Streram Kekal Calon Ph Di Prk Rantau


Haspaizi Zain
Diterbitkan Hari ini 5:50 petang


PRK RANTAU l Pakatan Harapan (PH) kekal mencalonkan Dr S Streram di PRK DUN Rantau.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini.

Selain faktor dinafikan hak untuk bertanding pada PRU lalu, Anwar berkata pemilihan semula Streram juga atas sebab kelayakan akademik dan rekod kerjanya di sana.

"Kita memutuskan seorang tokoh (Streram) yang mempunyai kelayakan akademik dan berpengalaman sebagai penyelaras DUN Rantau," katanya.

Streram merupakan pakar bius di sebuah pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan.

Beliau yang merupakan timbalan ketua cabang PKR Rembau sepatutnya bertanding di situ pada PRU ke-14, tetapi dihalang menghantar borang pencalonan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia menyebabkan pemangku presiden Umno Mohamad Hassan menang tanpa bertanding.
Pada Nov lalu Mahkamah Khas Pilihan Raya kemudian mengisytiharkan kemenangan itu tidak sah dan terbatal, serta mengarahkan pilihan raya semula diadakan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata keputusan mencalonkan kembali Streram telah dibincangkan di peringkat parti dan majlis pimpinan PH.

Katanya lagi, PKR tidak mahu terikut-ikut dengan "ada pihak" yang memainkan sentimen kaum dengan meletakkan calon Melayu dalam PRK itu.

"Kita juga tahu ada pihak akan guna isu kaum, isu agama untuk (pengundi) tolak calon kita," katanya lagi.

'Rantau bukan kayu ukur'

Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson berkata keputusan di Rantau nanti tak boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai sokongan rakyat terhadap PH susulan kekalahan dalam dua PRK sebelum ini - Cameron Highlands dan Semenyih.

Katanya, Rantau adalah kubu kuat Umno yang dipegang selama tiga penggal oleh Mohamad yang merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan.

"Rantau adalah kawasan MB dulu selama tiga penggal, kalau (mahu dijadikan) kayu ukur yang paling mudah adalah Port Dickson kita menang dengan majoriti besar.

"Kita akan kerja kuat walaupun kita tahu itu kawasan timbalan presiden Umno dan kubu kuat Umno," katanya lagi.

BN dijangka akan mengekalkan Mohamad sebagai calon dalam PRK itu.

Jumlah pengundi di DUN Rantau setakat 25 Feb lalu ialah 20,926, Mengikut data PRU ke-14 jumlah keseluruhan pengundi berdaftar ialah seramai 20,427.

SPR mengumumkan penamaan calon bagi PRK itu pada 30 Mac manakala hari mengundi pada 13 April ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/03/streram-kekal-calon-ph-di-prk-rantau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Rantau Dr Streram Kekal Sebagai Calon Pakatan Harapan

Prk Rantau Dr Streram Kekal Sebagai Calon Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 487 hits
PETALING JAYA Penyelaras Dewan Undangan Negeri PKR Rantau Dr S Streram dipilih sebagai calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil DUN Rantau 13 April ini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan pakar bius berkenaan dipers...
Anwar Pkr Ada Berbelas Nama Calon Prk Rantau

Anwar Pkr Ada Berbelas Nama Calon Prk Rantau

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 509 hits
MALAYSIAKINI Presiden Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim hari ini berkata partinya belum memutuskan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau daripada berbelas nama yang telah dicadangkan Anggota Parlimen Port Dickson...
Calon Bn Atau Pas Di Prk Rantau Analisa Prk Semenyih

Calon Bn Atau Pas Di Prk Rantau Analisa Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 862 hits
Siapakah yang bertanding di PRK Rantau Calon BN atau PAS Segalanya terjawab apabila PAS membuat kenyataan mengenainya Dilaporkan bahwa PAS akan meneruskan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRK DUN Rantau Malah PAS Negeri Sembilan turut me...
Kalau Ph Kekal Gaya Sekarang Lupakan Sahaja Prk Rantau Pemuda Pan

Kalau Ph Kekal Gaya Sekarang Lupakan Sahaja Prk Rantau Pemuda Pan

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Pemuda PAN memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan agar segera membuat perubahan dengan menunaikan segala janji dan menunjukkan pentadbiran yang baik Bagaimanapun jika kerajaan masih kekal dengan gaya dan kaedah pentadbi...
Prk Rantau Ujian Penting Buat Anwar Jika Boleh Letaklah Calon Melayu Lawan Bekas Mb

Prk Rantau Ujian Penting Buat Anwar Jika Boleh Letaklah Calon Melayu Lawan Bekas Mb

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 460 hits
PRK Rantau yang akan diadakan tidak lama lagi adalah ujian penting buat PKR dan Anwar Ibrahim selain tentunya kepada PH juga Setelah kalah dalam dua PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih PH sebolehnya tidak boleh kalah bua...
Prk Rantau Streram Pasrah Dipilih Atau Tidak

Prk Rantau Streram Pasrah Dipilih Atau Tidak

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 337 hits
PRK Rantau Streram pasrah dipilih atau tidak Siapa pun calon yang dipilih parti ketua cabang PRK itu akan sokong demi memastikan kemenangan PH
Umno Bn Tak Layak Dapat Undi Melayu Pas Di Prk Rantau

Umno Bn Tak Layak Dapat Undi Melayu Pas Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 420 hits
Sokongan akar umbi PAS dijangka beralih arah kepada undi protes dengan mereka tidak mengundi pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan pada pilihan raya kecil Rantau akan datang kata Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman Beliau berkat...
Lirik Lagu Luka Awie Riez

Panduan Lengkap Bina Jenama Sendiri Dalam Bisnes Makanan Delivery

Simple Beef Lasagna Recipe Pinoy

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Auto Fabrica S K100 Is Inspired By Bmw S Iconic Concept Cars

Peluang Usaha Pontianak 2026 10 Usaha Modal Minim Yang Paling Menguntungkan

Resepi Tauhu Berlauk

Kadang Kadang Pilihan Terbaik Adalah Menerima


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Revival Of Analog Horror Why Retro Scares Are Dominating Modern Pop Culture

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Tahukah Anda Air Liur

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Kedudukan Terkini Kumpulan F Dalam Kelayakan Piala Asia 2027

Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands