Ini Bukan Kerja Umno Atau Pas Tapi Kerja Jijik Dari Dalam Ph Sendiri Khairuddin



KUALA LUMPUR – Plot agenda video intim yang didakwa mengandungi aksi seks luar tabii mirip seorang Menteri Kabinet bukan dilakukan pihak UMNO namun dari kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa, ia dirancang secara teliti dan berterusan semata-mata untuk mematikan terus karier politik seorang Menteri Kabinet yang sedang berada di tahap terbaik kini.
“Ini bukan kerja orang luar tetapi perbuatan jijik dari dalaman. Kalangan jijik dan jahat ini cuba merancang pukulan maut terhadap Menteri Kabinet berkenaan.
“Saya yakin puak ini akan menemui jalan buntu. Tetapi, dalam masa yang sama Menteri Kabinet berkenaan perlu terus berhati-hati kerana pihak ini akan terus memberi tekanan kerana mereka tidak akan hilang atau rugi apa-apa.
“Menteri Kabinet berkenaan harus terus fokus bekerja demi untuk rakyat serta negara tanpa melayani tindakan jahat serta komplot itu. Lihat saja serangan yang dilakukan kononnya ada pembayaran melalui akaun sebuah bank yang sudah disahkan palsu oleh pihak institusi kewangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Dalam isu berkenaan Khairuddin juga tidak mahu pembangkang disalahkan.
“Ini bukan kerja orang-orang UMNO atau Pas tetapi tidak mustahil ia adalah perbuatan kalangan tertentu dari parti Menteri Kabinet berkenaan. Ini tidak mustahil sama sekali.
“Lebih baik Menteri Kabinet berkenaan diam dan tidak melayan perbuatan terkutuk itu serta menumpukan kerja-kerja membangunkan semula negara.
“Tambah, Menteri Kabinet itu adalah salah seorang tokoh pemimpin muda yang cukup biasa dengan segala percaturan ‘asam garam’ politik dan telah melalui pelbagai ‘ranjau onak duri’. Lagipun, ini bukan pertama kalinya beliau ditohmah secara dahsyat,” tegasnya.
Jelas Khairuddin, Menteri Kabinet berkenaan juga sudah banyak kali diserang namun semuanya tidak mempunyai asas kebenaran sama sekali.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairuddin berkata, tindakan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang secara terbuka mendakwa dirinya terlibat dalam video intim bersama seorang individu mirip Menteri Kabinet sikap tidak bermaruah.
“Haziq sanggup tampil ke hadapan tanpa perasaan malu sedikit pun malahan secara bangganya sanggup buat pengakuan secara terbuka bagi melakukan tindakannya terhadap Menteri Kabinet berkenaan.
“Di sini sudah membuktikan puak ini tidak mempunyai maruah diri. Orang yang tidak bermaruah boleh buat apa saja untuk menganiayai orang lain.
“Namun, dalam masa yang sama saya juga merasa agak lucu melihat gelagat kalangan hipokrit yang membuat pelbagai kenyataan kesal, ralat dan simpati terhadap susunan agenda jahat terhadap Menteri Kabinet berkenaan,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Haziq telah digantung tugasnya sebagai setiausaha sulit kanan berkuat kuasa serta-merta.
Shamsul menegaskan, surat tunjuk sebab kepada Haziq juga telah dikeluarkan dan dia diminta menjawabnya dalam tempoh tiga hari bermula 12 Jun. – Awani


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/06/ini-bukan-kerja-umno-atau-pas-tapi-kerja-jijik-dari-dalam-ph-sendiri-khairuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baca Kitab Bagus Tapi Jangan Rasa Diri Sendiri Sahaja Betul Aktivis Pelajar Tempelak Presiden Pas

Baca Kitab Bagus Tapi Jangan Rasa Diri Sendiri Sahaja Betul Aktivis Pelajar Tempelak Presiden Pas

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 480 hits
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai pengundi muda yang memenangkan PH baru baru ini boleh dilihat dari sudut positif kata seorang aktivis pelajar Menurut Anis Syafiqah Md Yusof ada kemungkinan Abdul Hadi sebenarnya mahu memberi...
5 Jawaban Yang Ngeles Tapi Pas Untuk Pertanyaan Tentang Gaji Saat Wawancara Kerja

5 Jawaban Yang Ngeles Tapi Pas Untuk Pertanyaan Tentang Gaji Saat Wawancara Kerja

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 320 hits
Hati hati lo jangan sampai kamu terkesan mata duitan Meski sebenarnya kamu punya standar tapi berilah jawaban yang elegan
Salah Umno Pas Sendiri Belia Sokong Pakatan Kata Syed Saddiq

Salah Umno Pas Sendiri Belia Sokong Pakatan Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 396 hits
Salah Umno PAS sendiri belia sokong Pakatan kata Syed Saddiq Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Jun 2019 1
Video 1ntim Bukan Dibuat Pihak Umno Tapi Khairuddin

Video 1ntim Bukan Dibuat Pihak Umno Tapi Khairuddin

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR Plot agenda video i1ntim yang didakwa mengandungi aksi se3ks luar tab1ii mirip seorang Menteri Kabinet bukan dilakukan pihak UMNO namun dari kalangan Pakatan Harapan sendiri Video 1ntim bukan dibuat pihak UMNO tapi Khairuddin
Umno Nak Berguru Dengan Pas Claim Pas Selepas Umno Kalah

Umno Nak Berguru Dengan Pas Claim Pas Selepas Umno Kalah

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 293 hits
Ada pemimpin Umno didakwa mengakui bahawa parti itu perlu belajar daripada PAS selepas mereka kalah dalam pilihan raya umum pada tahun lalu Mendedahkan hal itu Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata beliau diberitahu mengenai hal itu daripad...
Lulus Sudahhhh Taawunnnn Siyasiii Umno Pas

Lulus Sudahhhh Taawunnnn Siyasiii Umno Pas

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 288 hits
Para perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke 58 bersetuju sebulat suara menyokong usul taawun siyasi dengan Umno yang sudah bermula selepas Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Usul tersebut dibawa oleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak P...
Saya Dah Berhenti Berlakon Dari Tahun 2016 Dan Joined Umno Bukan Untuk Projek Tekak Sendiri Dira

Saya Dah Berhenti Berlakon Dari Tahun 2016 Dan Joined Umno Bukan Untuk Projek Tekak Sendiri Dira

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 470 hits
Setelah beberapa hari dikecam netizen kerana ucapannya di Perhimpunan Agong UMNO 2o17 yang secara jelas dan terang menyindir rakan artis Nur Fathia Latiff Dira Abu Zahir tampil memberikan penjelasan Saya sudah memilih untuk berhenti berlako...
Kisah Jijik Dr Jan Karbaat Doktor Yang Hamilkan 49 Orang Pesakit Sendiri Secara Rahsia

Kisah Jijik Dr Jan Karbaat Doktor Yang Hamilkan 49 Orang Pesakit Sendiri Secara Rahsia

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 536 hits
In Vitro Fertilization atau Persenyawaan In Vitro merujuk kepada prosedur yang dijalankan bagi membantu pasangan mendapatkan zuriat melalui persenyawaan di luar tubuh badan sebelum dipindahkan semula ke dalam rahim Bukan semua orang melakuk...
Ahli Harus Faham Konsep Tahaluf Siyasi Pas Umno Hadi

Ahli Harus Faham Konsep Tahaluf Siyasi Pas Umno Hadi

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 441 hits
Abdul Hadi AwangKUALA LUMPUR Kira kira 90 peratus pengundi bukan Islam mengambil keputusan mengundi calon Pakatan harapan pada PRU 14 kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Menurutnya sikap kira kira 30 peratus pengundi muda membuat ...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peluang Miliki Rumah Idaman Di Laman Sendayan 2 Yang Tidak Harus Di Lepaskan

Bengkel Jelajah Upkk Persediaan Motivasi Dan Tips Kejayaan Bersama Ustaz Azhari Dan Ustazah Asma Harun

Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan