Kemenangan Di Tg Piai Mungkin Malapekata Buat Bn



Kemenangan calon BN Wee Jeck Seng dengan majoriti besar 15,806 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini mungkin akan menjadi malapetaka kepada gabungan itu pada masa hadapan.
Majoriti besar itu kini membuat ahli politik BN berangan-angan untuk kembali bermewah-mewah kerana mereka hanya perlu menunggu lagi tiga tahun sebelum diangkat menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum ke 15.
Namun angan-angan itu akan menjadi mimpi ngeri kerana berdasarkan tinjuan media kerana undi protes pada PRK lalu kerana pengundi tidak faham proses menunaikan janji pilihan raya yang mengambil masa.
“Rakyat marah dengan PH kerana tidak tunaikan janji,” kata pengundi di Tanjung Piai yang hanya mahu dikenali sebagai Seng kepada The Malaysian Insight.
Kata pemilik perniagaan kedai serbaneka itu, undi yang diperolehi Wee dalam PRK tersebut hanya bertambah sekitar 5,000 undi daripada yang diperolehinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pada PRK kali ini Wee memperolehi 25,466 undi, manakala pada PRU14, walaupun tewas kira-kira 500 undi kepada Allahyarham Md Farid Md Rafik daripada Bersatu, beliau memperolehi 20,731 undi.
Analisis oleh badan penyelidik Ilham Centre juga mendapati sokongan pengundi Cina menurun 40% berbanding semasa PRU14 lebih kurang setahun setengah yang lalu.
Tanjung Piai mempunyai 42% pengundi Cina, manakala 51% pengundi Melayu.
Dalam analisis sendiri, Seng berkata beliau tidak percaya pengundi Cina sudah berpatah balik menyokong BN dan MCA.
“Saya rasa 3,000 undi Wee datang daripada ahli Pas. Dia hanya dapat bonus kira-kira 2,000 undi,” kata Seng, ketika ditemui di Kukup, baru-baru ini.
“Ini tidak boleh dijadikan ukuran untuk PRU akan datang,” tambahnya.
Kemenangan Wee juga katanya berlaku disebabkan penyokong PH tidak keluar mengundi.
“Calon PH, Karmainie Sardini hanya dapat lebih kurang 10,000 undi, daripada bacaan saya, penyokong PH tidak balik dan tidak keluar mengundi,” katanya.
Seorang lagi pengundi berkata MCA mengambil untung daripada isu pendidikan terutamanya soal peruntukan untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman yang ditahan oleh kerajaan dan langkah pengenalan khat Jawi di sekolah jenis kebangsaan.
Semasa tempoh berkempen, pengundi Cina juga lebih ramai di program anjuran BN berbanding ceramah PH, katanya yang tidak mahu dikenali.
Sementara itu, seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, BN menang kerana populariti Wee, yang jadi wakil rakyat dua penggal di kawasan itu.
“Waktu PRU14, kita bukan mahu tolak Wee, kita cuma mahu ajar ‘tauke’ Wee…sebab itu dia kalah cuma 500 undi.
“Tapi sekarang kita nampak parti politik dalam PH asyik bergaduh sesama sendiri, sebab itu orang marah… patut jaga negara, pulihkan ekonomi,” kata Lee, 40, yang ditemui di Pekan Nanas.
Menurutnya, trend pengundian pasca PRU14 juga berbeza kerana pengundi tidak lagi memilih calon berdasarkan parti sebaliknya berdasarkan keupayaan dan keperibadian mereka.
“Undi sekarang bukan macam dulu lagi, dulu orang anggap mengundi ini macam agama, sekarang tidak lagi, siapa boleh kerja kita beri peluang,” tambah Lee.
Segelintir pengundi bagaimanapun dilihat optimis terhadap BN, ekoran kerjasama Muafakat Nasional bersama PAS.
“Sekarang orang Cina pun sokong Muafakat Nasional,” kata seorang pemimpin masyarakat Cina, yang enggan mendedahkan identitinya.
Md Amin Hussin, 59, berkata, kesilapan PH adalah meletakkan calon yang pernah tewas dalam PRU14.
“PH pun salah letak calon, belum apa-apa, baru calon, belum menang lagi dah keluar kenyataan bersyukur harga kelapa sawit RM250 satu tan. Memanglah orang kampung marah,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25756

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bung Yakin Bn Mampu Ulangi Kemenangan Prk Tg Piai Di Kimanis

Bung Yakin Bn Mampu Ulangi Kemenangan Prk Tg Piai Di Kimanis

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 370 hits
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin yakin Barisan Nasional mampu mengulangi pencapaian pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai di Kimanis selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang kemenangan bekas menteri luar Anifah Aman di kerus...
Kemenangan Tg Piai Meriahkan Perhimpunan Mca Hari Ini

Kemenangan Tg Piai Meriahkan Perhimpunan Mca Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 325 hits
Kemenangan Tg Piai meriahkan perhimpunan MCA hari ini Dikemas kini 1 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Dec 2019 11 00AM
Agenda Memalukan Anwar Dan Melemahkan Pkr Mungkin Berulang Lagi

Agenda Memalukan Anwar Dan Melemahkan Pkr Mungkin Berulang Lagi

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 408 hits
Ketegasan Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan keras termasuk pecat keahlian selain mahu polis bertindak sewajarnya terhadap mereka yang mencetuskan pergaduhan dalam Kongres AMK ia adalah tindakan tepat dan harus diberikan pujian Ini kera...
Pengguna Tunetalk Anda Mungkin Mengalami Gangguan Antara 9 13 Disember Ini

Pengguna Tunetalk Anda Mungkin Mengalami Gangguan Antara 9 13 Disember Ini

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 313 hits
Menggunakan rangkaian TuneTalk Terbaru pihak TuneTalk telah mengumumkan yang mana penyedia rangkaian mereka iaitu Celcom akan melakukan penyelenggaraan antara 9 Disember sehingga 13 Disember 2019 ini Tune Talk mengatakan pengguna di Lembah ...
Terima Wang Dicemari Dakwat Anda Mungkin Guna Wang Yang Telah Dicuri Dari Mesin Atm

Terima Wang Dicemari Dakwat Anda Mungkin Guna Wang Yang Telah Dicuri Dari Mesin Atm

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 294 hits
Mungkin ramai yang kecewa jika wang kertas anda tidak diterima oleh mana mana kedai semasa membeli barangan kerana mempunyai kesan dkawat Sebaliknya wang tersebut secara automatik tidak sah digunakan dan tiada nilai Untuk pengetahuan anda m...
Kalau Terlambat Mungkin Anak Saya Mati Pendarahan Akibat Lintah Ketika Main Air Banjir

Kalau Terlambat Mungkin Anak Saya Mati Pendarahan Akibat Lintah Ketika Main Air Banjir

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 527 hits
Bila masuk musim tengkujuh pasti beberapa negeri akan dilanda banjir Maka ramailah kanak kanak yang berseronok meredah air banjir Namun ibu bapa dinasihatkan agar mengawasi anak anda daripada bermain air banjir dan utamakan keselamatan anak...
Guna Peluang Sebaik Mungkin

Guna Peluang Sebaik Mungkin

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 277 hits
BERMULA sekadar suka suka siapa sangka hobi menyanyi kini menjadi lubuk rezeki bagi bakat baharu Fieza Hanis Fieza 22 dilamar Broadway Entertainment yang menyedari potensinya untuk bergelar penyanyi hebat Mengulas pembabitannya Fieza berkat...
Menteri Erick Soal Peluang Sandiaga Jadi Direksi Bumn Tidak Mungkin

Menteri Erick Soal Peluang Sandiaga Jadi Direksi Bumn Tidak Mungkin

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 179 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir membantah kabar bahwa Wakil Ketua Umum Gerindra Sandiaga Uno mendapat jabatan di jajaran BUMN Menurutnya Sandiaga telah memposisikan sebagai politikus Dia menegaskan jika Sandiaga bergabung maka...
Lagi Imej Pengolokan Oppo Reno3 5g Kuad Kamera Skrin Melengkung Mungkin Skrin Berlubang

Lagi Imej Pengolokan Oppo Reno3 5g Kuad Kamera Skrin Melengkung Mungkin Skrin Berlubang

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 352 hits
https ift tt 31YXO18 Bulan lepas Dari rekaan yang diperlihatkan peranti ini mungkin adalah peranti 5G paling nipis Dari apa yang diperlihatkan dalam imej yang lepas peranti mempunyai sedikit elemen rekaan peranti Samsung A first look at the...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki