Tunggu 5 Tahun Dapat Anak Lahir Pula Tak Cukup Bulan Allah Uji Tandanya Dia Sayang


Dapat tahu hamil, hati ibu mana yang tak gembira dan bersyukur. Lagi-lagi kehamilan ini adalah yang sangat ditunggu-tunggu. Namun setiap perjalanan hidup kita itu dah ditentukan oleh Allah.
Namun bila kehamilan ini diharapkan mampu memberi sinar dalam keluarga tetapi diuji dengan ujian lain ketika melahirkan anak mungkin agak sukar. Hanya sokongan dan kata-kata semangat dapat beri kekuatan.
Kisah yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol mengenai salah seorang ibu yang diuji dengan kelahiran anak pramatang setelah 5 tahun menanti zuriat cukup mengambarkan betapa kuatnya seorang wanita bergelar ibu.
Gambar Hiasan (Kredit: AP Photo) Menangis tanpa berkata-kata
Seorang ibu datang melawat anaknya di NICU. Perlahan-lahan dia berjalan masuk ke bilik yang paling kritikal dan kebetulan saya ada di situ.
Dia cuci tangan dan pergi pada anaknya yang baru lahir semalam, pramatang 30 minggu dengan berat cuma 1.1kg.
Itulah kali pertama dia lihat anaknya di NICU.
Walaupun baru sehari lepas pembedahan caesar, dikuatkan juga semangat tu supaya dapat dia lihat anaknya pada hari ini.
Seperti biasa, saya terangkan keadaan bayi pada ibu. Habis saja satu ayat, saya perasan yang ibu ni mula menangis. Saya berhenti dan ambilkan tisu untuk dia.
Dari satu ayat ke satu ayat, mengalir saja air matanya. Sampaikan saya tak tahu ke mana saya patut pandang. Dia cuba senyum tapi saya tahu saya patut berhenti.
“Puan, ada nak tanya apa-apa?”
Dia cuma menggeleng sambil dilap air mata dengan lengan bajunya.
“Saya dah 5 tahun tunggu untuk zuriat ni,” suara ibu ni terketar-ketar menahan tangisan.
“Masa saya mengandung, mak ayah saya betul-betul gembira. Tak sabar nakkan cucu.
Tapi yang paling gembira sebenarnya suami saya. Dia dah tunggu lama sangat.”
Saya pun sambung mendengar sampailah dia kata,
“Tahu-tahu, anak lahir awal. Kecil sangat pula tu.
Saya jaga makan minum, saya tak ada buat kerja berat-berat doktor. Semua kerja di rumah, suami saya yang buat.”
Gambar Hiasan (Kredit: Google) Ada zuriat, tak ada zuriat semua kuasa Allah
Allahuakbar. Waktu tu baru saya tersedar. Ibu ni diselubungi dengan rasa bersalah. Dia fikir dialah punca keluarga tak dapat zuriat. Sekarang dia fikir dialah punca anaknya jadi begini.
Saya pun kata gini.
“Ada zuriat atau tak ada zuriat, bukan kita yang tentukan. Ada yang dapat cepat, ada yang dapat lambat. Semua tu bukan kita yang tentukan.
Bayi pramatang lain dalam bilik ni pun Allah yang tentukan. Ibu mereka semua tak salah walaupun sedikit.”
Dia pandang pada saya. Nampak dia lega sangat. Dia ucap terima kasih dan waktu tu saya boleh rasakan betapa bersungguh-sungguh dia ucapkan kalimat tu.
Besar ujian ibu ni. Ramai ibu yang datang ke wad bayi dalam keadaan begini. Rasa bersalah sebab anaknya lahir awal, ada yang sakit itu dan ini.
Suami orang penting bagi kata semangat
Untuk suami, kalau anda nampak isteri bergelut dengan perasaan bersalah, tawarkan diri untuk mendengar. Jadi prihatin dengan perasaan isteri.
Tak reti juga, sentiasalah beri kata semangat dan ada disamping isteri. Anak lahir awal, tak sikit pun mengurangkan kebaikan awak sebagai ibu. Boleh jadi anak tu lahir awal sebab Allah tahu ibu tu dah bersedia.
Sumber: Dr Redza Zainol

 
The post Tunggu 5 Tahun Dapat Anak, Lahir Pula Tak Cukup Bulan. Allah Uji Tandanya Dia Sayang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tunggu-5-tahun-dapat-anak-lahir-pula-tak-cukup-bulan-allah-uji-tandanya-dia-sayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiah Ramadan Ainul 1 Tahun 8 Bulan Tunggu Ini Pertama Kali Dengar Suaranya

Hadiah Ramadan Ainul 1 Tahun 8 Bulan Tunggu Ini Pertama Kali Dengar Suaranya

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 421 hits
Setiap kali ada perkembangan baru mengenai buah hati rakyat Malaysia Ainul Mardhiah pasti walid atau mamanya akan berkongsi dengan orang ramai yang sebelum ini sentiasa ternanti nantikan berita gembira Terbaru menerusi perkongsian di facebo...
Suami Lumpuh Anak Oku Ujian Ini Tanda Allah Sayang Rosnah Walad

Suami Lumpuh Anak Oku Ujian Ini Tanda Allah Sayang Rosnah Walad

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 444 hits
Suami Lumpuh Anak OKU Ujian Ini Tanda Allah Sayang Rosnah Walad Jika ada anugerah khas buat wanita ini dia paling layak untuk menerimanya Ini kerana pengorbanan dan ketabahannya menjaga suami yang lumpuh sejak 12 tahun dan anak bongsu yang ...
Isteriku Cukup Sempurna Lepas 10 Tahun Masih Tak Ada Anak Suami Tolak Kahwin Lain

Isteriku Cukup Sempurna Lepas 10 Tahun Masih Tak Ada Anak Suami Tolak Kahwin Lain

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1352 hits
Setiap pasangan berkahwin pasti menginginkan zuriat mereka sendiri Itulah yang menjadi penyeri rumah tangga dan penguat kasih sayang Tetapi bukan semua orang mempunyai rezeki untuk terus hamil sebaik sahaja selepas berkahwin Seperti yang di...
Sayunya Anak 3 Tahun Dah Negatif Mama Ayah Atuk Nenek Pula Positif Ujian Covid

Sayunya Anak 3 Tahun Dah Negatif Mama Ayah Atuk Nenek Pula Positif Ujian Covid

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 299 hits
Sebelum ini tular mengenai video seorang kanak kanak lelaki berusia 3 tahun yang menaiki ambulan selepas mempunyai simptom Covid 19 Bagaimanapun kanak kanak itu dibenarkan keuar hospital selepas ujian swab yang dilakukan mendapati anaknya n...
Lagi 2 Hari Boleh Lahir Wanita Kongsi Kisah Sayu Hilang Anak Kembar Dalam Kandungan

Lagi 2 Hari Boleh Lahir Wanita Kongsi Kisah Sayu Hilang Anak Kembar Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 399 hits
Al Fatihah buat bayi syurga ini small Cover image via Miraa Nordin Facebook small Perkara yang paling dinanti nantikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin adalah kehadiran cahaya mata Kehadiran zuriat pastinya akan menambah kebahagian...
Sampaikan Salam Sayang Pada Daddy Dua Bulan Tak Lalu Makan Kucing Peliharaan Ashraf Sinclair Mati

Sampaikan Salam Sayang Pada Daddy Dua Bulan Tak Lalu Makan Kucing Peliharaan Ashraf Sinclair Mati

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 289 hits
Ikatan suami isteri yang dibina hampir 12 tahun membuatkan Bunga Citra Lestari dan Allahyarham Ashraf Sinclair menjadi pasangan yang paling romantis tanpa kontrovesi Namun keluarga ini ditakdirkan untuk berpisah di dunia dan hanya tinggal k...
Sebak Bapa Rindukan Anak Anak Ketika Ulang Tahun Kelahiran

Sebak Bapa Rindukan Anak Anak Ketika Ulang Tahun Kelahiran

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 473 hits
Hazim Halim yang tidak dapat menyambut hari lahir bapanya dek kerana bapanya menjadi salah seorang petugas barisan hadapan Menerusi kiriman di laman Twitter Hazim memuatnaik perbualan keluarganya di aplikasi WhatsApp yang sayu kerana tidak ...
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui 1984 Bimbo Lagukan Tentang Corona Yang Terjadi Di Tahun 2019 10215

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui 1984 Bimbo Lagukan Tentang Corona Yang Terjadi Di Tahun 2019 10215

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 448 hits
Kecoh trio Bimbo ramal COVID 19 sejak 30 tahun laluOleh Serimah Mohd SallehuddinKUALA LUMPUR Kemunculan kumpulan trio Bimbo dari Bandung Indonesia tular apabila didakwa meramal pandemik COVID 19 menerusi single berjudul Corona Datang yang d...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye