Bersatu Lebih Selamat Dalam Ph Atau Pn Sila Jawab



DR. SHAHRUDDIN
AHLI PARLIMEN SRI GADING
SUA PPBM BERSATU
ANDAI SAYA PERLU LETAK JAWATAN, SAYA AKAN LETAK JAWATAN….
‎السلام عليكم
1. Masa berlalu begitu pantas, seumpama kilat, hari nie saya dah janji nak tulis lagi, tulisan lepas bertarikh 15 Mei, iaitu hari lahir saya,
2. Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan telah berlalu, dan sekarang kita pun sudah berada lebih seminggu di bulan Syawal, kita sibuk berpuasa 6 sekarang,
3. Juga telah berlalu tarikh 18 Mei 2020, tarikh persidangan Dewan Rakyat penggal ini, tarikh yang cukup digeruni dan ngeri oleh sesetengah pihak, tidak boleh tidor lena dibuatnya,
4. Persidangan yang hanya merupakan hari Perasmian Dewan oleh Baginda Tuanku Yang DiPertuan Agong,
5. Tidak ada perbahasan, tidak ada soal jawab soalan-soalan lisan, luar dari kebiasaan, norma baru, agaknya takut kan covid 19,
6. Dewan Rakyat akan disambung nanti bulan Julai, bulan depan, insha Allah, semua kita ahli-ahli Parlimen menunggu, penuh debaran! Siap, Jaga kau! (bahasa bangsa Johor),
7. Saya telah berkunjung hormat Tun M di Ibu Pejabat Bersatu pada jam 3 ptg hari Jumaat 29 Mei 2020, yang pada mulanya patut berjumpa di Yayasan Kepimpinan Perdana YKP,
8. Memang tak sabar-sabar nak jumpa Tun, pengasas Bersatu dan Negarawan,
9. Tun selalu membebel dalam mesyuarat MPT berkenaan keahlian Bersatu, kesian pada Saudara Akram Shah yang kena jawab, berapa ramai ahli Bersatu sekarang? Saya sebagai SUA kecut perut dibuatnya, itulah dia Tun,… tegas ! No play play !!! Macam- macam hal berkenaan keahlian Bersatu dibangkitkan! Panas ,…!
10. Saya berjumpa Tun hari Jumaat lepas antara lain sebagai reaksi surat SUK kepada Tun, yang kandungan nya kata, Tun dah gugur keahlian Bersatu secara automatik, disqualified himself,..
11. Pulak gitu,..
12. Perlembagaan Bersatu ditafsirkan begitu, katanya oleh pakar undang-undang. Tun dah duduk di barisan pembangkang di Dewan Rakyat dalam persidangan bulan lepas. Maka Tun dah masok pembangkang,
13. Saya tanya Tun, betul kah Tun dah masok Parti pembangkang? Tidak sekali-kali katanya! Tun nafikan,..
14. Saya ambik keputusan untuk menyertai PN dan menyokong TSMY jadi PM. Beliau telah dapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat dari kalangan ahli-ahli Parlimen,
15. Sebagai ‘budak’ TSMY pastinya saya amat gembira apabila beliau menjadi PM,
16. Saya bertanya pada diri sendiri, adakah Perikatan Nasional PN ini telah wujud sebagai badan sah? Lengkap dengan Perlembagaan dan pendaftaran ROS,
17. Sepanjang ingatan saya, PH adalah badan sah didaftar dengan ROS dan ada sijil pendaftarannya,
18. Pada saya, PN adalah sekadar nama badan persatuan tidak rasmi antara ahli-ahli Parlimen yang bersetuju TSMY sebagai PM,
19. PN bukan gabongan parti-parti, apatah lagi saya belum lihat, kaji dan bahas sedalam-dalamnya Perlembagaan PN yang telah dibawa ke Perhimpunan Agong Khas atau setidak-tidaknya ke MPT dan telah sama-sama kita putuskan disitu bahawa Bersatu telah BERSETUJU masok PN?
20. Tun tak masok atau setuju dengan perkara 18,
21. Bolehkah ditafsir Tun masok pembangkang? Sokong parti pembangkang,…
22. Saya tak mahu lihat Bersatu lemah kerana kita berpecah dan berbalah. Boleh pengsan bila kita baca perbahasan kita dalam media sosial,… kita saling melondeh kain sendiri,.. di viral,.. dah tak ada segan silu lagi,.. mana kita dapat budaya begini rupa?,..
23. Saya jugak tak mahu lihat Bersatu mati tidak berkubur, tidak berbatu nisan,
24. Saya sayangkan Bersatu, sayang sangat-sangat, … betapa sukarnya membina Bersatu, susah payah lawan BN, ke sana ke sini bersama Tun dan TSMY dan rakan-rakan versi 1.0,..
25. Masa tu saya ADUN Jorak, ulang alik antara Ibu Pejabat Bersatu menjalankan tugas-tugas SUA dan menjaga kawasan di Pagoh, tidor dalam kereta di RnR tu biasa, itu belum lagi kempen road show Bersatu dan PH,.. Allah saja yang tahu betapa nikmat dan sengsaranya pada ketika itu,..
26. Terkenangkan akan Tun M dan Tun Siti begitu komited berkempen, sana sini, utara selatan, timor barat,.. ribuan yang hadir,.. الحمدالله ….. kita menang bentuk Kerajaan!
27. Majoriti yang masok jadi ahli Bersatu adalah kerana Tun,.. bukan pasal nama saya!!! Shahruddin,.. tak siapa yang kenal ! ADUN saja, EXCO pun tak, semasa dalam BN dulu, jasa pun tak ada,..
28. Jasa Tun, umpama sebesar dan seberat bumi ini,.. Tanpa Tun, Bersatu akan terkujur layu, mati lah Bersatu,..
29. Hari ini hari Isnin, tanggal satu Jun tahun 2020, saya berjanji nak buat kenyataan, azam dan hala tuju saya dalam Bersatu dan Kerajaan, tidak ada niat lain saya,..
30. Saya nak lihat Bersatu kuat dan kukuh; sayang saya pada Bersatu mengatasi sayang saya pada Tun dan TSMY,… Barang di jauhkan sekali parti Bersatu di lihat sebagai melukut di tepi gantang dan ahli-ahli awal yang tulin dalam perjuangan pula dipingggirkan,…
31. Andai kata saya perlu letak jawatan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Kerjaraya, saya akan letak jawatan, demi memperkukuhkan Bersatu, supaya masa sepenuhnya dapat saya tumpukan pada Bersatu. Sebagai SUA pertama saya kenal KB, Srikandi dan Armada. Mengajak dan memujuk ahli-ahli yang ramai di bawah sana supaya tidak berbalah yang hanya akan melemahkan Bersatu. Ada yang dah merajuk, dah nak keluar Bersatu,… saya kata,.. JANGAN LAH BERTINDAK BEGITU!! Please,… BERSATU LAH,…
32. Andaikata saya perlu meninggalkan rakan-rakan PN dan kembali semula kepada PH dan disitu ada JAMINAN bahawa Bersatu akan kuat dan terus hidup, maka saya akan jugak sedia lakukan!
33. Akhir kalam untuk kali ini, cuba saudara berikan jawapan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya. Saya sekarang adalah ahli Parlimen Sri Gading. Adakah PN atau PH yang akan memberikan laluan mudah tanpa bahas untuk menerima calon ahli Bersatu bertanding di Parlimen Sri Gading di PRU15 nanti? PN atau PH? Itu jugak adalah jawapan kepada satu soalan paling pokok. Lebih selamatkah Bersatu dalam PN atau dalam PH?,.. Saudara jawab!!!
Jaga jarak, jaga kesihatan, jaga Iman.
YB Shahruddin Salleh
Ahli Parlimen Sri Gading P149.
01-06-2020


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28010

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akan Bersatukah Bersatu Atau Bakal Berterabur

Akan Bersatukah Bersatu Atau Bakal Berterabur

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 377 hits
Norman Goh Drama politik kembali lagi minggu ini Daripada pemecatan pemimpin Bersatu termasuk pengerusinya yang mengasaskan parti berkenaan sehingga angka 129 yang tular dan membawa semacam enigma kepada ramai Daya tarikannya tidak kurang m...
Umno Perlukan Bersatu Atau Bersatu Perlukan Umno

Umno Perlukan Bersatu Atau Bersatu Perlukan Umno

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 309 hits
Pada 5 Jun 2020 Dr Mohd Puad Zarkashi ahli Majlis Tertinggi Umno telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas Umno menolak pendaftaran Perikatan Nasional sebagai badan formal Kata beliau Bersatu sahaja yang sedang berusaha untuk formal...
Kkm Akan Syor Buka Lebih Banyak Sektor Jika Kes Tempatan Covid 19 Kekal 1 Atau 2 Angka

Kkm Akan Syor Buka Lebih Banyak Sektor Jika Kes Tempatan Covid 19 Kekal 1 Atau 2 Angka

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 283 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan akan mengesyorkan kepada kerajaan supaya memberi kelonggaran kepada sektor lain seperti sukan dan pendidikan jika kes jangkitan Covid 19 tempatan kekal 1 atau ...
Jusuf Kalla Minta Rumah Ibadah Dibuka Lebih Dulu Dibanding Kantor Atau Mall

Jusuf Kalla Minta Rumah Ibadah Dibuka Lebih Dulu Dibanding Kantor Atau Mall

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 339 hits
Ketua Dewan Masjid Indonesia Jusuf Kalla mengatakan sebaiknya tempat ibadah dibuka lebih dulu daripada perkantoran pasar maupun pusat perbelanjaan di tengah pandemi Covid 19 Jadi kenapa masjid dahulu yang dibuka sebelum yang lain Karena sua...
Tun M Sila Jawab 3 Persoalan Ini

Tun M Sila Jawab 3 Persoalan Ini

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 381 hits
Buat Tun M yang kami kasihi konteks Kelantan Nak sambung persoalan Abdul Samad Mahmood dalam konteks Kelantan sahaja dengan Tun M Tun M kami respek kamu masih kekal bersama PH walaupun kamu ada peluang untuk menjadi PM jika bersama PN Jalan...
Puasa Qadha Atau Puasa Syawal Mana Yang Lebih Didahulukan Muslimah

Puasa Qadha Atau Puasa Syawal Mana Yang Lebih Didahulukan Muslimah

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 1158 hits
Puasa qadha atau puasa Syawal bagi muslimah yang Ramadhan tidak bisa puasa penuh karena haidh Karena haidh di sini adalah uzur bagi wanita sehingga tidak bisa berpuasa penuh di bulan Ramadhan Apakah sudah jadi keputusan akhir bagi muslimah ...
Mahathir Ucap Selamat Kembali Kepada Shahruddin

Mahathir Ucap Selamat Kembali Kepada Shahruddin

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 383 hits
Anggota parlimen Bersatu Shahruddin Salleh mengadakan pertemuan singkat dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur petang ini Mesyuarat diadakan setelah Ahli Parlimen Sri Gading itu meletakkan jaw...
Tahniah Ardell Nadzmi Babyadhwardell Dah Selamat Dilahirkan Secara Normal Pada Jam 2 22 22 Pagi Tadi

Tahniah Ardell Nadzmi Babyadhwardell Dah Selamat Dilahirkan Secara Normal Pada Jam 2 22 22 Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 396 hits
Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Ardell Aryana dan suami Nadzmi Adhwa yang kini sudah bergelar ibu dan ayah Berita gembira itu dikongsikan oleh Nadzmi di laman Instagram miliknya pagi tadi Semalam Nadzmi ada berkongsi satu video ...
Isteri Saya Selamat Melahirkan Hari Ni Dapat Baby Girl Tomok Dedah Wajah Anak

Isteri Saya Selamat Melahirkan Hari Ni Dapat Baby Girl Tomok Dedah Wajah Anak

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 440 hits
Shah Indrawan atau lebih dikenali sebagai Tomok merupakan seorang penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri tanah air Beliau mula menyanyi sejak tahun 1999 bersama kumpulan New boyz dan kemudiannya bergerak secara solo sehingga kini Cah...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025