Hasil Turun Tapi Kos Naik Nelayan Pesisir Pantai Dibadai Dilema


Mohd Kamal Ishak
KUALA SELANGOR: Zulkifli Subran 46, hanya mampu merenung ke laut dan mengeluh, mengenangkan ketika mencari rezeki tidaklah sesukar kini.
Setelah lebih 3 dekad menjadi seorang nelayan, Zulkifli sedar rezeki bukan selalu dalam kawalan, dari cuaca tidak mengizinkan dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyukarkan jualan tangkapan.
Namun, kehidupan nelayan pesisir pantai sepertinya kian sempit kerana hasil tangkapan berkurangan ketika kos meningkat.
“Saya melabuh tengok-tengok ‘air tak jalan’. Air itu tak ada arus, kata orang…bila tarik jaring ianya kosong, tidak ada ikan.”
Hasil tangkapan dihantar kepada peraih di pekan dan dibeli pada harga tidak seberapa. Itupun peraih hanya memilih ikan tertentu sahaja.
“Kira tengok dia punya saiz badan (tangkapan). Kalau saiz besar harga lain, kalau saiz kecil harganya lain. Macam gelama itu, biasalah, kadang ada RM1.50 , kadang RM1,” kata Zulkifli.
Kehidupan susah ini turut dirasai seorang lagi nelayan, Saiful Baharin Ab Khair, 49.
Seawal usia 13 tahun, Saiful menjadi nelayan disebabkan kedaifan hidup keluarganya. Dia mula tidak ke sekolah disebab masalah kewangan.
“Saya macam tidak boleh sebab duit belanja sekolah tiada, pergi sekolah tiada kenderaan, jalan kaki pula sekolah jauh, jadi saya cenderung bekerja.
“Orang tua nelayan, jadi nelayan lah,” luah Saiful.
Pada awalnya beliau hanya menolong ayah dan diberi upah RM3 sehari.
“Saya dengan arwah orang tua saya kadang dia bagilah gaji RM3, RM5. Saya kumpullah duit tu.”
Hasil berjimat cermat akhirnya Saiful dapat mengadakan sebuah sampan miliknya sendiri, waktu rakan-rakannya berada dalam kelas di sekolah menengah.
Suatu ketika dahulu sumber pendapatan sebagai nelayan agak berpatutan, baik dari segi hasil tangkapan mahupun harga jualan.
Namun ketika ini hasil tangkapan makin berkurangan terutama bagi nelayan pesisir pantai.
Siput dan kepah sudah berkurangan, manakala kerang “kami tak tangkap”.
Beliau merasakan ia kerana pencemaran laut, daripada kumbahan air dari sawah yang beracun.
Dengan hasil tangkapan tidak memberangsangkan dan menentu, ditambah pula kos bot dan alatan yang tinggi, nelayan pesisir pantai hidup payah, kata Saiful.
“Sebulan paling tinggi pernah dapat kadang-kadang kita orang jumpa (hasil) yang RM1,000, kadang-kadang kita orang tidak jumpa (hasil) pun tapi yang kebiasaannya RM300.”
Bagi Saiful, selain memperkenalkan cara mencari pendapatan sampingan kepada nelayan pesisir pantai, jabatan kerajaan boleh main peranan lebih giat lagi.
“Ambil tindakan pada nelayan yang tidak sepatutnya ada di laut, lepas itu tolong pulihkanlah rumah-rumah ikan yang rosak, mungkin lebih baik ditambah.”
“Kalau boleh saya hendak Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, ambil tahu keadaan kami sebenarnya. Apakah kami dapat ke laut ke? Ataupun boleh terus cari rezeki tiap hari di situ ke? Kami tak dapat nak luahkan,” ujar Saiful.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/hasil-turun-tapi-kos-naik-nelayan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muat Naik Gambar Berurut Tapi Lain Pula Jadinya

Muat Naik Gambar Berurut Tapi Lain Pula Jadinya

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 437 hits
Penyanyi Bella Astilah dikec4m gara gara memuat naik gambar dengan hanya berkain batik ketika sesi mengurut dalam pantang di laman Instagram Bella dalam kemas kini tersebut memberitahu dia kini sudah selesai menjalani proses berpantang Akhi...
Cowok Yang Naik Motor Memang Tak Tawarkan Kemewahan Tapi Ia Jelas Layak Kamu Perjuangkan

Cowok Yang Naik Motor Memang Tak Tawarkan Kemewahan Tapi Ia Jelas Layak Kamu Perjuangkan

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 312 hits
Meski sekarang harus panas panasan berdua tapi momen ini akan kamu kenang selamanya Uwu
Muat Naik Foto Muka Bengkak Syafiq Farhain Nafi Disengat Tebuan Tapi Tanam Rambut

Muat Naik Foto Muka Bengkak Syafiq Farhain Nafi Disengat Tebuan Tapi Tanam Rambut

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 1067 hits
Baru baru ini penyanyi Syafiq Farhain menerusi laman Instagram telah berkongsi foto terkini dimana memperlihatkan wajahnya dalam keadaan bengkak dan ia telah menarik perhatian umum source
10 Tahun Nabung Dari Hasil Ngamen Di Pintu Tol Slamet Mampu Berangkatkan Ibunya Naik Haji

10 Tahun Nabung Dari Hasil Ngamen Di Pintu Tol Slamet Mampu Berangkatkan Ibunya Naik Haji

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 311 hits
Siapa yang menyangka seorang pengamen bernama Slamet Effendy warga Desa Kerpangan Kecamatan Leces Kabupaten Probolinggo mampu memberangkatkan ibunya naik haji Setiap hari selama 10 tahun Slamet menyisihkan uangnya Rp 20 000 Rp 25 000 untuk ...
Turun Tempat Awam Cari Publisiti Tapi Tak Ada Orang Layan

Turun Tempat Awam Cari Publisiti Tapi Tak Ada Orang Layan

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 362 hits
Tun DrM boleh saja turun ke tempat awam kononnya nak jadi seperti orang kebanyakan meskipun beliau adalah seorang tokoh Negarawan tetapi malang tak ada orang layan dia kerana 22 tahun dia MAHAFIRAU di mata orang yang tua dan dewasa dia pula...
Berita Baik Elaun Sara Hidup Nelayan Naik Kepada Rm300

Berita Baik Elaun Sara Hidup Nelayan Naik Kepada Rm300

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 278 hits
Kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup nelayan dari RM250 kepada RM300 sebulan kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Saya ingin ingatkan sewaktu Pakatan Harapan mentadbir negara Warisan adalah sebahagian daripada PH Di waktu itu elau...
Lelaki Hempas Kucing Dengan Kuat Kerana Naik Atas Keretanya

Lelaki Hempas Kucing Dengan Kuat Kerana Naik Atas Keretanya

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 806 hits
Tindakan kejam seorang lelaki berusia 34 tahun ini yang menganiaya seekor kucing dirakam kamera litar tertutup dan tersebar di media sosial Berdasarkan video berdurasi 55 saat itu menunjukkan pemilik kereta Honda City JRF 5712 yang berasal ...
Tm Mengatakan Kelajuan Muat Naik Untuk Pakej 500mbps Adalah Kesilapan Bukannya 200mbps Tetapi 100mbps

Tm Mengatakan Kelajuan Muat Naik Untuk Pakej 500mbps Adalah Kesilapan Bukannya 200mbps Tetapi 100mbps

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 290 hits
Lanjutan daripada laporan semalam pihak Telekom Malaysia kini telah mengeluarkan komen rasmi kepada Amanz dan menyatakan penyataan kadar muat naik untuk pakej 500Mbps adalah kesilapan pada bahan promosi dan laman web TM mengatakan kadar mua...
Skmm Mula Menyiasat Tm Mengenai Penurunan Kadar Muat Naik Pakej Unifi 500mbps

Skmm Mula Menyiasat Tm Mengenai Penurunan Kadar Muat Naik Pakej Unifi 500mbps

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 274 hits
Semalam kami ada melaporkan bahawa Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kesilapan pada bahan promosi mengenai kadar muat naik pelan internet gentian optik 500Mbps mereka yang sebenarnya adalah 100Mbps sahaja dan bukan...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi