Stress Tak Tempat Kerja Korang
Fuhhh...stress kerana perangai hanat ye..
Alhamdulillah..
setakat ni takde la jumpa orang perangai hanat kat tempat kerja..
Apa yang dikategorikan sebagai perangai hanat tu pun sebenarnya.
Tak dapat Mama Yan nak klasifikasikan
Masa kerja Al Ikhsan dulu...ada la stress sikit.
Tapi takdelah nak cakap orang tu berperangai hanat..
Cuma agak menjengkelkan lah..
Susah susah sangat nak tanggung stress untuk gaji yang kecil,berhenti je..
cari kerja baru..
persekitaran tempat kerja yang baru..
Tak payah nak susah susah sangat stress dengan rakan sekerja.
Tapi mana mana tempat kerja pun,Kita akan sentiasa ada rakan rakan baru dengan 1001 perangai.
Entah-entahkan.
ada je rakan rakan sekerja yang anggap kita berperangai hanat di mata dia..
hahaha...acaner
Masa tahun 2017,Mama Yan tengah mengandungkan Mirzan,Masa tu kerja memang stress..
Stress dengan kerja lah masa tu..
Stress juga dengan kerani, dengan sub contractor dengan main contractorTapi takdelah rasa dorang ni berperangai hanat.
Cuma masa tu kerani yang Mama Yan ambil tu takde pengalaman kerja.
baru habis belajar.
So, memang serba serbi dia tak tau,Agak stress nak ajar dia macam macam..
Lagipun gen y kann.
buka emel yang beralamatkan yahoo dot com dekat Gmail.
ye tak boleh buka..
Rasa nak gelak.
Rasa nak marah..
Tapi bukan salah dia lah..
kami ni yang old-school, masih guna Yahoo..
Belum lagi yang part tak reti guna mesin faks walau dah ajar berkali kali.
ye orang zaman sekarang main wasap je..
Selalu kalau stress, Mama Yan pergi kedai makan..
makan sesorang.
ambik set paling sedap, paling mahal...hahaha.
So, kalau berat badan naik kembang semacam..
stress la tu.
lepas tu, bila baju semua tak muat stress lagi,makan lagi...ulang ulang sampai kena marah doktor..
hahaha..
Eh,..tulis ni baru teringat.
hari ni kena ambil ubat kat farmasi drive thru..
ubat dah nak habis
oklah...moh gi ambik dulu.
Kalau tak makan ubat, stress sikit aje pun boleh sebabkan tekanan darah naik tinggi nanti
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2019/06/stress-tak-tempat-kerja-korang.html