Tahniah Julia Ziegler Bakal Lahirkan Anak Kedua Jun Nanti Kini Sedang Hamil 7 Bulan
Diam tak diam, Julia Ziegler rupanya bakal melahirkan anak kedua pada penghujung Jun nanti. Baru-baru ini pelakon kacukan Melayu, Inggeris ini berkongsi berita gembira tentang kehamilan keduanya itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Julia berkongsi imbasan kandungannya. Dia memaklumkan hamil anak kedua dan kandungannya kini sudah memasuki usia tujuh bulan. Anak sulung Julia, Ivana Johan baru berusia setahun tiga bulan.
Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler berkata, dia tidak mampu menolak rezeki yang dikurniakan, biarpun belum puas membesarkan Ivana.
Artikel Berkaitan: { Selalulah Buat Amalan Ni Masa Mengandung. Anak Lahir Cerdik & Baik Budi Pekertinya }
“Sebenarnya, saya disahkan mengandung, Oktober tahun lalu. Jujurnya, saya dan suami tak menyangka rezeki cahaya mata kedua hadir dengan cepat.
“Jadi, saya buat keputusan simpan cerita hamil dahulu. Dalam masa yang sama, saya tak puas bersama Ivana. Namun, Allah kurniakan rezeki, kami terima dengan berlapang dada.
“Akhirnya, saya berkongsi berita kehamilan anak kedua di IG, beberapa hari lalu. Saya hamil anak lelaki,” katanya kepada BH Online.
Pelakon yang mencipta populariti menerusi filem Jangan Tegur itu bersyukur kerana proses menambah cahaya mata dipermudahkan.
“Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan zuriat. Ada datang cepat dan sebaliknya.
“Alhamdulillah, saya dan suami dipermudahkan memiliki cahaya mata, lebih lagi saya bukannya muda lagi.
Artikel Menarik: {Kalau Berat Badan Naik Melampau Masa Hamil, Boleh Kurangkan. Ikut Formula Ini }
“Syukur, kami masih ada rezeki menimang anak kedua,” katanya.
Julia berkata, dia menempuh kepenatan berganda dalam fasa kehamilan anak kedua.
“Mana nak jaga Ivana, jaga diri sendiri. Bagaimanapun, insya-Allah, saya kuat.
“Saya masih boleh bertahan biarpun terpaksa berkurung dalam rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.
Tahniah diucapkan kepada Julia dan pasangannya, Johan. Semoga semuanya dipermudahkan kelak.
Sumber: Berita Harian
The post Tahniah Julia Ziegler! Bakal Lahirkan Anak Kedua Jun Nanti, Kini Sedang Hamil 7 Bulan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tahniah-julia-ziegler-bakal-lahirkan-anak-kedua-jun-nanti-kini-sedang-hamil-7-bulan/