Kalau Mak Ayah Zaman Kecik Lewat Berjalan Anak Pun Mungkin Akan Lewat Berjalan


Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan.
Menurut Portal Myhealth Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia, Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.

Perkembangan Awal Kanak-kanak
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
Kawalan kepala – umur 3 bulan
Kaki memijak – umur 4 bulan
Meniarap – umur 6 bulan
Duduk tanpa bantuan – umur 9 bulan
Berdiri tanpa sokongan – umur 12 bulan
Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
Faktor keluarga atau keturunan:
Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
Kelahiran pra matang:
Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
Cerebral palsy:
Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
Lewat perkembangan secara umum (global):
Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Masalah otot:
Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Bilakah anak saya perlu dibawa untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Nor Azni b. Yahaya
The post Kalau Mak Ayah Zaman Kecik Lewat Berjalan, Anak Pun Mungkin Akan Lewat Berjalan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-mak-ayah-zaman-kecik-lewat-berjalan-anak-pun-mungkin-akan-lewat-berjalan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Mendidih Jangan Jerit 80 Kata Kata Dari Mulut Mak Ayah Bentuk Peribadi Anak

Bila Mendidih Jangan Jerit 80 Kata Kata Dari Mulut Mak Ayah Bentuk Peribadi Anak

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 476 hits
Biasanya ibu bapa akan gunakan kuasa jerit bila rasa nak marah anak Alasannya cara ini baru buat anak cepat dengar kata Ye betul tapi lama kelamaan cara ini dah tak dihiraukan Kenapa bab menjerit pada anak tak elok untuk perkembangan anak y...
Apabila Anak Bertanya Jawab Dengan Betul Mak Ayah Kena Layan Jangan Cakap Nanti

Apabila Anak Bertanya Jawab Dengan Betul Mak Ayah Kena Layan Jangan Cakap Nanti

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 587 hits
Ibu dalam perut ibu ada adik ya Macam mana adik nak keluar nanti Dulu kakak dalam perut ibu juga ke Ibu oooh ibu Jawablah Perasan tak persoalan ni yang selalu ibu bapa akan hadap bila anak dah mula mencecah usia 3 tahun ke atas Kadang soala...
Rumah Sekolah Pertama Anak Apa Mak Ayah Tunjuk Depan Anak Akan Diperhatikan

Rumah Sekolah Pertama Anak Apa Mak Ayah Tunjuk Depan Anak Akan Diperhatikan

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 387 hits
Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak anak Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa Lebih lebih lagi jika ada anak y...
Belum Ada Perkataan Mudah Keluar Dari Mulut Anak 2 Tahun Mak Ayah Kena Alert

Belum Ada Perkataan Mudah Keluar Dari Mulut Anak 2 Tahun Mak Ayah Kena Alert

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 388 hits
Adakah anak saya speech delay atau memang dia saja tak mahu cakap Soalan ini antara yang sering ditanya ibu bapa yang ada anak antara usia 12 bulan hingga 3 tahun Nak tahu anak anda ada masalah pertuturan di peringkat awal Terapis Cara Kerj...
Anak Lelaki Perempuan Biar Rapat Dengan Mak Ayah Barulah Besar Jadi Orang

Anak Lelaki Perempuan Biar Rapat Dengan Mak Ayah Barulah Besar Jadi Orang

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 412 hits
Anak amanah yang tidak boleh diambil mudah Melihatkan dunia hari ini hati ibu bapa ada kala bergetar dan timbul kebimbangan Anak yang diasuh dengan berkiblatkan Barat dan kemodenan yang melampau akhirnya menjadi mangsa salah didikan Hanya d...
Panduan Buat Mak Ayah Yang Punyai Anak Tahun Satu 2020

Panduan Buat Mak Ayah Yang Punyai Anak Tahun Satu 2020

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 545 hits
SEKEJAP sahaja masa berlalu Anak yang dulunya masih kecil kini sudah menginjak ke Tahun Satu Bagi yang sudah pandai membaca mungkin tidak akan berdepan dengan sebarang masalah Namun bagi yang masih merangkak rangkak untuk mengenal ABC 123 m...
Lelaki Ini Terharu Wanita Cina Bangun Bagi Tempat Duduk Pada Isteri Si Ayah Tolong Pegang Anak

Lelaki Ini Terharu Wanita Cina Bangun Bagi Tempat Duduk Pada Isteri Si Ayah Tolong Pegang Anak

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 475 hits
Sejak akhir akhir ini banyak isu perkauman mula dibangkitkan sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap perbezaan kaum yang menjejaskan perpaduan rakyat Hakikatnya kita boleh hidup secara harmoni jika ada tolenrasi Seperti kisah lelaki ...
Ayah Kau Hidup Lagi Permintaan Terakhir Bapa Uzur Merayu Anak Datang Jenguk

Ayah Kau Hidup Lagi Permintaan Terakhir Bapa Uzur Merayu Anak Datang Jenguk

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 660 hits
Sebagai seorang anak apabila sudah dewasa kita sepatutnya mengasihi dan menjaga kedua ibu bapa sebagai membalas jasa mereka yang telah membesarkan kita Tetapi apakan daya apabila sudah uzur dan tidak mampu mengurus diri maka perkara itulah ...
Lewat Aplikasi Digital Kejarmimpi Cimb Niaga Dukung Anak Muda Indonesia Raih Mimpi

Lewat Aplikasi Digital Kejarmimpi Cimb Niaga Dukung Anak Muda Indonesia Raih Mimpi

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 239 hits
Aplikasi ini menyajikan fitur dan konten tentang pengembangan diri karier serta memberikan kemudahan akses mentorship langsung dengan mentor profesional
Tragedi Letupan Challenger Milik Nasa

Buruh Mengaku Salah Culik Kanak Kanak Lelaki Curi Kereta Bapa Mangsa

From Pas Donating Rm100 To Cyberbullying Sim S Adopted Child Is Now Depressed

Pm Arah Bantuan Koordinasi Diselaras Secara Langsung Dengan Mb Selangor Petronas

Test Image Vertical News Content 2

Resepi Sup Kambing Simple Sedap Guna Pressure Cooker Untuk Cepat Empuk

Rackie Ujan Feat Jecinta Olivia Emperuji Ati Chord

Agong Visits Putra Heights Blaze Site


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Era Digital

Severance Apple Tv Exploring Duality And Identity

Kanak Kanak Jatuh Longkang Rakam Sebagai Bukti Bukan Untuk Tular

Mayat Ratu Cantik Myanmar Ditemukan Di Bawah Runtuhan Kondominium

Minggu Dalam Tinjauan Nintendo Perkenal Switch 2

Kerajaan Nak Pecahkan Monopolis Petronas Dan Gas Malaysia Berhad Kenyataan D