Umno Bn Tak Layak Dapat Undi Melayu Pas Di Prk Rantau



Sokongan akar umbi PAS dijangka beralih arah kepada undi protes dengan mereka tidak mengundi pemangku Presiden Umno, Mohamad Hasan pada pilihan raya kecil Rantau akan datang, kata Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman.

Beliau berkata ini kerana akar umbi PAS kecewa dengan hubungan rapat pemimpin mereka dengan Umno, yang pernah menjadi musuh utama parti Islam itu.

"Akar umbi PAS yang sekian lama mendukung prinsip perjuangan menolak kebobrokan Umno dan BN kini berada dalam keadaan keliru dan tertekan dengan kehendak pimpinan mereka yang mahukan kerjasama politik bersama Umno.

"Sedangkan prinsip yang dipegang oleh akar umbi PAS sekian lama adalah menolak Umno.

"Keyakinan akar umbi PAS semakin terhakis apabila PAS menarik balik saman terhadap portal Sarawak Report yang mengaitkan PAS menerima sejumlah wang dari Umno,” katanya seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini.

Syed Badli berkata beliau yakin sebahagian besar penyokong dan akar umbi PAS yang masih kekal bersama prinsip yang dibawa oleh Allahyarham Nik Aziz Nik Mat akan menolak kerjasama Umno dengan PAS.

"Umno kini berada dalam keadaan yang amat terdesak sehingga terpaksa memperalatkan PAS dengan dakyah penyatuan Melayu demi mengukuhkan kembali kedudukan Umno yang sedang nazak.

"Justeru, saya yakin akar umbi PAS khususnya di Rantau akan menolak Umno sebagai tanda protes terhadap kerjasama Umno PAS,” katanya.

PAS dan Umno rasmi 'bersanding' pada 5 Mac lalu selepas kerjasama mereka terbukti berjaya pada pilihan raya kecil di Cameron Highlands dan Semenyih.

Sementara itu, Rantau adalah kerusi negeri majoriti Melayu dengan sejumlah besar pengundi Cina dan India.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohamad diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas Suruhanjaya Pilihan Raya menghalang lawannya dari PKR, Dr S Streram, daripada mengemukakan kertas pencalonannya.

Streram kemudiannya memfailkan petisyen pilihan raya dan mahkamah memerintahkan supaya pilihan raya kecil diadakan. Pakatan Harapan sekali lagi akan mencalonkannya di kerusi itu pada pilihan raya 13 April nanti.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.utaranews.com/2019/03/umnobn-tak-layak-dapat-undi-melayu-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Rantau Akar Umbi Pas Tak Undi Umno

Prk Rantau Akar Umbi Pas Tak Undi Umno

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 704 hits
PRK Rantau semakin hangat dibibir pembicara politik sama ada dari pembangkang atau kerajaan Sehari dua ni heboh pula dibualkan kononya akar umbi Pas tidak akan undi calon BN kerana kecewa dengan dasar pusing terbalik Pas terhadap Umno Beber...
Prk Rantau Jawatankuasa Pilihanraya Ph Akan Bersidang Muhyiddin

Prk Rantau Jawatankuasa Pilihanraya Ph Akan Bersidang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 817 hits
Astro Awani MUHYIDDIN Jawatankuasa pilihanraya kita akan bersidang dan persediaan lain sebenarnya sudah dimulakan di negeri dan kawasan Gambar fail PUTRAJAYA Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan akan bersidang bagi menentukan sebarang k...
Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 387 hits
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama politik yang sedang digembleng UMNO dan PAS seolah olah cubaan untuk mengasingkan Melayu dan kaum lain Kerjasama diantara UMNO dan PAS itu juga di...
Prk Rantau Ujian Penting Buat Anwar Jika Boleh Letaklah Calon Melayu Lawan Bekas Mb

Prk Rantau Ujian Penting Buat Anwar Jika Boleh Letaklah Calon Melayu Lawan Bekas Mb

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 395 hits
PRK Rantau yang akan diadakan tidak lama lagi adalah ujian penting buat PKR dan Anwar Ibrahim selain tentunya kepada PH juga Setelah kalah dalam dua PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih PH sebolehnya tidak boleh kalah bua...
Penyatuan Ummah Yang Di Gerakkan Umno Dan Pas Beri Menafaat Pada Semua Bukan Hanya Pada Masyarakat Melayu Islam Saja

Penyatuan Ummah Yang Di Gerakkan Umno Dan Pas Beri Menafaat Pada Semua Bukan Hanya Pada Masyarakat Melayu Islam Saja

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 470 hits
UMNO dan Pas mencapai kata sepakat untuk bersetuju menjalinkan kerjasama secara formal antara kedua2 parti bagi menghadapi Pakatan Harapan dalam setiap PRK dan juga PRU 15 yang akan datang Pengerusi bersama Jawatankuasa Induk UMNO dan Pas D...
Label Umno Pas Taliban Dap Hanya Jejaskan Sokongan Melayu Pada Ph

Label Umno Pas Taliban Dap Hanya Jejaskan Sokongan Melayu Pada Ph

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 394 hits
Diterbitkan Hari ini 8 58 malam Tindakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama Umno dan PAS dengan Taliban akan menghakiskan lagi sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan kata penganalisis politik Pensyarah Universiti...
Akar Umbi Pas Yang Berpegang Prinsip Nik Aziz Tak Akan Undi Umno

Akar Umbi Pas Yang Berpegang Prinsip Nik Aziz Tak Akan Undi Umno

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 464 hits
Syed Badli Shah berkata akar umbi PAS kecewa dengan hubungan rapat pemimpin mereka dengan Umno
Pas Dan Umno Yang Memperjuangkan Islam Dan Melayu Itulah Penunggang Agama Kata Menteri

Pas Dan Umno Yang Memperjuangkan Islam Dan Melayu Itulah Penunggang Agama Kata Menteri

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 504 hits
BANGI Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyifatkan cadangan Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan atas isu penghinaan Nabi Muhammad sebagai sesuatu yang bersifat politik dan menungg...
Dugaan Pagi Khamis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Beza Term Deposit I Dengan Saving Pot Aeon Bank

Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap