidak disengajakan
Dalam uruf masyarakat kita, semut tidak “dihidangkan” bersama air minuman, sebaliknya hanyalah termasuk secara tidak sengaja apabila kita memasukkan gula. Justeru, semut yang masuk secara tidak sengaja tidak menajiskan air minuman kerana sifatnya hanyalah sebagai pengikut dan bukannya tujuan. Berkata Syeikh Sulaiman al-Jamal lagi berkenaan fatwa Imam Ibn Hajar al-Haitami: “Jika seekor lalat terjatuh ke dalam suatu cairan, dan tidak mengubahnya, lalu cairan itu dituang ke atas cairan yang lain, maka hukumnya tidak memberi kesan (menajiskan) berdasarkan hukum zahir, kerana kesucian cairan pertama itu berpunca daripada kesukaran untuk mengawal. Aku (al-Jamal) berkata: Itulah yang zahir, sekalipun penuangan itu berlaku sebelum diangkat lalat itu daripada bekas yang dituang. Kes ini tidak jauh. Sekalipun jika kita berkata hukum memudaratkan sekiranya kita melontarkan lalat yang sudah mati, kerana perbuatan melontarkan itu (hanya) mengikut kepada pelontaran bahan cairan (yang pertama); bukan tujuan (yakni pelontaran lalat dalam cairan itu bukan perbuatan sengaja sebaliknya hanya mengikut).”
Rujuk Hasyiah al-Jamal (1/34); Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra (1/20); Hasyiah Ibn Qosim `Ala Tuhfah (1/71)
Kesimpulan
Berdasarkan fakta dan kenyataan di atas, kami cenderung kepada pendapat bahawa memakan semut dalam balang gula adalah diharamkan tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
Semut merupakan bangkai yang diharamkan oleh Syarak, dan jijik untuk dimakan pada tabiat kebiasaan manusia. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati. Jika semut termasuk ke dalam minuman, hendaklah dikeluarkan sama ada hidup atau mati, tetapi air berkenaan masih lagi suci dan boleh diminum dan tidak bernajis, kerana masuknya semut secara tidak sengaja, dan bukan tujuan utama. Jika semut termasuk ke dalam air minuman, atau dalam cairan yang dimakan seperti madu atau kordial minuman, adalah dimaafkan untuk diminum jika bilangannya sedikit pada uruf, tidak menjijikkan dan tidak menyebabkan masalah kesihatan. Jika semut termasuk dalam masakan, kemudian lebur bersamanya, maka itu juga dimaafkan jika tidak menjijik, sedikit pada uruf, dan tidak berbahaya kepada kesihatan. Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Semut Masuk Dalam Balang Gula Atau Masakan, Ini Hukum Yang Wajib Tahu Jika Terus Makan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/03/semut-masuk-dalam-balang-gula-atau-masakan-ini-hukum-yang-wajib-tahu-jika-terus-makan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bisnes Makan Delivery Masuk Carta Top 3 Ebook Terlaris Musim Pkpb Covid 19

Bisnes Makan Delivery Masuk Carta Top 3 Ebook Terlaris Musim Pkpb Covid 19

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 419 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dalam tempoh PKP PKPB Covid 19 berlaku banyak perubahan gaya hidup masyarakat di seluruh dunia termasuk juga di Malaysia Dalam tempoh tersebut rakyat Malaysia tidak boleh bergerak bebas ke mana mana desti...
Kuasa Hukum Pemecatan Ruslan Buton Dari Tni Karena Dia Tolak Tka China Masuk Ke Maluku

Kuasa Hukum Pemecatan Ruslan Buton Dari Tni Karena Dia Tolak Tka China Masuk Ke Maluku

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 294 hits
Kuasa hukum Ruslan Buton Tonin Tachta Singarimbun angkat bicara soal kabar kliennya dipecat dari prajurit TNI AD karena tersandung kasus pembunuhan pada 2017 lalu Menurutnya pemecatan tersebut bernuansa politis Pada 2017 lalu Tonin mengatak...
Mulai Esok Penduduk Kelantan Dibenarkan Makan Di Dalam Kedai Atau Restoran

Mulai Esok Penduduk Kelantan Dibenarkan Makan Di Dalam Kedai Atau Restoran

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 365 hits
Mulai esok penduduk Kelantan dibenarkan makan di dalam kedai atau restoran Hasil keputusan dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas Negeri pada 19 Mei lalu penduduk Kelantan dibenarkan untuk makan di dalam kedai atau restor...
Hukum Tersalah Bangun Dari Sujud Pertama Dan Terus Berdiri

Hukum Tersalah Bangun Dari Sujud Pertama Dan Terus Berdiri

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 420 hits
Apakah hukum tersalah bangun dari sujud pertama dan terus berdiri Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Kalau kita sedang sujud kemudian kita terkej...
Penting Atau Tidak Ambil Takaful Ikhlas Korang Wajib Baca Ni

Penting Atau Tidak Ambil Takaful Ikhlas Korang Wajib Baca Ni

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 611 hits
NAK TAU TAKAFUL IKHLAS ITU PENTING ATAU TIDAK Tanyakan balu yang kematian suami Tanya pencari nafkah yang hilang kemampuan bekerja Tanya lsteri yang berbulan bulan duduk menjaga suami di wad Tanya pesakit kanser atau sakit kronik lain yang ...
Sebelum Bagi Baby Makan Buah Kena Masak Dulu Ke Perkara Ini Wajib Ibu Bapa Tahu

Sebelum Bagi Baby Makan Buah Kena Masak Dulu Ke Perkara Ini Wajib Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 364 hits
Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah dimasak dahulu buah tersebut Atau boleh diberikan secara mentah Sama ada anda perlu masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi ia adalah bergantung sepenuhnya kepada tahap ...
Kilang Balang Eyna Kembali Beroperasi Namun Tiada Pelawat Dibenarkan Masuk

Kilang Balang Eyna Kembali Beroperasi Namun Tiada Pelawat Dibenarkan Masuk

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 508 hits
Salam Syawal buat semua pembaca Kilang Balang Eyna kembali beroperasi seperti biasa namun kami TIDAK MENERIMA PELAWAT KECUALI BAGI TUJUAN AMBIL BARANG Berikutan kes Covid19 yang masih ada di Malaysia dan bagi mengikut SOP yang telah ditetap...
Tiga Masakan Ayam Sedap Menjilat Jari Bila Makan Dah Tak Ingat Orang Belakang Dah

Tiga Masakan Ayam Sedap Menjilat Jari Bila Makan Dah Tak Ingat Orang Belakang Dah

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 1040 hits
Syawal masih muda Rentas negeri pun dah dibenarkan Bila balik kampung nanti bolehlah masakkan ibu di kampung tiga lauk ayam ni Ibu pun dah tua cuba kita pulak yang menjamu ibu dengan Ayam Lodho Ayam Ungkep dan Rendang Hijau Ayam Biarlah ora...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri