Student Budget Trip To Sabah 2019 2020
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيمالسلام عليكم
Agak lama sis tak update blog ni. Sekarang pun sibuk dengan kerja. Tapi disebabkan permintaan yang banyak. Ada yang dm sis dekat instagram tanya tentang itinerary pergi sabah. Jadi sis pun dengan rajinnya menaip la ye.
First sekali, kalau sesiapa yang belum tengok vlog sis pergi ke sabah boleh search dekat youtube 'Trip to Sabah 2019 by jihagee" Haa nanti nampakla muka sis tu hahaha. Second, yang taip itinerary ni kawan sis, sis punya itinerary so simple sangat. Third, apa yang menariknya. How can 9 of us go to Sabah (KK and Kundasang) for 5 days only need RM1000 per person. Tak percaya kan?
So korang kena baca itinerary kat bawah ni. If you guys nak tanya pape. Dont hesitate dm sis dekat instagram @jihagee So here we go.
Trip to Sabah 6D5N with my gang girls💮
19/2/2019 - Day 1First day kat Sabah quite membazir jugak sbb kitorang sampai Sabah around 8pm sbb ticket flight ptg. So, sampai je airport, ambik kereta sewa then terus shoot pegi check in hotel dekat Impiana Mutiara Hotel, Kampung Air, Kota Kinabalu. Hotel quite comfortable, dekat dgn convenience stores and ada KFC 24H nearby. Since kitorang sampai dah mlm and taktau nak makan kt mana, KFC menjadi pilihan hati 🤪So, kereta sewa kitorang sewa dgn Juta One Auto Car Rental Service, boleh contact no ni 0149533515, 2 kereta Bezza for 6 days total RM950. Hotel, we booked through Agoda, 2 family room for 1 night total RM145.20.
20/2/2019- Day 2Around 6.30am kitorang dah gerak ke Kundasang. 6.30am kat sana dah cerah ye gaisss mcm pukul 8am kt semenanjung 🤣. Otw to Kundasang, kitorang singgah Jambatan Tamparuli. Dah puas bergambar, we continued our journey to Kundasang. Perjalanan dari KK ke Kundasang was about 2 hours macam tu. So sampai Kundasang, kitorang terus pergi Kinabalu Park, entrancee fee dia RM3 per person. Basically Kinabalu Park ni tempat nak tengok Gunung Kinabalu dgn lebih dekat. Dalam Kinabalu Park, kitorang pergi Botanical Garden, so dapat laa tengok rare flowers. Entrance fee untuk masuk Botanical Garden RM4 per person.
Lepas dah puas pusing dalam Kinabalu Park, kitorang continued pergi Pekan Kundasang and lunch dekat kedai makan kt sana tapi lupa dah nama kedai makan tu 😅. Dah dpt energy, kitorang continued pergi Strawberry Garden or Mini Strawberry Farm Mesilou. Entrance fee dia RM5 per person. Kat sana boleh petik strawberry sendiri and harga for 100 gram is RM6. Then, kitorang gerak pergi JS Nursery and nk masuk sini free of charge je.
Then, kitorang checked-in dekat Kundasang Rosewood Budget Stay. Kitorang ambik Room D yang boleh muat kitorang 7 orang ni. Harga Room D per night RM120 so disebabkan kitorang stay Kundasang 2 days, total dia RM240. Keluar je bilik boleh tengok view Gunung Kinabalu. Sangat recommended sbb bilik dia luas, comfortable walaupun kitorang ramai dlm satu bilik and yang paling penting ada water heater sbb kat sana waktu malam and subuh sangatlah sejuk plus air dia pun sejuk ye. Bercinta jugak lah nak bangun mandi pagi2 tapi kitorang ada life savior which was our beloved water heater. Suhu waktu malam ke subuh around 17C to 14C. So dah boleh bayang kan sejuk dia macam mana? After maghrib kitorang keluar dinner kat Restoran Syah Adilah. Kalau nak keluar dinner, kena keluar awal sbb mostly kedai kat sana pukul 9pm dah tutup and kedai makan kat Kundasang quite limited jugak.
21/2/2019 - Day 3Pukul 7.30am kitorang dah gerak ke Desa Dairy Farm. Desa Dairy Farm bukak pukul 8am so disebabkan kitorang sampai a bit early kat situ, kitorang bergambar dulu kat luar sbb view Gunung Kinabalu tersangatlah cantik waktu tu! pukul 8am kitorang masuk and entrance fee dia RM5 per person. Kat sinilah kita boleh tengok lembu macam kat New Zealand tu and boleh jugak feeling2 macam dekat New Zealand 🤪. Dah sampai sini jangan lupa makan Gelato and minum susu lembu tu ye. Susu and Gelato dia sangat sedap and fresh!
Dah puas pusing, bergambar dan jumpa lembu, kitorang terus gerak ke Poring Hot Spring, Ranau. Nak pergi Ranau dalam 1 hour jugak lah. Dah sampai Poring Hot Spring, bayar entrance fee RM3 per person kitorang terus jalan masuk ke Canopy Walkway-Poring. Nak masuk sini kena bayar jugak RM3 per person + Camera fee RM5. Nak jimat, guna and bayar untuk satu camera sahaja. Dalam nak sampai ke Canopy Walk tu, kena mendaki ye. Tinggi and quite jauh jugak so kalau yang ada sakit lutut, semput, gayat, sakit jantung and whatsoever, tak digalakkan naik ke Canopy Walk ni ye and bawaklah siap2 air dlm beg korang. Turun je dari Canopy Walk, kitorang terus rendam kaki dalam air panas kt Hot Spring tu. Dah puas, kitorang gerak ke Sabah Tea yang ambik masa around 20 minutes from Poring Hot Spring. Kat Sabah Tea ni kitorang lunch and bergambar je. Then, kitorang balik ke Kundasang and singgah dekat Pekan Kundasang. Kebetulan hari Khamis, ada pasar malam kat area situ, so kitorang beli siap2 makanan untuk makan malam sbb malam nanti kitorang dah decide taknak keluar.
22/2/2019 - Day 47.30am kitorang checked-out and terus gerak balik ke KK. Otw balik tu, kitorang singgah Pekan Nabalu. Kat situ banyak jual hand craft yang murah2. Then, sambung perjalanan ke KK. Sampai je KK, kitorang singgah Suria Sabah untuk lunch and terus beli tiket island hopping kat Jesselton Point. Suria Sabah dgn Jesselton Point ni tak jauh pun, jalan kaki je sampai. Kat Jesselton Point, silalah pergi Kaunter 10 kalau nak beli tiket island hopping sbb kat Kaunter 10 ni murah sangat. Kitorang siap dapat student price lagi. Kitorang ambik pakej ke 3 pulau which are Pulau Sapi, Manukan and Mamutik and kitorang ambik charter boat. Kalau pergi ramai better ambik charter boat sbb kita boleh adjust masa kita sendiri. Harga untuk 3 pulau + charter boat + life jacket + snorkel mask is RM430.
Lepas settle beli ticket island hopping, kitorang pergi ke Pasar Filipina. Its shopping timeeeee~~~ So kat sinilah nak beli mutiara, tshirt, ikan masin, ikan bilis, kuih cincin and macam2 lagi lah. Kalau nak tau kedai yang jual ikan masin or ikan bilis yang murah, boleh dm sbb ada gambar kedai dan penjual dia.
Dah puas shopping, kitorang checked-in dekat Oyo 564 Y Hotel, Penampang, Kota Kinabalu. Again, kitorang booked hotel ni through Agoda. Total hotel ni for 3D 2N, 2 x Suite Triple Room RM318.25. Recommended tapi jauh sikit lebih kurang 8.9km kalau nak pergi Pasar Filipina tapi hotel ni dekat dgn KKIA (airport) around 4km je.
After checked-in and rest, pukul 5.30pm kitorang gerak pergi Pantai Tanjung Aru nak tengok sunset. Dinasihatkan keluar awal sbb ptg jalan dah start jam. Untuk dinner, kitorang beli siap2 makanan dekat pasar malam berdepan dengan Pantai Tanjung Aru.
23/2/2019 - Day 5Pukul 7.30am kitorang dah gerak ke Jesselton Point sbb pukul 8.30am boat dah start gerak. Sampai Jesselton Point, jalan ke jeti, ambik life jacket dgn snorkel mask, kitorang terus naik boat pergi ke first pulau which was Pulau Sapi. Pulau Sapi sangat recommended kalau nak mandi sebab kt paras pinggang je dah boleh nampak ikan. Then, kitorang gerak ke Pulau Manukan. Pulau Manukan ni antara pulau yang air dia jernih. Kalau nak tengok ikan, kena pergi ke tengah laut sikit. Dah puas dekat Pulau Manukan, kitorang gerak ke last pulau which was Pulau Mamutik. Pulau Mamutik ikan dia besar2 and cantik tapi kena pergi ke tengah laut jugak kalau nak tengok ikan2 tu. Pukul 3.30pm kitorang dah gerak balik hotel.
Pukul 7pm kitorang keluar pegi Pasar Filipina lagi untuk shopping for the last time. Then kitorang jalan kaki ke Bulatan Todak untuk dinner. Its seafooodddd timeeeee~~~. Kitorang pilih untuk makan dekat kedai Hajah Velma Borneo Seafood. Tersangatlah murah makan seafood kat kedai ni. Udang harimau besar2, ketam murah dan isi sangatlah padat ye. Sangat-sangat recommended!
24/2/2019 - Day 6Pukul 8.00 am checked-out and terus gerak pergi KKIA sbb tiket balik KL pukul 10.45am 😭😭
Overall Budget for 1 person (shopping budget are excluded 🤪)💸 Flight Ticket (two way + 30kg luggage pergi + 80kg luggage balik) - RM260💸 Kereta sewa - RM135.70💸 Minyak kereta - RM55💸 Accommodation - RM100💸 Entrance fee - RM30💸Island Hopping - RM61.40💸Makan kitorang kutip siap2 RM100 seorang. So everytime kitorang makan, bayar guna duit yang kitorang kumpul tu (exclude makanan yg beli kat pasar malam). Save banyak ye!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miszznajihahs.blogspot.com/2019/10/student-budget-trip-to-sabah-20192020.html