Cara Nak Pikat Oh Begini Pikat Interviewer 6 Lagi Tips Kerja Hr Ini Kongsikan Untuk Korang
Jika bercakap tentang tips interview, tak perlu susah-susah, google saja ‘Tips Interview’ di internet dan bersepahlah
jawapan yang keluar. Walau bagaimanapun, tak semua jawapan yang diberikan memenuhi kehendak calon yang
bakal menghadiri interview nanti.
Kami sering mendapat banyak soalan berkenaan dengan interview kerja di inbox FB & Twitter kami. Bagi
mendapatkan jawapan bagi persoalan yang diajukan, team Maukerja (https://www.maukerja.my/) mengambil
peluang dengan menemuramah Puan Marlia Ramli (https://www.facebook.com/myra.awliya), seorang HR Manager
yang sering berkongsi hal-hal berkaitan kerja dan panduan menguruskan kewangan menerusi akaun rasmi FB beliau.
Semoga hasil temuramah ini dapat merungkai segala pertanyaan yang terbuku dalam diri korang selama ni.
1. Contoh soalan yang selalu ditanya oleh interviewer tetapi calon masih lagi gagal untuk jawab
ketika hadir temuduga kerja. Boleh sertakan sekali dengan jawapan tepat yang seharusnya dijawab
oleh calon.
Antara soalan yang kerap ditanya ketika sessi temuduga adalah kenapa mahu memohon pekerjaan yang lain? Dalam
kebanyakan masa, sebilangan calon cenderung untuk memberikan jawapan berbaur negative seperti pekerjaan sekarang
tidak best, bos tidak bertimbang rasa, gaji semasa terlalu rendah atau penat kerana pekerjaan sekarang memerlukan staff
balik lewat. Jawapan sebegini sebenarnya mengurangkan point kerana penemuduga mungkin memandang calon sebagai
tidak kental, memilih, tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja atau tidak sanggup bekerja lebih masa.
Jawapan yang terbaik sepatutnya berbunyi positif seperti permohonan kerja di tempat baru adalah bermatlamat untuk
mendapatkan pengalaman baru dalam industry tertentu, mencabar diri dalam kemahiran tertentu atau calon telah
melawat website company yang dihadiri temuduga dan mendapati syarikat ini sangat kukuh menyebabkan calon ingin
menyertai team ini agar dapat mempelajari system kerja yang lebih berstruktur. Elakkan memburukkan sesiapa atau
mana-mana syarikat semasa proses temuduga. Ini memberikan reflect yang kurang baik kepada calon itu sendiri.
2. Bagaimana seseorang calon temuduga boleh tarik perhatian/tackle interviewer? (kriteria yang
dicari oleh interviewer)
Komunikasi, komunikasi dan komunikasi. Kemahiran teknikal dalam jawatan tertentu dan kemahiran berkomunikasi
adalah perlu diselarikan. Calon haruslah memiliki kemahiran teknikal dan juga soft skill. Keyakinan calon semasa
menjawab soalan adalah sangat penting juga. Selain itu, penemuduga gemarkan calon yang tidak banyak songeh dan
flexible. Ini bermakna calon bersedia jika perlu balik lewat, perlu travel, perlu transfer dan sebagainya.
Selain itu, gerak tubuh atau body language juga adalah penting, Calon haruslah terlihat tenang, bersedia, tidak gugup dan
mampu memberikan jawapan secara instant and logic.
3. Ada tak contoh situasi di mana bekas pekerja pernah diberhentikan kerja atas alasan yang tak
munasabah?
Bagi sesebuah syarikat yang berstruktur dan mematuhi akta kerja 1955dan garis panduan yang ditetapkan, pekerja akan
melalui proses yang telus sebelum dipecat. Sebagai Pengurus Sumber Manusia, saya akan memastikan sebarang
pemecatan pekerja haruslah beserta sebab dan prosedur yang bersistem. HR memainkan peranan penting untuk
memberikan khidmat nasihat kepada majikan dan memastikan juga bahawa pekerja faham sebab-sebab pemecatan.
Dokumen dan segala rekod haruslah diperincikan agar meudahkan rujukan antara majikan dan pekerja di masa hadapan.
4. Apakah prosedur bagi sesebuah syarikat untuk pecat pekerja yang bermasalah?
Saya berpendapat bahawa setiap kes perlu diadili dan setiap pekerja berhak untuk didengari. Memecat pekerja atau
termination adalah hukuman paling berat bagi sesebuah employment. Maka, kes-kes yang terlibat seharusnya adalah
kes major misconduct atau kesalahan-kesalahan besar seperti pecah amanah, terlibat dalam pergaduhan, kecurian
harta benda syarikat, pengambilan dadah terlarang, penyalahgunaan alcohol ketika bertugas dan sebagainya.
Sekiranya perlu, HR boleh juga membuat laporan polis bagi tujuan tindakan siasatan dan bukti rekod.
Walau bagaimana pun, kebiasaannya syarikat akan memberikan “hak untuk didengari” kepada pekerja melalui show
cause letter. Dalam tempoh siasatan, kebiasaannya pekerja akan digantung tugas dengan separuh pembayaran gaji.
Jika pekerja didapati tidak bersalah atau berjaya menjustifikasikan tuduhan dengan bukti yang relevan, bayaran gaji
separuh tersebut akan dibayar semula dan tuduhan akan ditarik balik.
Namun, jika defendan/ pekerja gagal menjustifikasikan tuduhan melalui surat jawapan “show cause letter”, maka HR
akan membawa kes kepada Perbicaraan Dalaman atau Domestic Inquiry bagi pembacaan kes. Juri yang dilantik akan
menilai segala bukti dan aspek sebelum menjatuhkan hukuman samada bersalah atau sebaliknya. Ya, secara
keseluruhannya, sebelum dipecat pekerja perlu diberikan hak untuk didengari dan diadili berdasarkan bukti-bukti yang
ada.
5. Apakah perangai atau attitude seseorang pekerja yang paling bos tak suka?
Bos juga adalah manusia biasa dan setiap bos memiliki cara juga expectation yang berbeza. Dalam erti kata lain, lain
padang lain pula belalangnya. Namun secara amnya bos sangat menyukai pekerja yang ringan tulang, pro aktif,
memiliki semangat teamwork yang tinggi, mampu menyelesaikan masalah secara positif, melihat kepada
penyelesaian berbanding masalah dan berdisiplin dari segi pengurusan masa yang baik.
Berbalik kepada apakah antara attitude yang kurang disukai bos adalah staf yang tidak mematuhi arahan, gemar
memberikan alasan bila ditugaskan dengan tugasan baru, melihat masalah melebihi penyelesaian, gagal
menguruskan masa dengan baik, terlalu individualistic juga mengelak untuk bekerja dalam kumpulan, kaki komplen,
gemar menangguhkan kerja dan selalu mengulangi kesalahan yang sama berulangkali.
6. Adakah department HR adalah department yang paling dibenci oleh staf lain? Pernah tak ada
pengalaman diboikot? (Pengalaman pahit sebagai seorang HR)
Saya tidak menyangkal bahawa HR Department kurang digemari oleh staff lain. Namun bukanlah semua staff
melayan HR dengan buruk. Alhamdulillah, saya berpegang kepada konsep, pekerjaan apapun tetap tidak akan
memuaskan hati sesiapa.
Anggaplah pekerjaan sebagai ibadah dan segala-galanya akan baik-baik saja. Saya pernah menguruskan ratusan
pekerja asing yang bermacam ragamnya, tersangkut di KLIA jam 2 pagi, dihalau oleh waris pekerja yang meninggal
dunia, kes sexual harassment dan kes-kes berat yang lain. Namun ini semua tidak pernah dianggap sebagai
pengalaman pahit kerana pekerjaan sebagai HR adalah sesuatu yang saya minati semenjak 14 tahun lepas. Jika kita
menyayangi pekerjaan sepertimana kita menyayangi hobi, segala pengalaman samada pahit ataupun manis akan
diambil sebagai proses pembelajaran.
Pengalaman diboikot oleh staf tidaklah pernah saya lalui. Kerana secara peribadi, saya sendiri jarang bergaul dengan
staff lain di waktu rehat atau selepas waktu kerja. Segala urusan dan perbualan harian adalah berlandaskan kepada
urusan pekerjaan dan professional semata-mata. Di masa luar kerja, saya mempunyai lingkungan sahabat saya yang
lain dan kami bebas untuk bercakap sebarang topik yang kami gemari.
Ini adalah penting utnuk HR menjaga perhubungan dengan staff bagi melindungi kedua-dua pihak agar tidak ada
sebarang perbualan yang dijadikan isu di kemudian hari. Insya’allah…
7. Soalan terakhir, ada pihak yang mengatakan ‘lompat kerja’ bagus sebab boleh tingkatkan gaji dua
kali ganda. Apa pendapat Puan? Adakah bagus ataupun tidak ‘lompat kerja’ ni?
Ya dan tidak. Ianya bergantung kepada sejauh mana kemampuan calon tersebut untuk adapt kemahiran dan soft skill
dalam new environment. Sekiranya calon mahu melompat kerja atas tujuan gaji semata-mata, selepas tahun ke-10
bekerja, calon akan mendapati jawatan nya mungkin stuck dalam gred tertentu sahaja. Namun ada juga kes bagi calon
yang benar-benar berkebolehan, lompat kerja mampu memberikan peluang yang lebih cepat.
Namun, seperti yang saya selalu ingatkan, calon itu sendiri haruslah memiliki soft skill and technical skill yang mantap
bagi bidang kerjaya yang diceburi. Bagus atau tidak untuk lompat kerja adalah bergantung kepada dua perkara ini.
Di dalam resume, jika terlalu singkat tempoh bekerja contohnya setiap 6-12 bulan bertukar kerja, ini digelar sebagai
“job hooper” dan soalan ini pasti akan ditanya semasa di bilik temuduga. Maka, calon haruslah mampu menjustifikasi
sebab dan membuktikan bahawa diri layak untuk mendapat peningkatan gaji dalam bentuk gandaan.
Tambahan: Wallah’huallam dan sekian dulu pandangan saya. Sukacita dimaklumkan bahawa pendapat saya adalah
sebagai HR Manager secara peribadi dan ianya langsung tidak mengambarkan prinsip-prinsip syarikat atau mana-mana
institusi.
The post Cara Nak ‘Pikat’ Oh Begini pikat Interviewer & 6 Lagi Tips Kerja HR Ini Kongsikan Untuk Korang! appeared first on CARA NAK.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://caranak.info/2018/09/17/cara-nak-pikat-oh-begini-pikat-interviewer-6-lagi-tips-kerja-hr-ini-kongsikan-untuk-korang/