Biasalah Isteri Buat Perangai Pelik Waktu Pregnant Suami Kena Sabar Layankan Je


Wanita sekarang terlalu berdikari. Ketika mengandung pun boleh buat macam-macam perkara. Ketika seorang isteri hamil, anda hanya mampu melihat susah-payahnya dia membawa kandungan. Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri anda, tetapi beri penghargaan kepada isteri dengan menunjukkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepadanya.

Bagi wanita hamil, biarpun sedikit bantuan atau ganjaran yang anda berikan kepada mereka, itu sudah mampu mengurangkan kepayahan membawa anak comel di dalam perut. Pernahkah anda mencuba beberapa perkara ini untuk menzahirkan rasa cinta anda kepada isteri yang sedang hamil. Ayuh, kita semak bersama-sama!
BANYAKKAN MEMBACA
Jangan malas. Banyakkan membaca maklumat tentang kehamilan dan sebagainya. Ketika mereka bercerita kepada anda tentang kandungan mereka, sekurang-kurangnya anda tahu apa yang perlu dibuat. Memberi tumpuan kepada cerita mereka dan ada solusi kepada permasalahan mereka akan menunjukkan bahawa anda sudah bersedia dengan tanggung jawab baharu menjadi seorang bapa. Biarpun isteri anda bukannya hamil anak pertama, pastikan anda sentiasa bersedia dengan pelbagai pengetahuan tentang kehamilan sekiranya mereka berkongsi cerita dengan anda.
Baca Artikel Ini: [Bersalin Caesar, Anak Lepas Tu Nak Cuba Normal. Boleh Buat, Tapi Ketahui Kemampuan Diri]
TEMANKAN SI DIA KE PEMERIKSAAN BERKALA
Ini menunjukkan anda peka dan sentiasa mahu terlibat dalam perjalanan kehamilannya. Apabila anda menemaninya ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan berkala, anda akan tahu dengan tahap kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
Pastikan anda sentiasa mengambil tahu dan banyakkan bertanya perihal yang tidak anda ketahui setiap kali berjumpa doktor. Jika anda ada ketika ujian imbasan dibuat, ia akan mewujudkan jalinan kasih sayang antara anda dan bayi dalam kandungan.
KURANGKAN TEKANAN ISTERI
Kehamilan sememangnya memberi tekanan baik dari segi fizikal atau emosi. Jangan bebankan isteri dengan masalah yang tidak perlu. Ambil tugas untuk membantunya membuat kerja rumah supaya isteri dapat berehat.

BANTU ISTERI TIDUR
Semakin besar kandungan, isteri akan mula merasa tidak selesa. Ketika isteri tidur dalam keadaan terlentang, berat kandungan akan memberi beban keada tulang belakang dan otot-ototnya yang membuatkan dia merasa sakit.
Baca Artikel Ini: [Masih Tak Bersalin Walau Dah Sampai Waktu. Risiko Anak Tertelan Najis]
Ada masanya, bayi aktif ketika waktu tidur ibu. Bantu isteri anda untuk tidur, dapatkan bantal khas buat ibu mengandung. Bantal ini direka untuk menyokong bahagian tertentu agar ibu dapat tidur dengan lebih lena. Memeluk isteri ketika dia sedang tidur juga dapat memberinya ketenangan.
BAWA-BAWALAH BERSABAR
Ketika isteri sedang mengandung, hormonnya tidak stabil. Anda akan berdepan dengan perubahan emosi serta tingkah laku yang sukar dijangka. Banyakkan bersabar dan fahami keadaan isteri anda. Wanita hamil juga kerap ke tandas, terutamanya pada waktu tengah malam. Sebagai suami prihatin, berjagalah ketika dia ke tandas dan selalulah bertanyakan keadaannya.

BUAT KEJUTAN ISTIMEWA
Inilah yang paling isteri suka. Tidak perlu kejutan besar-besaran. Jika ia hanya melibatkan anda berdua sudah cukup. Tetapi jika ada rezeki lebih tidak salah untuk anda membuat kejutan yang lebih besar. Ajaklah keluarga dan teman-teman rapatnya untuk merancang kejutan untuk isteri anda. Bawa dia bercuti atau menganjurkan majlis khas untuk si dia sudah cukup untuk memberi impak kepada ibu hamil sekaligus memberi kesan positif terhadap kandungannya.

Suami adalah orang paling penting sepanjang proses mengandung. Isteri mengharapkan suami untuk sentiasa bersedia dan ada dengannya setiap masa. Jika tidak mampu untuk buat semua perkara di atas, sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih kepada si isteri atas pengorbanannya itu.
 
 
The post Biasalah Isteri Buat Perangai Pelik Waktu Pregnant. Suami Kena Sabar, Layankan Je appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/biasalah-isteri-buat-perangai-pelik-waktu-pregnant-suami-kena-sabar-layankan-je/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Pun Kena Tahu Waktu Subur Isteri Barulah Boleh Rancang Untuk Zuriat

Suami Pun Kena Tahu Waktu Subur Isteri Barulah Boleh Rancang Untuk Zuriat

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 783 hits
Kitaran haid setiap wanita adalah berbeza ada yang datang haid sebulan 2 kali dan ada juga yang 2 bulan sekali Jika anda rasa kitaran haid anda tidak normal sebaiknya anda jangan abaikan dan cepat berjumpa dengan pakar puan Bagi wanita yang...
Mood Isteri Ke Laut Waktu Haid Perkara Biasa Suami Kena Faham

Mood Isteri Ke Laut Waktu Haid Perkara Biasa Suami Kena Faham

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 485 hits
Menjadi seorang wanita sebulan sekali pasti kedatangan haid Bertuahlah jika anda tidak mengalami senggugut teruk Senggugut yang sederhana biasanya dapat dikurangkan dengan tuaman air panas atau dibiarkan begitu sahaja Namun ada yang mengala...
Kalau Isteri Tengah Sarat Mengandung Suami Please Cakap Yang Baik Baik Je

Kalau Isteri Tengah Sarat Mengandung Suami Please Cakap Yang Baik Baik Je

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 462 hits
Orang perempuan bila tengah mengandung memang sensitif Suami kena jaga kata kata supaya hati isteri tidak terguris dengan ucapan yang mungkin tidak dimaksudkan tapi terkeluar dari mulut Akibat perubahan hormon dalam badan perempuan hamil ce...
Suami Isteri Pergilah Mengerjakan Haji Bersama Di Sana Nanti Akan Rasa Bagai Bercinta Semula

Suami Isteri Pergilah Mengerjakan Haji Bersama Di Sana Nanti Akan Rasa Bagai Bercinta Semula

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 319 hits
Gambar sekadar hiasanBagi yang belum pernah mengerjakan haji pasti tertanya tanya bagaimanakah perasaan bila berada di sana Tambahan pula andai pergi bersama suami apa pula pengalaman menarik yang sering dirasai oleh jemaah haji sepanjang b...
Tak Mahu Suami Sesak Sendiri Banyak Isteri Cari Duit Untuk Sama Sama Bantu

Tak Mahu Suami Sesak Sendiri Banyak Isteri Cari Duit Untuk Sama Sama Bantu

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 360 hits
Sudah menjadi tanggung jawab suami sebagai ketua keluarga untuk mencari nafkah buat keluarga Perlu beri makan dan pakai untuk isteri dan anak anak Rumah juga perlu diserikan dengan sedikit kemudahan agar kehidupan sekeluarga lebih bahagia K...
Suami Isteri Selalu Bermanja Saling Bercinta Rahsia Kurus Paling Mudah

Suami Isteri Selalu Bermanja Saling Bercinta Rahsia Kurus Paling Mudah

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 476 hits
Jangan segan silu untuk berkongsi kasih sayang serta memanjakan antara satu sama lain Macam mana sibuk sekali pun dengan urusan lain amat penting untuk suami isteri saling menjaga dan ambil berat akan keadaan pasangan anda carilah masa dan ...
Tolong Jangan Beritahu Isteri Saya Tuan Lelaki Berstatus Suami Ditahan Berkhalwat Dengan Janda Di Malam Tahun Baru

Tolong Jangan Beritahu Isteri Saya Tuan Lelaki Berstatus Suami Ditahan Berkhalwat Dengan Janda Di Malam Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 693 hits
Seorang janda anak satu ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah bilik di Pusat Peranginan Air Panas Ulu Legong Baling pagi Rabu Janda berusia 34 tahun itu ditahan dengan lelaki berusia 33 tahun oleh anggota penguat...
Apa Yang Suami Cakap Isteri Ambil Serius Jadi Jagalah Kata Kata

Apa Yang Suami Cakap Isteri Ambil Serius Jadi Jagalah Kata Kata

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 346 hits
Hati seorang perempuan senipis sehelai tisu Mudah terasa jika dipersoalkan atau ketika di tegur dengan kasar terutamanya oleh insan tersayang Sebagai suami yang bertimbang rasa dan romantis biasanya mereka lebih peka dengan perasaan si iste...
Hargailah Isteri Yang Selalu Membebel Tanpa Dia Sunyilah Hidup Suami

Hargailah Isteri Yang Selalu Membebel Tanpa Dia Sunyilah Hidup Suami

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 435 hits
Selalunya banyak rungutan diterima oleh suami isteri suka membebel Memang betul bila isteri membebel beri rasa tak senang tapi ingat ya isteri membebel bukan saja saja Ada sebabnya Orang lelaki pun kena faham jika ada sesuatu perkara yang i...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut