Suatu Pagi Di Pantai Desaru


 Hari Jumaat lepas, pukul 8 pagi kami dah keluar rumah menuju ke Desaru. Sampai pantai Desaru, dekat pukul 10 la macam tu. Pasang kemah, bentang canvas buat tempat duduk, hidupkan bara api untuk bakar ayam, lepas tu suami Mama Yan bawa anak anak mandi laut dulu. MY bakar ayam, punya lah susah nak hidupkan bara api tu...hahaha... maklumlah.. tak biasa guna dapur kayu atau dapur arang. Dari kecik reti guna dapur gas aje
Budak2 dah penat dan dah lapar, suami Mama Yan bawak naik. Suami Mama Yan take over kerja MY bakar ayam, kakak ipar pula tengah potong ayam yang dah siap dibakar, nak bag makan anak anak. MY siapkan air, tengah terkial kial masukkan ais dalam jug, yg nombor 3, 4 dan 5 ni dah berkicau haus sangat...haus sangat.. nak air... nak air....
Adik Mijan pulak, masa tu semua tengah sibuk sibuk tu lah abang nya terlepas pandang. Sebab mula2 dia letak adik dia dalam khemah, rupanya...adik dia dah berjalan sorang masuk balik dalam air. Ya Allah... mujurlah tiba tiba serentak teringatkan adik Mijan. "Mana Mijan?" Serentak teringat... masing masing pandang memandang...sekali nampak kecikkkkk aje dia dah dalam air laut sorang sorang. Berlari anak sulung Mama Yan kejar adik dia. 
Mujurlah umur masih panjang dan ada seorang pengunjung yang cakna tentang orang sekeliling. Alhamdulillah... brader tu cepat cepat cepat sambar adik Mijan yang sorang sorang tu. Haduuuhhh.... ralat betul. Ambil sebagai pengajaran. Syukur la tak berlaku perkara yang paling ditakuti tu. Terima kasih banyak banyak kat brader yang tolong ambil Mijan tu..  lepas tu memang pesan banyak kali kat anak anak supaya tak lepas dari tengok adik. Budak umur 3 tahun belum faham bahaya dan belum faham orang kata jangan.
Macam serik sikit... tapi selalu ingat satu... Allah tak jadikan laut dan pantai untuk membunuh dan menyusahkan hambanya. Gambar gambar kat laut memang takde...sebab MY memang bagi full attention kat perkelahan. Sediakan makan minum dan keperluan anak anak je. Memang takde sesi ambik ambik gambar. Memang beringat taknak pegang handphone sangat takut terleka. Tapi tu lah... tak pegang handphone pun...dah nyaris nyaris juga si kecik tu... menggigil la kejap. 
Lepas anak sulung Mama Yan bawak dia balik ke tapak tempat kami duduk tu... MY sambut dia dari dukungan abang dia. Punyalah dia meronta ronta nak pergi balik semula kat laut. Terpaksa pujuk bagi handphone tgk youtube spongbob. Sebab dia nak melepaskan diri nak ke laut semula. MY nak makan pun dah hilang selera dahh.. anak anak yang belum faham ni... sedap je makan. Menambah nambah makannya. MY bawa bekal nasi lemak, sambal tumis, telur rebus, bawak ayam yang dah siap perap dengan marinate dan bakar kat sana. Anak seronok, kita pun seronok lah...tapi dalam hati... terkesan betul. 
Lepas siap makan... kami bawa anak anak mandi lagi satu round. Kali ni memang betul betul berjaga jaga. Asyik mengira anak anak je... serik betul. Sepanjang masa kat laut tu anak anak senyummmmm aje... gembira betul diorang dapat pergi mandi laut. Rasa bersalah lak MY dan suami tak luangkan masa untuk kenalkan anak anak dengan alam sekitar. Last bawa anak mandi laut tahun 2015.
InsyaAllah... lepas ni kalau ada kelapangan, kena la lebih rajin lagi bawa anak mengenal alam sekitar. Mandi laut, mandi sungai, ajar diorang menghargai alam sekitar dan jaga kebersihan.
Laut kat pantai Desaru jernih.... boleh nampak pasir dan ikan kecik yang berbelang belang tu...tapi tu lahhh... takde gambar gambar yang dapat dilayangkan buat tatapan dan kenangan. Mungkin la satu hari nanti... kalau anak dah besar sikit dan dah pandai jaga barang, boleh lah belikan gopro...hahaha... boleh minta diorang ambilkan gambar untuk mama diorang masukkan dalam blog nanti.
Eh...tak sampai seratus ke harga kamera waterproof ni?






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2020/09/suatu-pagi-di-pantai-desaru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Kerja Dan Latihan Lembah Pantai Atasi Pengangguran Era Covid 19

Pusat Kerja Dan Latihan Lembah Pantai Atasi Pengangguran Era Covid 19

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 235 hits
Mendepani masalah pengangguran yang kian kronik ketika pandemik Covid 19 belum berakhir Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai melancarkan Pusat Kerja Latihan Lembah Pantai bagi memudahkan warga yang diberhentikan kerja mencari pekerjaan...
Hasil Turun Tapi Kos Naik Nelayan Pesisir Pantai Dibadai Dilema

Hasil Turun Tapi Kos Naik Nelayan Pesisir Pantai Dibadai Dilema

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 529 hits
KUALA SELANGOR Zulkifli Subran 46 hanya mampu merenung ke laut dan mengeluh mengenangkan ketika mencari rezeki tidaklah sesukar kini Setelah lebih 3 dekad menjadi seorang nelayan Zulkifli sedar rezeki bukan selalu dalam kawalan dari cuaca t...
Pas Patut Bertanding Semua Kerusi Parlimen Pantai Timur

Pas Patut Bertanding Semua Kerusi Parlimen Pantai Timur

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 334 hits
MSO Walaupun cadangan naib Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadzli Shaari seperti khayalan tetapi ia ada munasabahnya Fadzli semasa menggulung perbahasan di Muktamar melontarkan cadangan agar Pas bertanding semua kerusi parlimen di negeri negeri Kela...
Seorang Karyawan Bumn Ditemukan Meninggal Di Pantai Sanur Bali

Seorang Karyawan Bumn Ditemukan Meninggal Di Pantai Sanur Bali

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 295 hits
Seorang pria bernama Fathurrahman yang merupakan karyawan salah satu Badan Usaha Milik Negara ditemukan meninggal dunia di Pantai Inna Grand Bali Beach Sanur Denpasar Selatan Sabtu
Penyokong Pas Di Pantai Timur Mahu Parti Bersendirian

Penyokong Pas Di Pantai Timur Mahu Parti Bersendirian

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 213 hits
Pengkhianatan yang dilakukan oleh Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional menyebabkan Pas tidak bertanding di Sabah buat pertama kali sejak 1986 membuat banyak penyokong parti itu berpendapat tiada gunanya bekerjasama dalam mana mana gabun...
Homestay Muslim Best Dan Murah Di Pantai Klebang Rasa Macam Duduk Rumah Sendiri

Homestay Muslim Best Dan Murah Di Pantai Klebang Rasa Macam Duduk Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 583 hits
Homestay Muslim Best dan Murah di Klebang Rasa Macam Duduk Rumah Sendiri l Assalamualaikum Lamanya rasa tak pergi bercuti Last bulan 11 tahun lepas masa bercuti di Port Dickson Lepas tu tak ke mana mana dah Lagi lagi sejak PKP hari tu Homes...
Didampingi Refly Harun Rizal Ramli Ajukan Jc Presidential Threshold Ke Mk Pagi Ini

Didampingi Refly Harun Rizal Ramli Ajukan Jc Presidential Threshold Ke Mk Pagi Ini

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 258 hits
Desakan untuk menghapus presidential threshold alias ambang batas pencalonan presiden terus berdatangan dari berbagai pihak Mereka menilai aturan ini hanya merusak sistem demokrasi di tanah air Presidential threshold yang tercantum dalam UU...
Gempa Bumi 5 5 Mengguncang Bovendigoel Papua Kamis Pagi

Gempa Bumi 5 5 Mengguncang Bovendigoel Papua Kamis Pagi

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 229 hits
JAYAPURA Gempa bumi berkekuatan 5 5 mengguncang wilayah Papua hari Kamis pagi menurut informasi di situs BMKG Pusat gempa berada di 48 kilometer timur laut Bovendigoel Papua berada pada 5 31 Lintang Selatan dan 140 41 Bujur Timur Gempa terj...
Adoiiii Pedihnya Catatan Pagi Ini

Adoiiii Pedihnya Catatan Pagi Ini

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 253 hits
ZAHARIN MOHD YASINCatatan Pagi September 1 2020 Kemarin saya duduk dengan kawan kawan saya di kedai kopi sambil sembang isu semasa dan apa cara mencari kehidupan 2 Sesaorang daripada mereka bertanya Apa pandangan Dato isu baju Jemaah Menter...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023