Zahid Bohong Atau Mahathir Bohong


Langkah Sheraton yang berlangsung pada malam 23 Februari lalu pada awalnya dilihat bukan bertujuan untuk menjadikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Idea mengenai pensejajaran semula atau gabungan politik baru hanya diketahui umum selepas Muhyiddin mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) sehari selepas itu

Pada masa itu Muhyiddin berkata kesemua ahli parlimen yang bersamanya telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Mahathir sebagai Perdana Menteri

Selain penubuhan gabungan baru, langkah itu juga dilihat sebagai usaha untuk mengekang Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri

Strategi politik ini dikatakan bertitik tolak daripada desakan dari dalam PH agar Mahathir menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang dilapor berlangsung dalam suasana penuh tegang pada 21 Februari

Dalam sidang media selepas mesyuarat malam itu Mahathir menegaskan kata putus telah dicapai bahawa beliau sendiri akan menentukan tarikh peralihan kuasa kepada peggantinya

Daripada bahasa badan dan riak muka Mahathir yang dirakam lensa kamera pada masa itu, jelas menunjukkan beliau tidak gembira

Pertemuan parti-parti politik Melayu diadakan di rumah Mahathir pada petang 23 Februari. Dan pada sebelah malam itulah bermulanya Langkah Sheraton

Selepas beberapa bulan, gambar mengenai pertemuan di kediaman Mahathir tular baru-baru ini. Gambar itu didakwa oleh penyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai bukti bahawa Mahathir merestui langkah Bersatu keluar daripada PH

Menurut Presiden Umno Ahmad Zahid, pertemuan itu bertujuan mengajak Mahathir menubuhkan kerajaan tanpa DAP, PKR dan Amanah

Kata Zahid, sudah ada titik persetujuan awal daripada Mahathir sebelum bekas perdana menteri itu menukar keputusan dan membuat pusingan U dengan idea kerajaan perpaduan

Bagaimanapun, penyokong Mahathir mengatakan pertemuan di rumahnya itu diatur sendiri oleh Muhyiddin

Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu sehari selepas Langkah Sheraton iaitu pada 24 Februari

Ini dijadikan alasan yang kuat oleh penyokongnya bahawa Mahathir tidak merestui langkah tersebut

Pada 25 Februari, pemimpin Bersatu, termasuk ketua pemudanya, Syed Sadddiq Syed Abdul Rahman dilapor enggan menerima Umno secara en bloc dalam kerajaan

Pada hari yang sama, Reuters melaporkan Mahathir yang pada masa itu memegang jawatan PM interim mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan yang merentasi parti-parti politik

Kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Mahathir adalah kerajaan tanpa pembangkang

Anehnya Mahathir dikatakan tidak dapat menerima Umno secara en bloc dalam kerajaan baru, tetapi kemudian menawarkan kerajaan perpaduan yang termasuk di dalamnya adalah Umno sendiri

Idea kerajaan perpaduan
Bagaimanapun idea mengenai kerajaan perpaduan ini tidak dapat diterima bukan sahaja oleh pemimpin PH, bahkan pemimpin Umno sendiri yang menolak kerjasama dengan DAP

Persoalan yang buat ramai tertanya-tanya ketika ini apakah Mahathir bersetuju dengan penubuhan kerajaan tanpa DAP, PKR dan Amanah seperti didakwa Zahid ketika berlangsung pertemuan di rumah bekas perdana menteri itu

Kita tidak tahu apa yang dibincangkan dan apa yang diperkatakan Mahathir kepada parti-parti Melayu ini

Tiada sesiapa mengetahui cerita sebenar kecuali lingkaran mereka yang hadir pada pertemuan tersebut

Yang pasti, antara kedua-dua tokoh ini, salah seorangnya telah berbohong dan memutarbelitkan fakta

Di pihak Mahathir, mereka mendakwa kelompok Muhyiddin telah "menjual" nama Mahathir agar parti itu dikeluarkan daripada PH

Bekas perdana menteri itu dikatakan enggan mengikut sama kerana berpegang kepada prinsip untuk tetap bersama PH dan akan mengotakan janji menyerahkan kuasa kepada Anwar

Oleh yang demikian, mereka menganggap Muhyiddin melakukan pengkhianatan kerana menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang serta mengkhianati Mahathir untuk menjadi perdana menteri

Di pihak penyokong PN dan pro-Muhyiddin pula, mereka mendakwa Mahathir sendiri mengkhianati persetujuan untuk menubuhkan kerajaan baru tanpa DAP, PKR dan Amanah, selepas diasak menyerahkan kuasa kepada Anwar

Rentetan peristiwa
Untuk memahami bagaimana krisis politik ini bermula, kita harus melihat kronologi dan rentetan peristiwa yang berlaku sejak kekalahan BN di tangan PH pada PRU 2018

Hanya kira-kira sebulan selepas kekalahan BN, veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang pada masa itu menjadi calon bagi jawatan presiden Umno membayangkan kerajaan PH tidak akan bertahan lama

Beliau dilapor berkata banyak cara boleh dilakukan untuk memastikan Umno bersama dalam kerajaan

"Kamu boleh adakan usaha sama (joint venture), campuran pelbagai gabungan (mix of coallition), (atau) rundingan - asalkan kami tidak mengalami kerugian," kata Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan sapaan Ku Li itu

Ternyata ramalan Ku Li benar-benar menjadi kenyataan apabila PH akhirnya tersungkur tidak sampai sepenggal

Sejak 2018 lagi beberapa siri pertemuan diatur antara sama ada pemimpin Umno dan PAS dengan Mahathir

Perbicangan tersebut bagaimanapun kononnya hanya berkisar mengenai perpaduan politik Melayu dan masa depan negara

Bahkan Zahid sendiri dilapor beberapa kali bertemu Mahathir, namun menafikan kerjasama Umno dengan bekas perdana menteri itu

Spekulasi mengenai gabungan baru kembali timbul pada pada November tahun lalu apabila Anwar secara tersirat mendedahkan usaha di belakang tabir untuk mengumpul sokongan anggota parlimen bagi menghalang peralihan kuasa

Pada masa itu, nama Hishamuddin Hussein disebut-sebut sebagai dalang utama untuk menubuhkan kerajaan baru dengan mengumpulkan sekumpulan ahli politik di kediaman timbalan presiden PKR Azmin Ali
Penyokong Mahathir dan PH melihat ia sebagai usaha menyelamatkan pemimpin-pemimpin Umno, terutama Najib Razak dan Zahid sendiri yang sedang berhadapan perbicaraan rasuah di mahkamah

Dalam masa yang sama, sokongan pengundi terutama orang Melayu terhadap PH semakin merosot dengan kekalahannya dalam beberapa pilihan raya kecil

Dengan beberapa isu yang dilihat gagal ditangani dengan cermat oleh PH, mengakibatkan Umno-BN menjadi kembali popular

Mahathir sendiri memberi bayangan dua bulan sebelum kerajaan PH tumbang, bahawa PH mungkin menjadi kerajaan sepenggal sekiranya gabungan itu tidak berubah

“Kita kalah lima pilihan raya kecil dan mereka masih tidak faham

“Saya beritahu mereka, dalam demokrasi kamu perlu sokongan kuat orang ramai,” beliau dipetik berkata kepada pemberita di Langkawi

Dari semasa ke semasa, Mahathir dikatakan menerima tekanan daripada kelompok pro-Anwar dalam PH untuk segera menyerahkan kuasa kepada presiden PKR

Kesempatan ini diambil oleh Muafakat Nasional untuk mengikrarkan sokongan kepada Mahathir agar kekal menjadi perdana menteri

Pada 20 Januari, Mahathir dilapor berkata beliau sentiasa terbuka dalam membentuk kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PAS jika perkara itu memberi banyak manfaat kepada negara

Sokongan PAS dibuat di tengah desas-desus bahawa beberapa pihak dalam PH mendesak Mahathir melepaskan jawatan pada Mei setelah genap dua tahun mentadbir negara

Pada Februari, PAS sekali lagi menyatakan sokongan kepada Mahathir dengan mahu membawa usul percaya kepadanya di parlimen

Dari satu segi langkah PAS, sebagai sebuah parti pembangkang untuk membawa usul percaya kepada Mahathir dilihat aneh. Namun dari segi yang lain, ia dilihat strategi politik pintar untuk memastikan musuh politiknya berpecah

Langkah Sheraton ikut skrip asal?
Apakah Langkah Sheraton yang membawa kepada tumbangnya kerajaan PH telah direncanakan lebih awal sebelum mesyuarat Majlis Presiden PH

Jika ia dirancang lebih awal, apakah ia mengikut pelan yang asal

Apakah Muhyiddin dirancang sebagai perdana menteri atau pelan yang awal adalah menubuhkan kerajaan baru tanpa DAP, Amanah dan PKR dengan Mahathir kekal sebagai perdana menteri

Terdapat dua teori utama yang boleh merungkai mengenai apa sebenarnya yang berlaku dalam pertemuan pemimpin parti Melayu bersama Mahathir di rumahnya, beberapa jam sebelum Langkah Sheraton

Pertama, Mahathir bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan gabungan kerajaan baru tanpa PKR, DAP dan Amanah seperti didakwa oleh Zahid

Persetujuan awal itu mungkin dibuat selepas beliau menerima asakan demi asakan dari dalam PH agar mengundurkan diri

Mahathir berkemungkinan mengubah pendirian itu selepas parti-parti komponen PH akur untuk menyerahkan kepadanya bagi memutuskan tarikh penyerahan kuasa kepada Anwar. Oleh sebab itu beliau menawarkan kerajaan perpaduan yang kemudian ditolak oleh Umno

