Prk Rantau Dr Streram Kekal Sebagai Calon Pakatan Harapan



PETALING JAYA: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) PKR Rantau, Dr S. Streram dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, 13 April ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan pakar bius berkenaan dipersetujui secara konsensus oleh Majlis Presiden PH dalam mesyuarat yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad, Sabtu lepas.

"Kami telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Presiden dengan pelbagai pandangan dikemukakan berhubung kebimbangan dan reaksi terutama reaksi orang Melayu pada masa ini,” katanya ketika mengumumkan nama calon pada sidang media, di sini hari ini.

“Tetapi pendirian saya agak konsisten dengan menekankan bahawa kita perlu tetap konsisten dengan membentangkan kes dan kedudukan kami sebagai sebuah parti mewakili semua penduduk, adil kepada semua dan sentiasa melindungi golongan miskin, yang dipinggirkan dan kurang bernasib naib dan sudah tentu termasuk orang Melayu,” katanya.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.

Pada PRU14, Mohamad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulas lanjut, Anwar berkata meskipun ada permintaan supaya calon adalah daripada orang Melayu susulan perkembangan politik semasa khususnya gabungan UMNO dan PAS namun Anggota Parlimen Port Dickson itu menegaskan pelbagai faktor telah diambil kira dalam mengekalkan calon daripada kaum India.

Ini, katanya, termasuklah jumlah pengundi kaum itu sebanyak 27 peratus selain kawasan-kawasan lain telah diwakili oleh orang Melayu termasuk di Parlimen Port Dickson yang dahulu diwakili kaum India kini diwakili beliau sendiri.

"Kita telah bincang dengan teliti dan menekankan aspek sifat negara ini yang besar adalah Melayunya dan sudah tentunya tidak akan korban kepentingan penduduk Melayu termasuk di Rantau. Kita fikir tidak wajar kita bergelut dalam politik semata-mata kerana reaksi keadaan semasa," katanya.

Tegasnya, beliau mahu PH kekal dengan prinsip keadilan untuk semua kaum dan tidak terpengaruh dengan politik perkauman.

Ditanya sama ada PRK ini akan jadi kayu pengukur kepada sokongan masa hadapan rakyat kepada PH selepas dua kekalahan berturut-turut di PRK Cameron Highlands dan Semenyih, beliau berkata: "Kayu pengukur paling munasabah ialah Port Dickson, orang kadang-kadang dia terlupa, kita menang Balakong, Seri Setia, Sungai Kandis dan menang besar di Port Dickson, semua itu tak dipandang."

Anwar turut mengumumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, sebagai Pengarah PRK DUN Rantau bagi PH.

SPR menetapkan PRK DUN Rantau diadakan pada 13 April manakala penamaan calon pada 30 Mac ini. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/03/prk-rantau-dr-streram-kekal-sebagai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Streram Kekal Calon Ph Di Prk Rantau

Streram Kekal Calon Ph Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 302 hits
Diterbitkan Hari ini 5 50 petangPRK RANTAU l Pakatan Harapan kekal mencalonkan Dr S Streram di PRK DUN Rantau Perkara itu diumumkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini Selain fakt...
Mukhriz Pakatan Harapan Tak Ambil Mudah Prk Dun Rantau

Mukhriz Pakatan Harapan Tak Ambil Mudah Prk Dun Rantau

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 390 hits
KOTA BHARU Pakatan Harapan tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir Beliau berkata PH bakal berdepan saingan daripada UM...
Rantau Harapan Kepada Percaturan Anwar Sekaligus Menunjukan Kepimpinan Sebagai Pm In Waiting

Rantau Harapan Kepada Percaturan Anwar Sekaligus Menunjukan Kepimpinan Sebagai Pm In Waiting

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 313 hits
Penyatuan PAS UMNO mempercepatkan lagi pengukuhan BERSATU di Sabah dan akan berlaku di tempat lain
Prk Rantau Ujian Penting Buat Anwar Jika Boleh Letaklah Calon Melayu Lawan Bekas Mb

Prk Rantau Ujian Penting Buat Anwar Jika Boleh Letaklah Calon Melayu Lawan Bekas Mb

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 399 hits
PRK Rantau yang akan diadakan tidak lama lagi adalah ujian penting buat PKR dan Anwar Ibrahim selain tentunya kepada PH juga Setelah kalah dalam dua PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih PH sebolehnya tidak boleh kalah bua...
Pakatan Harapan Kekal Wujud Selagi Tun Mahathir Ada

Pakatan Harapan Kekal Wujud Selagi Tun Mahathir Ada

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 295 hits
Antara Janji Harapan Realiti Kerajaan PH bersama Tan Sri Annuar Musa Setiausaha Agung UMNO dalam Diskusi N24 Semenyih tonton penuh https www facebook com mediaumnomalaysia videos 830229583976829 Layari www umno online my Ikuti Facebook Twit...
Calon Bn Atau Pas Di Prk Rantau Analisa Prk Semenyih

Calon Bn Atau Pas Di Prk Rantau Analisa Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 801 hits
Siapakah yang bertanding di PRK Rantau Calon BN atau PAS Segalanya terjawab apabila PAS membuat kenyataan mengenainya Dilaporkan bahwa PAS akan meneruskan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRK DUN Rantau Malah PAS Negeri Sembilan turut me...
Prk Semenyih Pakatan Harapan Zalim Apabila Tukar Pengarah Jakoa 24 Jam Selepas Kalah Prk Cameron Highlands

Prk Semenyih Pakatan Harapan Zalim Apabila Tukar Pengarah Jakoa 24 Jam Selepas Kalah Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 1622 hits
Dalam satu program di PDM Hulu Semenyih Dato Sri Najib mendedahkan seorang Pengarah JAKOA ditukarkan selepas PH kalah Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands Beliau berucap kepada hampir 800 orang dalam program bersama Pengundi Hulu Semeny...
Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Levels Of Investments

3 Cara Menghilangkan Objek Di Foto Tanpa Install Program Atau Aplikasi Dulu

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bezakan Goiter Dan Cyst Di Kelenjar Tiroid Perlu Makan Ubat Seumur Hidup Ke

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

Salam 1mei Selamat Hari Pekerja

Insurance For Young Drivers Navigating The Road To Affordable Coverage

Navigating Insurance In Miramar Beach Fl Protecting Your Coastal Lifestyle

Maximizing Power Bi Performance Proven Techniques For Faster Smarter Dashboards