Apa Alasan Kita Nak Buat Kerja Itu Anwar


Oleh Azzman Abdul Jamal
[email protected]
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kana) ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Port Dickson di perkarangan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. NSTP/Iqmal Haqim Rosman
PORT DICKSON: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau terbabit dalam penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri baru-baru ini.

Presiden PKR itu berkata, dakwaan kononnya penyebaran video itu didalangi kem beliau dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bertujuan memecah belahkan parti adalah tidak berasas.

“Sudah ada fitnah, tak boleh jawab dengan fitnah. Kedua, apa alasan untuk kita buat kerja itu, ada orang kata ancaman, (tapi) ancaman apa?

“Sudah ada perjanjian (peralihan kuasa), PM (Perdana Menteri) sendiri bagi pengakuan secara peribadi, minggu lalu pun PM bagi pengakuan.

“Semua parti bagi dukungan termasuk PKR, DAP, AMANAH (Parti Amanah Negara) dan BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), jadi tiada masalah bagi saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Port Dickson, di sini, malam ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ditanya sekiranya tindakan penyebaran video itu akan memecah belahkan ahli PKR, Anwar menyatakan bahawa ia tidak akan jejaskan perpaduan parti kerana ahli yang waras tidak akan terikut dengan sentimen dan fitnah.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, tidak bersetuju dengan cadangan Otai Reformasi baru-baru ini yang meminta supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penetapan jangka masa untuk penyerahan kuasa kepadanya.

“Saya tidak setuju. Ini urusan PM dengan Pakatan Harapan. Yang lain boleh beri pandangan, tapi saya tidak setuju (dengan cadangan itu),” katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah turut menolak amalan politik kotor dan menyeru orang ramai untuk lebih menumpu isu pembangunan negara.

“Memang kita tolak gutter politik (politik kotor), sebab saya lalui ini. Saya bersimpati dengan keluarga (Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan kita rakyat Malaysia kena fikirkan lebih mengenai cara nak bangunkan negara,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/apa-alasan-kita-nak-buat-kerja-itu-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penulis Saya Nak Jual Hak Cipta Manuskrip Pada Anwar Bukan Ugut

Penulis Saya Nak Jual Hak Cipta Manuskrip Pada Anwar Bukan Ugut

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 361 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 22 tengahariPenulis manuskrip Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM menafikan cuba mengugut Presiden PKR itu untuk mendapat jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah yang ditawarkan kepadanya untuk menerbitkan buku itu...
Hiburan Saya Hanya Nak Selamatkan Beruang Itu Bagi Makan Sedap Sedap Zarith Sofia

Hiburan Saya Hanya Nak Selamatkan Beruang Itu Bagi Makan Sedap Sedap Zarith Sofia

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 566 hits
Baru baru ini tular sebuah video seekor beruang matahari yang dilihat mengeluarkan bunyi bising sambil cuba keluar dari tingkap sebuah kondominium Beruang itu kemudiannya telah berjaya diselamatkan oleh Jabatan Perhilitan Malaysia Atas kesa...
Kucing Itu Cakar Gigit Tangan Saya Alasan Tak Munasabah Lelaki Jerut Dan Gantung Kucing Dipenjara 15 Bulan

Kucing Itu Cakar Gigit Tangan Saya Alasan Tak Munasabah Lelaki Jerut Dan Gantung Kucing Dipenjara 15 Bulan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 457 hits
Seorang lelaki yang videonya tular kerana menjerut dan menggantung leher seekor kucing sehingga mati akhirnya menerima padah apabila dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatu...
Saya Nak Sara Hidup Kalau Tak Kerja Bukan Kau Mahu Tolong Ini Sebab Kenapa Tiba2 Bella Astilah Mengamuk

Saya Nak Sara Hidup Kalau Tak Kerja Bukan Kau Mahu Tolong Ini Sebab Kenapa Tiba2 Bella Astilah Mengamuk

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 438 hits
Bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menegur tindakan seorang pengguna media sosial yang sering meninggalkan komen penghinaan terutama menyentuh soal kehidupan peribadinya Saya Nak Sara Hidup Kalau Tak Kerja Bukan Kau Mahu ...
Aku Cuma Mangsa Situasi Je Rakan Dedah Perbualan Whatsapp Dengan Haziq Nafi Buat Kerja Terkutuk Itu Tetapi

Aku Cuma Mangsa Situasi Je Rakan Dedah Perbualan Whatsapp Dengan Haziq Nafi Buat Kerja Terkutuk Itu Tetapi

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 581 hits
The ReporterSelepas Ketua PKR Cabang Santubong tampil mempertahankan rakannya Haziq Abd Aziz yang didakwa melakukan hubungan sejenis dengan seorang menteri tampil pula rakan Haziq berkongsi serba sedikit mengenai Setiausaha Sulit Kanan kepa...
Anak Melekat Alasan Tak Boleh Buat Kerja

Anak Melekat Alasan Tak Boleh Buat Kerja

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 329 hits
Anak melekat alasan tak boleh buat kerja Kerja kerja rumah la yang tak dapat jalan sangat Tudung dapat rendam jek nak bilas dan sidai tergendala Mujur sebelum tidur malam semalam memang dah siap siap sapu dan mop lantai Kerja kerja bisnes o...
Cara Nak Pikat Oh Begini Pikat Interviewer 6 Lagi Tips Kerja Hr Ini Kongsikan Untuk Korang

Cara Nak Pikat Oh Begini Pikat Interviewer 6 Lagi Tips Kerja Hr Ini Kongsikan Untuk Korang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 481 hits
Jika bercakap tentang tips interview tak perlu susah susah google saja Tips Interview di internet dan bersepahlah jawapan yang keluar Walau bagaimanapun tak semua jawapan yang diberikan memenuhi kehendak calon yang bakal menghadiri intervie...
Apakah Itu Inflasi

Apakah Itu Inflasi

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 944 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang inflasi pula Apakah itu inflasi Saya sekadar berk...
Mati Itu Pasti

Mati Itu Pasti

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1081 hits
Jarak Mati Itu Adalah Diantara Kerdipan Mata Boleh jadi ketika engkau memejamkan mata mati datang menerpa Lalu engkau tidak lagi bisa untuk membuka mata Boleh jadi juga ketika engkau membuka mata mati datang menerpa Lalu engkau tidak bisa p...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Buffet Ramadan Johor Legoland Malaysia Resort 2025


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh