Suasana Muram Ekonomi Pasaran Saham Mungkin Jejas Asb


KUALA LUMPUR – Saban tahun pengumuman agihan pendapatan atau dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sememangnya ditunggu-tunggu kerana ia sering memberi pulangan lumayan kepada pelaburnya.
ASB dijangka mengumumkan agihan pendapatan Rabu ini dan seperti biasa, pelabur pastinya mengharapkan keistimewaan daripada tabung yang ketika ini memiliki 10 juta pemegang unit.
Persoalannya dalam persekitaran hari ini yang mana keadaan politik, ekonomi dan perdagangan di dalam dan luar negara amat berbeza berbanding 20 tahun lalu, adakah ASB yang melabur kira-kira 70 peratus dananya dalam pasaran ekuiti masih mampu memberi pulangan yang sama seperti dahulu?
Sepanjang lima tahun yang lalu, dalam keadaan di mana KLCI memberi pulangan negatif pada 2014, 2015, 2016 dan 2018, ASB kekal memberi pulangan tahunan purata sekitar tujuh peratus berbanding pulangan purata deposit tetap sebanyak 3.6 peratus untuk tempoh simpanan setahun.
Justeru, dalam keadaan di mana pasaran saham tempatan masih terus mencatatkan aliran negatif tahun ini, adakah ASB mampu memberi agihan pendapatan seperti diharapkan pelabur ketika unit amanah lain kendaliannya seperti ASM 3 yang hanya memberi pulangan lima peratus.
Pasaran saham tempatan ketika ini berada pada paras antara 1,500 hingga 1,600 mata dan antara faktor penyumbang utama ialah ketidakpastian serta keyakinan pelabur yang terjejas akibat faktor luar kawalan seperti perang dagang antara China dan Amerika Syarikat (AS).

Maybank dalam Laporan Asean Macro Year Ahead, Economic, Equity, Fixed Incomed & FX yang dikeluarkan baru-baru ini menyatakan bahawa ketegangan akibat perang dagang antara AS dan China dijangka akan terus berlanjutan walaupun ketika ini kedua-dua negara sedang menyambung perbincangan mengenai kadar tarif yang perlu ditetapkan dan ini memberi harapan dan prospek yang lebih untuk perjanjian perdagangan.
Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata ASB tidak boleh lari daripada menerima kesan dari sebarang pergerakan yang berlaku dalam pasaran saham atau perubahan ekonomi dalam dan luar negara.
“Ini kerana sebahagian besar pelaburan ASB adalah berbentuk ekuiti atau saham,” katanya.
Beliau berkata, walaupun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pulangan yang diberikan ASB agak menurun, namun pelabur perlu sedar bahawa ASB masih memberi pulangan yang lebih baik berbanding pelaburan lain.
“Bukan hanya pulangan ASB yang terjejas, tetapi juga instrumen pelaburan lain yang turut menjadikan pasaran saham sebagai destinasi pelaburan untuk menjana pendapatan,” katanya.
Beliau berkata, bagi pelabur yang telah melabur dalam ASB sejak 1990, mereka telah menikmati pulangan yang tinggi walau pernah berlaku krisis ekonomi dan kewangan sebelum ini.
“Keistimewaan ASB ialah ia masih mampu memberi pulangan positif yang lebih baik berbanding instrumen pelaburan lain. Jika pasaran saham dan ekonomi kembali pulih, saya meramalkan pelabur juga akan menikmati pulangan yang lebih baik,” katanya.
ASB dalam laporan tahunan 2018 menyatakan bahawa tabung itu boleh melaburkan sehingga 90 peratus daripada nilai tabungnya dalam pasaran ekuiti dan selebihnya dalam sekuriti berpendapatan tetap dan instrumen pasaran wang termasuk aset mudah tunai.
Jika dilihat kepada senario hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa pengurus dana seperti PNB perlu menanggung risiko lebih tinggi untuk mendapatkan pulangan yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini ketika senario ekonomi dan perdagangan dunia lebih stabil.
Bagaimanapun keistimewaan ASB ialah pelabur tidak perlu bimbang akan kehilangan modal kerana ASB ditawarkan pada harga tetap.
Ini bermakna, pelabur menanggung risiko pelaburan yang sangat rendah, tetapi masih berpeluang menikmati pulangan yang baik.

Ahmed Razman berkata, pelabur yang melabur dalam ASB tidak akan rugi kerana harga beli dan jualnya kekal pada RM1. Hanya jika ASB memberi pulangan negatif, barulah pelabur rugi.
“Selagi ASB memberi pulangan lebih baik berbanding inflasi semasa, selagi itulah pelabur masih untung dan dapat melindungi nilai wang mereka,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, pelabur juga perlu membuat perbandingan yang sesuai apabila membandingkan pulangan yang diterima daripada ASB dan instrumen pelaburan lain.
“Pelabur perlu faham ASB ialah unit amanah dan sepatutnya pelaburan adalah untuk jangka panjang.
“Untuk membandingkan ASB dengan pulangan Bank Rakyat contohnya adalah tidak tepat kerana Bank Rakyat adalah bank koperasi manakala ASB ialah unit amanah dengan kedua-duanya mempunyai struktur ahli dan punca pendapatan yang berbeza.
“Begitu juga jika perbandingan dibuat dari segi pulangan tahunan antara ASB dan pelaburan lain yang mempunyai ciri yang hampir sama seperti deposit tetap, akaun simpanan dan pasaran saham, ASB sebenarnya pemberi pulangan paling tinggi kepada pelabur sejak lima tahun lalu,” katanya.
The post Suasana muram ekonomi, pasaran saham mungkin jejas ASB appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/suasana-muram-ekonomi-pasaran-saham-mungkin-jejas-asb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asb Kegagalan Kerajaan Ph Tadbir Dan Urus Ekonomi Negara Tok Mat

Asb Kegagalan Kerajaan Ph Tadbir Dan Urus Ekonomi Negara Tok Mat

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 410 hits
Agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera yang rendah tahun ini dan dalam sejarah jelas membukti keadaan ekonomi negara amat teruk Pelabur dan pakar pakar ekonomi mengatakan bahawa ekonomi negara sedang dan telah merudum Keadaan ini mungkin...
Dividen Asb Ekonomi Jatuh Kerana Ph Gagal Tadbir Urus Negara

Dividen Asb Ekonomi Jatuh Kerana Ph Gagal Tadbir Urus Negara

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 373 hits
Kerajaan Pakatan Harapan seharusnya mesti fokus dalam menangani masalah ekonomi negara yang teruk demi untuk kesejahteraan rakyat dan bukan hanya galak berebut kuasa sehingga tanggungjawab kepada rakyat terus terabai tegas Timbalan Presiden...
Samsung Galaxy S11 Mungkin Dilancarkan Pada 18 Februari 2020

Samsung Galaxy S11 Mungkin Dilancarkan Pada 18 Februari 2020

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 353 hits
Dengan kehadiran tahun 2020 pelbagai desas desus akan hadir berkaitan dengan telefon pintar mercu akan datang daripada pelbagai pengeluar termasuk Samsung Samsung sering memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka sekitar Februari da...
Tujuh Model Iphone Mungkin Dilancarkan Pada Tahun 2020 Dengan Versi 4g 5g Berasingan

Tujuh Model Iphone Mungkin Dilancarkan Pada Tahun 2020 Dengan Versi 4g 5g Berasingan

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 296 hits
Tahun 2020 akan menjadi tahun di mana teknologi rangkaian 5G akan terus meletus Semakin banyak negara dunia yang menawarkan rangkaian selular terkini yang mampu memberikan kelajuan muat turun sehingga 7 Gbps Terkini mengikut ramalan pengana...
Oppo Find X2 Akan Dijana Snapdragon 865 Lensa Auto Fokus Pantas Mungkin Skrin Kadar Segar Semula Yang Tinggi

Oppo Find X2 Akan Dijana Snapdragon 865 Lensa Auto Fokus Pantas Mungkin Skrin Kadar Segar Semula Yang Tinggi

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 402 hits
https ift tt 34gT1b4 Oppo Find X adalah peranti yang paling berinovasi dari Oppo Ia adalah pertama dalam industri telefon pintar yang menggunakan rekaan boleh luncur dan juga yang pertama yang menggunakan sistem pengimbas wajah untuk Androi...
Kalau Mak Ayah Zaman Kecik Lewat Berjalan Anak Pun Mungkin Akan Lewat Berjalan

Kalau Mak Ayah Zaman Kecik Lewat Berjalan Anak Pun Mungkin Akan Lewat Berjalan

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 296 hits
Kebanyakan kanak kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun Secara umum 85 kanak kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10 14 bulan Menurut Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan beliau ...
Pengguna Celcom Di Kelantan Terengganu Pahang Mungkin Mengalami Gangguan Sementara

Pengguna Celcom Di Kelantan Terengganu Pahang Mungkin Mengalami Gangguan Sementara

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 330 hits
Celcom kini telah mengumumkan yang mana pengguna rangkaian Celcom di Kelantan Terengganu dan Pahang mungkin mengalami gangguan rangkaian sementara disebabkan oleh kerosakkan fiber kerana banjir Celcom mengatakan pengguna mungkin mengalami g...
Kemenangan Di Tg Piai Mungkin Malapekata Buat Bn

Kemenangan Di Tg Piai Mungkin Malapekata Buat Bn

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 304 hits
Kemenangan calon BN Wee Jeck Seng dengan majoriti besar 15 806 undi dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai baru baru ini mungkin akan menjadi malapetaka kepada gabungan itu pada masa hadapan Majoriti besar itu kini membuat ahli politik BN be...
Kabinet Mungkin Bincang Ambil Alih Konsesi Tol Plus Tahun Hadapan

Kabinet Mungkin Bincang Ambil Alih Konsesi Tol Plus Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 254 hits
Langkah menunaikan baki 40 peratus janji manifesto Pakatan Harapan giat dijalankan pada separuh kedua pemerintahan tahun hadapan terutama melibatkan pengambillaihan konsesi tol Terbaharu kabinet akan membincangkan merit dan demerit cadangan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket