Suami Pun Kena Tahu Waktu Subur Isteri Barulah Boleh Rancang Untuk Zuriat



Kitaran haid setiap wanita adalah berbeza, ada yang datang haid sebulan 2 kali dan ada juga yang 2 bulan sekali. Jika anda rasa kitaran haid anda tidak normal, sebaiknya anda jangan abaikan dan cepat berjumpa dengan pakar puan

Bagi wanita yang sudah berumahtangga, sudah pasti mereka perlu belajar bagaimana untuk mengetahu kitaran haid bagi mengetahui waktu-waktu subur mereka

Ramai yang confuse macamana nak kira kitaran haid dan waktu subur dengan cara yang tepat. Ramai juga yang tak endah tentang hal ini. Ini sangat penting bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat

Ada 2 sebab utama mengapa kaum wanita perlu tahu kitaran haid yang betul. Antaranya ialah;
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat

2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting

Fahami kitaran haid wanita
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari


Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid

Hari 1-4 –darah haid keluar
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan

Hari 5-13 – darah haid kering/habis
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang

Hari 14 – waktu subur
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1

BILAKAH WAKTU SUBUR BAGI WANITA


Dalam kata lain bila waktu sesuai untuk bersama suami , iaitu pada hari ke-14 hari ovulasi berlaku, telur baru keluar dari sarangnya ATAU ketika fasa luteal bermula

** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni

Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari

Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur

Katalah dia period 30 hari, maka hari subur ialah 30 hari – 14 hari = 16 hari

Sekiranya periodnya 35 hari, maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya

Ini adalah kerana fasa luteal pada kebiasaannya adalah tepat 14 hari setelah ovulasi, tetapi fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur

Menganggar waktu terbaik untuk mendapatkan zuriat
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari

Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda

Mengelak dari mengandung dengan cara kiraan

Ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar

Sebenarnya, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri

Saya harap info tentang kitaran haid dan waktu subur ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama

Selamat mencuba

Sumber: kotakvitamin-saya.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2020/01/suami-pun-kena-tahu-waktu-subur-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selain Dapat Pahala Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia

Selain Dapat Pahala Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 1148 hits
Biasanya lelaki akan memakai cincin kahwin ketika awal awal perkahwinan Namun selepas beberapa bulan tak ramai yang meneruskan pemakaian cincin kahwin kerana rasa kurang selesa Namun tahukah anda dengan memakai cincin kahwin rupanya boleh b...
Walaupun Isteri Tidak Bekerja Suami Tak Boleh Layan Isteri Seperti Orang Gaji

Walaupun Isteri Tidak Bekerja Suami Tak Boleh Layan Isteri Seperti Orang Gaji

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 420 hits
Percaya atau tidak ramai wanita akan melalui detik ini dari semasa ke semasa Selagi kita tidak memperbetulkan mentaliti dan perspektif peranan isteri seringkali tidak dihargai sehingga menimbulkan stres Islam mensyaratkan lelaki sentiasa me...
Mood Isteri Ke Laut Waktu Haid Perkara Biasa Suami Kena Faham

Mood Isteri Ke Laut Waktu Haid Perkara Biasa Suami Kena Faham

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 485 hits
Menjadi seorang wanita sebulan sekali pasti kedatangan haid Bertuahlah jika anda tidak mengalami senggugut teruk Senggugut yang sederhana biasanya dapat dikurangkan dengan tuaman air panas atau dibiarkan begitu sahaja Namun ada yang mengala...
Biar Hati Suami Tetap Setia Sayangkan Kita Isteri Boleh Amalkan Doa Ini

Biar Hati Suami Tetap Setia Sayangkan Kita Isteri Boleh Amalkan Doa Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 1834 hits
Setiap perkahwinan pasti akan diuji dengan cabaran yang mungkin menggoyahkan kesejahteraan hubungan suami isteri Kadang kala pertelingkahan berlaku hanya disebabkan hal remeh Tetapi tidak dinafikan juga sesetengah perkahwinan tergugat keran...
Biasalah Isteri Buat Perangai Pelik Waktu Pregnant Suami Kena Sabar Layankan Je

Biasalah Isteri Buat Perangai Pelik Waktu Pregnant Suami Kena Sabar Layankan Je

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 360 hits
Wanita sekarang terlalu berdikari Ketika mengandung pun boleh buat macam macam perkara Ketika seorang isteri hamil anda hanya mampu melihat susah payahnya dia membawa kandungan Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri an...
Ini Cara Nak Tahu Isteri Takut Taat Kepada Suami Semuanya Bermula Dari Layanan Suami

Ini Cara Nak Tahu Isteri Takut Taat Kepada Suami Semuanya Bermula Dari Layanan Suami

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 366 hits
Pernah saya melihat seorang isteri yang sangat taat kepada suami Di mana dia sangat setia kepada suaminya walau apa saja yang telah dilakukan Bila dimarah di hadapan ramai orang isteri hanya diam Kadang kadang nak pandang muka suami pun tak...
Berkepit Dengan Isteri Barulah Rezeki Sentiasa Berkepit Dengan Kita

Berkepit Dengan Isteri Barulah Rezeki Sentiasa Berkepit Dengan Kita

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 572 hits
Perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki seluas luasnya tapi kerana hubungan suami isteri renggang pintu rezeki menjadi sempit Mulalah jadi bibit bibit perpisahan apabila banyak musibah berlaku Ramai suami isteri berpecah belah kerana da...
Jangan Berkira Bawalah Isteri Jalan Jalan Sebab Cara Inilah Boleh Bahagiakan Emosinya Yang Penat

Jangan Berkira Bawalah Isteri Jalan Jalan Sebab Cara Inilah Boleh Bahagiakan Emosinya Yang Penat

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 333 hits
Gambar sekadar hiasanNak bahagiakan hati isteri sebenarnya simple je Bawa isteri jalan jalan pun sebenarnya boleh buatkan hatinya double bahagia Sebab emosi isteri yang penat ini kalau dibiar lama lama memang boleh membawa kepada kes kemuru...
Bila Suami Ucap Terima Kasih Ada Satu Aura Positif Buat Isteri Bahagia

Bila Suami Ucap Terima Kasih Ada Satu Aura Positif Buat Isteri Bahagia

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 384 hits
Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harus kuat kerana ujian selepas berkahwin berganda daripada ketika kita bersendirian Sebelum berumah tangga sudah tentu kita memasang niat untu...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya