Selayang Baru Kini Di Bawah Pkpd Ketujuh



Selayang Baru kini di bawah PKPD ketujuhKanak - kanak di kawasan PKPD Selayang. | Foto Shafiq HashimSelayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh

Kerajaan memutuskan enam parcel di Selayang Baru, Gombak, Selangor, diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 3 Mei.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu diambil susulan nasihat Menteri Kesihatan.
Enam parcel berkenaan membabitkan Zon A iaitu di Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah; Zon B (Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru); Zon C (Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21); Zon D (Jalan 3, 5, 7 dan 9); Zon E (Jalan 2, 4, 6 dan 8) dan Zon F (Blok A, B dan C, Selayang Makmur).

"PKPD ketujuh ini dilaksanakan untuk membendung jangkitan COVID-19, setelah mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan COVID-19 di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

"Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuat kuasa.

"Dengan pelaksanaan perintah ini, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan manakala bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu," katanya selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

Seperti PKPD di enam kawasan lain, Ismail Sabri berkata, semua aktiviti perniagaan di kawasan PKPD di Selayang Baru juga dihentikan, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan berkenaan ditutup.

Bagi memastikan perintah berkenaan dilaksanakan, kawalan akan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Bagi memudahkan penduduk yang tidak boleh keluar dari kawasan yang dikenakan PKPD, Pangkalan Perubatan (Medical Base) juga dibuka di situ, bagi proses pemeriksaan kesihatan dan perkara berkaitan.

"Semua penghuni diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

"Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Talian Bencana Daerah Gombak 03-61201092 atau 03-61261500; Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262247 dan 03-61262240," katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, beliau dihubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, bahawa keperluan makanan sudah mula diedarkan dengan bantuan petugas dan agensi yang berkaitan.

"Kita sudah mula edarkan hari ini lagi supaya tidak timbul isu yang berkaitan dengan bekalan makanan dan sebagainya. Seperti biasa, jika ada keperluan lain selain barang makanan, penduduk juga boleh menghubungi pusat operasi dan talian bencana daerah Gombak untuk mendapatkan bekalan lain seperti susu dan lampin bayi dan apa saja yang diperlukan mereka.

"Penduduk juga boleh menghubungi talian berkenaan jika ada kecemasan selain keperluan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memerlukan penjagaan rapi, talian ini boleh juga digunakan.

"Pegawai kita sentiasa berada di pusat operasi bagi membantu penduduk yang dikenakan PKPD ini," katanya.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk meletakkan Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Selayang, di Kuala Lumpur, dalam status PKPD mulai 20 April ini sehingga 3 Mei hadapan.

PKPD turut dilaksanakan di lima kawasan berikut hingga 28 April ini iaitu, Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor; Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor; Menara City One, Kuala Lumpur.

Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Kuala Lumpur; Masjid India di Kuala Lumpur dan sekitarnya merangkumi Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang.

Sementara itu, mengenai cadangan supaya aplikasi MySejahtera turut dilengkapi dengan bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Tamil, bagi kemudahan orang awam, Ismail Sabri berkata, ia satu cadangan yang akan diperhalusi.

"Setakat hari ini kita gunakan satu bahasa dulu dan kalau ada keperluan, insya-Allah kita akan bincang dengan lebih terperinci lagi," katanya.

MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan kerajaan untuk membantu dalam aspek pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.


Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.



rePublish Update Berita MalaysiaSelayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/04/selayang-baru-kini-di-bawah-pkpd-ketujuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpd Ketujuh Di Selayang Baru Gombak Bermula Hari Ini Ismail Sabri

Pkpd Ketujuh Di Selayang Baru Gombak Bermula Hari Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 636 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan hari ini mengumumkan satu lagi kawasan yang diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan kawasan Selayan...
Covid 19 Hari Ke 16 Kes Baru Bawah 100 Jumlah Kini 6 002

Covid 19 Hari Ke 16 Kes Baru Bawah 100 Jumlah Kini 6 002

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 460 hits
Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 84 pesakit Covid 19 yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini menjadikan jumlah kes pulih kepada 4 171 atau 69 5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Ia menjadikan hari ini hari ke 16...
Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 395 hits
Maaf admin saya nak tanya anak saya 5 tahun tapi dia masih gagap Saya risau tengok dia macam susah nak buat ayat nak bercakap Boleh saya tahu macam mana nak rawat gagap Rahsiakan nama saya Jawapan daripada doktor Apa itu gagap di kalangan k...
Pkpd Selayang Harga Sayur Dijangka Melambung Hingga 70

Pkpd Selayang Harga Sayur Dijangka Melambung Hingga 70

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 283 hits
Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di pasar borong Selayang akan menyebabkan harga sayur melambung sehingga 30 ke 70 Hal ini berlaku kerana kekurangan pekerja asing yang dikuarantin dalam beberapa blok bangunan berikutan...
Lebih 1 000 Kes Baru Kini 10 000 Pesakit Di Singapura

Lebih 1 000 Kes Baru Kini 10 000 Pesakit Di Singapura

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 224 hits
SINGAPURA Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan 1 016 kes baru Covid 19 di peringkat awal menjadikan keseluruhan kes positif di republik itu meningkat kepada 10 141 orang Katanya kebanyakan kes positif itu dikesan dalam kalangan peker...
3 000 Saringan Ke Atas Penghuni Di Tiga Lokasi Di Selayang Baru

3 000 Saringan Ke Atas Penghuni Di Tiga Lokasi Di Selayang Baru

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 348 hits
BATU CAVES 1 MEI Sebanyak 3 000 saringan dilakukan ke atas penghuni di tiga kawasan Selayang Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan sebelum lokasi tersebut dapat diisytiharkan zon bebas Covid 19 kata Dato Menteri Besa...
Suami Baru Dijemput Ilahi 5 Bulan Lalu Kini Anak Baru Lahir Pula Pergi

Suami Baru Dijemput Ilahi 5 Bulan Lalu Kini Anak Baru Lahir Pula Pergi

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 423 hits
Besarnya dugaan ibu ini apabila anak yang dilahirkan tidak sampai seminggu pergi menghadap ilahi Lebih menyayat hati apabila kelahiran anak ini juga tanpa seorang ayah berikutan Allah dah ambil dulu pada 12 Disember 2019 Di Facebook berkong...
Masjid India Di Kl Dan Sekitar Kini Bawah Kawalan Ketat

Masjid India Di Kl Dan Sekitar Kini Bawah Kawalan Ketat

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 232 hits
Masjid India dan kawasan sekitarnya kini bawah PKPD PETALING JAYA Masjid India di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya kini bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang ke 5 di negara ini Berkuatkuasa mulai 14 Apr sehingga 28 April i...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense