Prk Rantau Ujian Penting Buat Anwar Jika Boleh Letaklah Calon Melayu Lawan Bekas Mb



Shahbudin Husin4 March 2019Politik Semasa46 Comments


PRK Rantau yang akan diadakan tidak lama lagi adalah ujian penting buat PKR dan Anwar Ibrahim, selain tentunya kepada PH juga.Setelah kalah dalam dua PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih, PH sebolehnya tidak boleh kalah buat kali yang ketiga.Jika kekalahan menimpa tiga kali berturut-turut kepada PH, ia bukan saja alamat tidak baik kepada kerajaan dalam menghadapi tahun-tahun mendatangnya, malah dalam masa yang sama akan melonjakkan lagi semangat UMNO dan Pas yang baru memulakan kerjasama mereka.Oleh kerana di Rantau ini yang bertanding adalah PKR, bermakna parti itu tidak boleh memandang ringan mengenainya, terutamanya berhubung pemilihan calon.Walaupun calon PKR sebelum ini iaitu S Streram tentunya mahu bertanding semula menguji kekuatannya untuk berdepan dengan Mohamad Hassan berikutan dalam PRU14 lalu beliau dihalang mengemukakan borang pencalonannya kerana ketiadaan pas masuk, tetapi suasana antara dulu dengan sekarang sudah banyak berubah.Berdasarkan arus perubahan dalam PRU14 lalu, kalau pun tidak menang, Streram barangkali mampu memberi cabaran sengit kepada Mohamad Hassan jika beliau dibenarkan bertanding.Tetapi dengan berlakunya pelbagai perubahan dalam politik negara, terutama selepas tragedi rusuhan kuil di Subang dan inkues kematian seorang anggota bomba dalam peristiwa itu masih berjalan serta bercantumnya UMNO dan Pas, meletakkan semula Streram mungkin mengundang lebih bahaya buat PKR dan PH.Ia secara tidak langsung memberi ruang kepada pihak BN memainkan semula sentimen kaum dan menyalahkan kerajaan bagi tujuan meraih sokongan maksimum daripada pengundi Melayu.Selain PKR harus memahami sentimen itu yang memungkinkannya lebih mudah dikalahkan, Streram sendiri harus berjiwa besar dalam hal ini.Beliau boleh mencontohi MIC yang sanggup melepaskan kerusi dalam PRK Cameron Hiighlands untuk ditandingi oleh UMNO demi semata-mata tidak mahu calonnya terkorban begitu saja.Di waktu yang sama, PRK Rantau juga adalah ujian penting kepada Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri ke-8 dan kemudian menang dengan bergaya di Port Dickson serta dipilih menjadi Presiden PKR menggantikan Dr. Wan Azizah Wan Ismail.Jika mampu menang di Rantau dengan mengalahkan Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO yang sedang menjalankan tugas-tugas Presiden, nama Anwar dengan sendirinya akan melonjak lebih tinggi.Anwar sendiri sebenarnya tiada pilihan lain selain perlu bekerja lebih keras mencari kemenangan atau setidak-tidaknya menjadikan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson dan bakal Perdana Menteri merupakan suatu kelebihan dan dihargai oleh pengundi-pengundi Rantau.Untuk itu, PKR sebaik-baiknya mesti meletakkan calon Melayu untuk memberi kelebihan kepadanya di Rantau ini. Bertambah lagi kelebihan itu jika calon yang dipilih itu seorang yang ada nama dan dikenali ramai.Untuk berlawan dengan Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan serta sudah beberapa penggal menjadi Adun di kawasan itu, PKR tidak boleh sekadar meletakkan orang yang biasa-biasa saja sebagai calonnya.Di waktu yang sama, jika Streram tidak dipilih sebagai calon, jangan pula beliau diketepikan begitu saja. Beliau harus diberi peranan mendekati dan menarik sokongan pengundi kaum India yang merangkumi 27 peratus jumlahnya.Dengan semua pihak saling memahami dan sedia berkorban, tiada sebab PH tidak boleh menang di Rantau nanti. (Shahbudindotcom 04/03/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/prk-rantau-ujian-penting-buat-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Pkr Ada Berbelas Nama Calon Prk Rantau

Anwar Pkr Ada Berbelas Nama Calon Prk Rantau

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 396 hits
MALAYSIAKINI Presiden Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim hari ini berkata partinya belum memutuskan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau daripada berbelas nama yang telah dicadangkan Anggota Parlimen Port Dickson...
Prk Rantau Dr Streram Kekal Sebagai Calon Pakatan Harapan

Prk Rantau Dr Streram Kekal Sebagai Calon Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 412 hits
PETALING JAYA Penyelaras Dewan Undangan Negeri PKR Rantau Dr S Streram dipilih sebagai calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil DUN Rantau 13 April ini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan pakar bius berkenaan dipers...
Calon Bn Atau Pas Di Prk Rantau Analisa Prk Semenyih

Calon Bn Atau Pas Di Prk Rantau Analisa Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 783 hits
Siapakah yang bertanding di PRK Rantau Calon BN atau PAS Segalanya terjawab apabila PAS membuat kenyataan mengenainya Dilaporkan bahwa PAS akan meneruskan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRK DUN Rantau Malah PAS Negeri Sembilan turut me...
Prk Rantau Pkr Berdepan Isu Rusuhan Kuil Kebangkitan Melayu Menolak Cara Tadbir Ph

Prk Rantau Pkr Berdepan Isu Rusuhan Kuil Kebangkitan Melayu Menolak Cara Tadbir Ph

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 345 hits
PRK Rantau yang akan diadakan tidak lama lagi adalah ujian penting buat PKR dan Anwar Ibrahim selain tentunya kepada PH juga Setelah kalah dalam dua PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih PH sebolehnya tidak boleh kalah bua...
Prk Rantau Sesiapa Pun Boleh Menang Best Man Win Mohamad Hasan

Prk Rantau Sesiapa Pun Boleh Menang Best Man Win Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 620 hits
KUALA LUMPUR 5 Mac 8211 Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau akan bertanding dan berpolitik secara matang bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau di Pilihan Ray...
Ph Bincang Calon Yang Sesuai Untuk Prk Rantau

Ph Bincang Calon Yang Sesuai Untuk Prk Rantau

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 238 hits
SEMENYIH Pakatan Harapan akan berbincang dalam masa terdekat mengenai calon yang sesuai untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau Negeri Sembilan Naib Presiden PH Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan gabungan itu akan m...
Letak Calon Boleh Menang Di Rantau Kata Kata Aminuddin

Letak Calon Boleh Menang Di Rantau Kata Kata Aminuddin

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 262 hits
Letak calon boleh menang di Rantau kata kata Aminuddin Dikemas kini 44 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 20 Feb 2019 8
Prk Rantau Kemiskinan Pengabaian Rakyat Pendekatan Kempen Ph Kata Anwar

Prk Rantau Kemiskinan Pengabaian Rakyat Pendekatan Kempen Ph Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 450 hits
DALIA ISMAIL Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dengan barisan jawatankuasa jentera pilihan raya yang akan memimpin kempen di seluruh negari bag memastikan calon PH Dr S Stream menang dalam Pilihan Raya Kecil Dun Rant...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn