Suami Baru Dijemput Ilahi 5 Bulan Lalu Kini Anak Baru Lahir Pula Pergi
Besarnya dugaan ibu ini apabila anak yang dilahirkan tidak sampai seminggu pergi menghadap ilahi. Lebih menyayat hati apabila kelahiran anak ini juga tanpa seorang ayah berikutan Allah dah ambil dulu pada 12 Disember 2019.
Di Facebook, Mr Wan Cai Official berkongsi pengalaman menguruskan jenazah bayi yang baru sahaja 6 hari dilahirkan dan menceritakan kisah sedih mengenai penyakit yang ditanggung bayi ini.
Hanya bertahan 6 hari selepas lahir
Muhammad Alif nama anak syurga yang si ibu beri. Kisah si ibu ini agak menyayat hati kalau di dengar. Sewaktu mengandungkan anak syurga yang kami uruskan tadi. Si suami tempat beliau bergantung hidup pergi menemui sang pencipta.
Arwah suaminya meninggal dunia pada 12 disember 2019. Ini bermakna si suami sudah pergi hampir 5 bulan yang lalu. Meninggal dunia kerana serangan jantung.
Si ibu menghubungi talian hotline ukvj yang di ambil dari page Unit Khas Van Jenazah. Kami di maklumkan si ibu hanya keseorangan tanpa hala tuju untuk menguruskan jenazah anaknya.
Hanya bernafas dengan bantuan oksigen
Lalu unit kami di gerakkan untuk mengambil jenazah bersama si ibu untuk di bawa ke bilik wakaf jannatul firdaus. Anak syurga ini baru 6 hari di lahirkan. Malangnya anak syurga itu tidak dapat di selamatkan oleh pihak kakitangan hospital. Hanya 6 hari sahaja anak syurga ini dapat bertahan. Sepanjang 6 hari itu juga anak syurga ini bernafas menggunakan mesin bantuan oksigen. Ini kerana otak anak syurga ini tidak boleh terbentuk secara sempurna. Cecair dalam kepala berlebihan sehingga mengganggu proses pembentuk otak.
Hidap penyakit Hydranlephaly
Hydranlephaly. Ini nama penyakitnya di dalam bahasa english. Jika nyawanya panjang skali pun bayi itu akan cacat sepanjang hidupnya. Kasihan jika di fikirkan nasib yang di alami oleh anak syurga ini.
Begitu juga si ibu. Sudah lah dalam berpantang. Saat berhadapan dengan situasi sukar tiada seorang pun berada di sisinya. Si ibu mempunyai 3 lagi anak. Berusia 18,15 dan 12 tahun. Semuanya berada di rumah kerana tidak boleh keluar di sebabkan perintah kawalan pergerakan.
Jika tidak boleh juga si anak sulong menemani si ibu. Sekurang kurangnya reda sedikit kesedihan dan kekusutan yang si ibu alami. Ada juga tempat untuk si ibu mengadu.
Menangis tengok jenazah anak
Sepanjang kami menguruskan jenazah anak syurga itu 2 kali si ibu mengeluarkan air mata. Pertama ketika wajah jenazah anaknya hendak di tutup selepas selesai di kafankan.
Kedua di tanah perkuburan sewaktu kain kafan yang menutupi wajah anaknya itu di buka sebelum di kebumikan. Ujian hebat buat hambanya yang juga hebat.
Kematian suami kemudian kematian pula anaknya. Mungkin saya boleh katakan si ibu melalui hari hari sedih bersama anak dalam kandungannya tanpa seorang suami dan bapa untuk anaknya yang bakal lahir.
Reda takdir Allah
Tiba tiba si suami meninggalkan si isteri secara mengejut. Terkapai-kapailah si isteri bersama kandungannya di dalam perut. Lalu pastinya si ibu berkata kepada si anak di dalam kandungan bahawa bapanya sudah tiada.
Apa pun terjadi si ibu pasti akan menjaga anaknya sebaik mungkin selepas di lahirkan walaupun tanpa kasih seorang bapa di sisi. Tiba-tiba anak yang di kandung selama 9 bulan itu pula pergi meninggalkan si ibu.
Tetapi perancangan Allah SWT adalah sebaik-baiknya. Jika hidup sekali pun anak syurga ini sudah pastinya cacat dengan hanya terbaring tidak sama seperti kanak kanak lain. Itu yang boleh saya kongsikan tentang kisah anak syurga yang telah kami bantu. Semoga si ibu terus kuat dan tabah dalam meneruskan liku liku kehidupan beliau selepas ini. Salam takziah!
Sumber: Mr Wan Cai Official via OB
The post Suami Baru Dijemput Ilahi 5 Bulan Lalu, Kini Anak Baru Lahir Pula Pergi appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/suami-baru-dijemput-ilahi-5-bulan-lalu-kini-anak-baru-lahir-pula-pergi/