Teori Kedua, Zahid yang sebenarnya berbohong apabila mengatakan Mahathir bersetuju pada awalnya untuk menubuhkan gabungan baru

Seperti ditegaskan Mahathir berulang kali, beliau tidak akan menggadai prinsip untuk bekerjasama dengan pemimpin Umno yang pernah dilabelnya sebagai perompak dan pencuri

Oleh itu antara kedua-dua tokoh ini siapakah sebenarnya berbohong dan memutarbelitkan fakta

Melainkan wujud masalah komunikasi atau salah faham antara kedua-dua belah pihak, jelas salah seorangnya telah berbohong

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/zahid-bohong-atau-mahathir-bohong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Mahathir Dan Zahid Siapa Bohong

Antara Mahathir Dan Zahid Siapa Bohong

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 265 hits
Rusnizam Mahat Langkah Sheraton yang berlangsung pada malam 23 Februari lalu pada awalnya dilihat bukan bertujuan untuk menjadikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Idea mengenai pensejajaran semula atau gabungan politik baru hanya d...
Agak Agak Siapa Kena Games Muhyiddin Atau Mahathir

Agak Agak Siapa Kena Games Muhyiddin Atau Mahathir

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 313 hits
Bekas Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan masalah yang sangat besar Jelas Mahathir ini kerana beliau akan berusaha untuk membuktikan ketidaksahihan kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyid...
Mahathir Berjumpa Zahid Hamidi Muhyiddin Yassin Abdul Hadi Azmin Ali Dan Shafie Afdal

Mahathir Berjumpa Zahid Hamidi Muhyiddin Yassin Abdul Hadi Azmin Ali Dan Shafie Afdal

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 643 hits
Berapa kali Dr Mahathir mahu checkmate diri beliau sendiri Foto ini bertarikh 23 Februari 2020 adalah semasa perjumpaan di rumah Mahathir Yang turut hadir ialah Ahmad Zahid Hamidi Hadi Awang Muhyiddin Yassin Azmin Ali Shafie Afdal dan beber...
Umno Wanted Mahathir To Remain As Pm Says Zahid

Umno Wanted Mahathir To Remain As Pm Says Zahid

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 260 hits
PETALING JAYA Umno wanted Tun Dr Mahathir Mohamad to remain as prime minister under a new coalition and not Pakatan Harapan during the political crisis in February says party president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi The party then decided to...
Hamzah Zainuddin Dedah Yang Minta Dan Desak Mencari Jalan Meninggalkan Ph Adalah Mahathir Sendiri

Hamzah Zainuddin Dedah Yang Minta Dan Desak Mencari Jalan Meninggalkan Ph Adalah Mahathir Sendiri

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 459 hits
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin yang memihak kepada Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa bahawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah berulang kali meminta pemimpin parti itu supaya mencari jalan meninggalkan Pakatan Harap...
Kisah Mahathir Disailang Muhyiddin

Kisah Mahathir Disailang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 306 hits
Salam Semalam punya update ya Berdasarkan daya ingatan saya 1 Pencalonan Tun M sebagai Calon PM A MPT sebulat suara memutuskan Tun M sebagai Calon tetapi Presiden tidak mengumumkannya Sebab itulah MP Bersatu ingat semua sokong Presiden seba...
You Re Fired A Panicked Insecure Backdoor Pm Muhyiddin Sacked Mahathir And That S A Big Mistake

You Re Fired A Panicked Insecure Backdoor Pm Muhyiddin Sacked Mahathir And That S A Big Mistake

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 745 hits
Mahathir had challenged his former lieutenant Muhyiddin to sack him And Prime Minister Muhyiddin did exactly that Mahathir s successors Abdullah Badawi and Najib Razak did not dare sack their former boss At the most Najib regime only dared ...
Mahathir S Sacking From Ppbm Won T Affect Malay Votes In Chini Say Analysts

Mahathir S Sacking From Ppbm Won T Affect Malay Votes In Chini Say Analysts

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 1447 hits
Analyst Kamarul Zaman Yusoff notes that Chini lies within Najib Razak s stronghold of Pekan PETALING JAYA Two analysts are of the opinion that Dr Mahathir Mohamad s sacking from PPBM will not greatly affect how the Malays will vote in the u...
Anwar Mengkritik Pentadbiran Tun Mahathir Sebelum Ini Dalam Sidang Video Terbaru

Anwar Mengkritik Pentadbiran Tun Mahathir Sebelum Ini Dalam Sidang Video Terbaru

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 387 hits
Dalam sidang video Anwar berkata Pakatan Harapan tidak akan mengulang kesilapan sama dalam memilih perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH akan memilih perdana menteri yang bersih menunaikan janji dan menjalankan tanggungjawab K...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba