Bila Suami Ucap Terima Kasih Ada Satu Aura Positif Buat Isteri Bahagia


Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harus kuat kerana ujian selepas berkahwin berganda daripada ketika kita bersendirian. Sebelum berumah tangga, sudah tentu kita memasang niat untuk menjadi yang terbaik buat pasangan.
Tetapi semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Artikel Menarik: [Pengikat Sayang Suami Isteri. Amalkan Bacaan Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Ya Latif & Selawat]
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri?
Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?

Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelahkanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood. Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua. Awal perkahwinan, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!
Artikel Menarik: [Rajin Solat Dhuha Dan Selalu Doakan Suami, Rezeki Tambah Murah. Cik Abang Pun Sayang!]
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah. Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan. Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya,  menangis.
Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.

Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannnya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang ister mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
The post Bila Suami Ucap Terima Kasih, Ada Satu Aura Positif Buat Isteri Bahagia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-suami-ucap-terima-kasih-ada-satu-aura-positif-buat-isteri-bahagia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diisukan Cerai Hanya Karena Hapus Foto Dan Unfollow Ig Suami Aura Kasih Akhirnya Angkat Bicara

Diisukan Cerai Hanya Karena Hapus Foto Dan Unfollow Ig Suami Aura Kasih Akhirnya Angkat Bicara

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 445 hits
Seperti yang dibilang Aura Kasih mulai dari single menikah hamil hingga punya anak selalu ada gosip negatif yang menerpanya
Selain Dapat Pahala Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia

Selain Dapat Pahala Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 1251 hits
Biasanya lelaki akan memakai cincin kahwin ketika awal awal perkahwinan Namun selepas beberapa bulan tak ramai yang meneruskan pemakaian cincin kahwin kerana rasa kurang selesa Namun tahukah anda dengan memakai cincin kahwin rupanya boleh b...
Kelebihan Amal Surah Pengikat Kasih Suami Isteri Jamin Hubungan Kekal Hingga Ke Jannah Insyaallah

Kelebihan Amal Surah Pengikat Kasih Suami Isteri Jamin Hubungan Kekal Hingga Ke Jannah Insyaallah

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 732 hits
Gambar HiasanBagi pasangan yang baru berumah tangga pastinya kemanisan merasai cinta itu sentiasa hangat dan membara Tetapi macam mana pula bagi pasangan yang sudah lama berkahwin Adakah rasa cinta sudah makin pupus dek kerana pelbagai fakt...
Ini Kata Manajer Soal Kabar Aura Kasih Hapus Foto Dan Unfollow Instagram Suami

Ini Kata Manajer Soal Kabar Aura Kasih Hapus Foto Dan Unfollow Instagram Suami

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 424 hits
Manajer Aura Kasih Ronal buka suara mengenai kabar keretakan rumah tangga Aura dengan suaminya Eryck Amaral
Isteri Jangan Kedekut Doakan Suami Itulah Sumber Utama Rezeki Meriah Hidup Bahagia

Isteri Jangan Kedekut Doakan Suami Itulah Sumber Utama Rezeki Meriah Hidup Bahagia

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 520 hits
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT Kita sebagai manusia boleh berusaha berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga Jika tidak dapat...
Tak Sangka Itu Kali Terakhir Sambut Anniversary Isteri Kongsi Memori Kehilangan Suami Tercinta

Tak Sangka Itu Kali Terakhir Sambut Anniversary Isteri Kongsi Memori Kehilangan Suami Tercinta

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 435 hits
Tahun 2019 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa hari sahaja lagi Terdapat memori pahit dan manis yang seseorang itu alami sepanjang tahun Ada juga yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang Begitulah seperti kisah yang dikongsikan o...
Mood Isteri Ke Laut Waktu Haid Perkara Biasa Suami Kena Faham

Mood Isteri Ke Laut Waktu Haid Perkara Biasa Suami Kena Faham

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 569 hits
Menjadi seorang wanita sebulan sekali pasti kedatangan haid Bertuahlah jika anda tidak mengalami senggugut teruk Senggugut yang sederhana biasanya dapat dikurangkan dengan tuaman air panas atau dibiarkan begitu sahaja Namun ada yang mengala...
Seorang Isteri Akan Kekal Cantik Bila Suami Mencintai Semua Kekurangannya

Seorang Isteri Akan Kekal Cantik Bila Suami Mencintai Semua Kekurangannya

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 806 hits
Gambar HiasanAda orang mengatakan tidak kira berapa lama sudah berkahwin isteri akan tetap cantik dan menawan di mata suaminya apabila suaminya tidak lupa memberi wang pada isterinya isteri menjaga kecantikan bila suami memberikan dana yang...
Suami Tanggung Dosa Isteri

Suami Tanggung Dosa Isteri

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 335 hits
SOALAN Adakah sahih suami akan menanggung segala dosa isterinya JAWAPAN Di dalam al Quran banyak ayat yang memerintahkan agar setiap daripada manusia itu menjaga diri mereka dan juga orang orang yang berada di sekitar mereka daripada melaku...
From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi

Homesoy Launches Stop That Dot Together To Continue Driving Breast Cancer Awareness

New Contractor To Be Appointed For Delayed Pulau Mabul Base By Oct 16 Home Ministry

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 163 All Red Pantyhose Edition

Lirik Lagu Mengemis Kasih Yabang The Zikr

Indra 3 Sisi

Perbezaan Marjerin Dan Mentega Rahsia Rasa Dan Tekstur Sebenar Dalam Masakan

Terdapat Potensi Penurunan Pembetulan Dalam Usdx Hari Ini Khamis 09 Oktober 2025

Doa Buat Seluruh Umat Muhammad