Berkepit Dengan Isteri Barulah Rezeki Sentiasa Berkepit Dengan Kita
Perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki seluas-luasnya tapi kerana hubungan suami isteri renggang pintu rezeki menjadi sempit. Mulalah jadi bibit bibit perpisahan apabila banyak musibah berlaku
Ramai suami isteri berpecah belah kerana dah tak mahu berkepit macam masa mula-mula kahwin dulu. Anak ramai atau tak ramai bukan alasan malu nak berkepit nanti anak-anak pandang
Menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada banyak kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami
6 Amalan suami isteri yang ada kebaikan dari segi psikologi dan saintifik :
1. Isteri Salam dan cium tangan suami
Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak “hormon endorfin”. Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan
Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cukup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat.
2. Tidur Dibawah ketiak suami
Isteri yang ada masalah tidur boleh cuba cara ini, kerana tidur di bawah ketiak suami boleh beri anda tidur yang lena dan tenang kerana adanya “Hormon Bau Phero”
Bukan itu sahaja bau phero suami dapat meredakan stress ada sepanjang hari buat kerja rumah. Cubalah, dapat pahala lagi..
3. Jangan Pernah Malu Mandi Bersama suami
Mandi bersama suami isteri yang sah adalah sunnah dan dapat pahala. Selain dari itu proses mandi yang mesra dan intim dapat mengurangkan stress isteri dan suami
Bukan sahaja dapat dibersihkan bahagian belakang badan malah dari segi saintifik proses mandi bersama akan membuat jantung lebih sihat
4. Jangan Tahan Kentut Depan Pasangan
Suami jadi yakin setia bersama isteri apabila pertama kali nampak dia kentut. Suami yakin berkompromi dengan “bencana” apa pun bersama isterinya selepas ini
Suami isteri merasa lebih bebas melakukan apapun. Kerana hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan
Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya
5. Suami Peluk Cium Isteri
Ramai suami yang tidak tahu tapi setiap pelukan mesra suami dapat mengeluarkan “hormone oxytocin” ia mampu membuatkan isteri rasa bersemangat dan bertenaga
Setiap sentuhan suami di pipi, pinggang, peha dan punggung dapat buat isteri kembali bertenaga walaupun setelah seharian bekerja
6. Selalu Solat Berjemaah Bersama
Lalukan solat berjemaah bersama sekerap yang boleh. Kerana satu jaminan yang kita boleh beri pada isteri iaitu kita mahu bawa mereka ke syurga bersama
Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah
Suami layanlah isteri macam RATU, barulah rezeki yang datang macam RAJA
Setiap pagi bagi isteri anda ketenangan, kekuatan dan semangat dengan pelukan dan ciuman di pipi mereka
Jangan terkejut lepas ni isteri jadi SUPERGIRL di rumah, comfirm lepas tu rezeki yang datang pun macam SUPERMAN.
P/s : Mohon kongsikan pesanan ini pada pasangan anda dan suami isteri lain kerana percayalah masih ramai yang belum tahu nak hargai pasangan mereka dengan betul. Tolong ye.
Sumber: Mohd Fhais
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sensasi247.blogspot.com/2020/01/berkepit-dengan-isteri-barulah-rezeki.html