Strategi Pemuda Pas Dekati Bukan Melayu Belajar Mandarin Bercakap Tamil


malaysiakini.com
Hariz Mohd & N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Sep 12, 2024 12:51 PM
MUKTAMAR PAS l Pemuda PAS mahu anggotanya supaya mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil bagi membantu parti itu mendekatkan diri dengan masyarakat bukan Melayu.

Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata kebolehan bertutur dalam bahasa vernakular itu penting untuk menarik sokongan bukan Melayu.
“... usaha untuk menarik sokongan rakan-rakan bukan Melayu atau bukan Islam ini tidak boleh hanya dilonggokkan kepada LPN (lajnah perpaduan nasional PAS) sahaja. LPN hanya lajnah. Kapasitinya dan sumber tenaga manusianya terhad.

“Agenda perpaduan ini adalah agenda PAS, agenda Pemuda PAS. Semua pihak di dalam Pemuda PAS mesti menumpukan usaha bersama bagi menjayakan halatuju ini.

“Jika perlu ada kelas belajar bahasa Mandarin, belajar. Jika perlu bercakap Tamil, silakan.

“(Ini) kerana dengan kita masih bercakap dalam bahasa yang bukan bahasa Melayu, dia boleh menjadi satu alat atau satu mekanisme untuk mendekatkan kita dengan mereka untuk berkomunikasi,” katanya kepada perwakilan Pemuda PAS pada muktamar di Temerloh, Pahang pagi tadi.

Malam semalam, pada sidang media selepas merasmikan muktamar Pemuda PAS, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata halangan bahasa adalah faktor utama yang menyebabkan rakyat berpecah belah.
Katanya apabila “orang Cina cakap Cina, orang Melayu tak faham, jadi akan timbul buruk sangka, kerana mereka tidak memahami bahasa itu.

Dalam ucapan dasar hari ini, Afnan Hamimi yang juga ahli Parlimen Alor Setar turut mengingatkan anggota sayap itu supaya menghapuskan stigma bahawa semua pengundi bukan Melayu menyokong DAP.

Katanya, pemikiran sedemikian adalah salah dan mereka harus sedar terdapat ramai bukan Melayu yang tidak menyokong DAP atau Pakatan Harapan.

“Kita kena hapuskan stigma yang mengatakan, kalau pengundi bukan Melayu, tentu akan sokong DAP, akan sokong PH. Tak betul. Bukan begitu cara kita berfikir.

“Kita kena sedar, ada ramai juga pengundi bukan Melayu yang sebenarnya tidak bersama DAP atau PH. Bahkan, terdapat sebilangan mereka yang berani berterus terang meluahkan ketidakpuasan hati mereka kepada DAP melalui video di dalam Tik Tok. Video itu pula dalam Bahasa Melayu. Ya, Mereka fasih berbahasa Melayu.
“Tak seperti seorang dua menteri di Parlimen yang dia sendiri tak faham apa yang dia cakap. Betul-betul kong kali kong,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/strategi-pemuda-pas-dekati-bukan-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pas Terbuka Bekerjasama Dengan Umno Sekiranya Parti Itu Keluar Kerajaan Perpaduan

Pemuda Pas Terbuka Bekerjasama Dengan Umno Sekiranya Parti Itu Keluar Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 198 hits
TEMERLOH PAS secara terbuka bersedia bekerjasama dengan UMNO sekiranya parti Melayu terbesar itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan Ketua Dewan Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata kerjasama itu bukan sahaja dengan UMNO tetapi jug...
Ura Pas Dedah Empat Isu Ancam Melayu Bandar

Ura Pas Dedah Empat Isu Ancam Melayu Bandar

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 266 hits
harakahdaily comSeptember 4 2024Akta Pembaharuan Semula BandarDatuk Amzad mendedahkan ancaman kepada Melayu bandarHANG TUAH JAYA Akta Pembaharuan Semula Bandar yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan ...
Desak Pm Berundur Pemuda Pas Umpama Jantan Tak Cukup Sifat Kata Mkt Umno

Desak Pm Berundur Pemuda Pas Umpama Jantan Tak Cukup Sifat Kata Mkt Umno

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 153 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 13 2024 1 13 PMSeorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno hari ini tampil mempertahankan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dikecam dan didesak supaya meletakkan jawatan semasa mesyuarat Muktamar Pemuda PAS di ...
Pemuda Pas Lulus Usul Gesa Anwar Letak Jawatan

Pemuda Pas Lulus Usul Gesa Anwar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 219 hits
malaysiakini comMUKTAMAR PAS l Pemuda PAS hari ini meluluskan usul bagi mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatannya atau diturunkan dengan kadar segera Usul tersebut dibawa dan dibentangkan perwakilan Pemuda PAS Kawasan Tam...
Racun Apa Tu Pemuda Pas Punya Usul Kah Kah Kah Hapa Pun Tak Dak

Racun Apa Tu Pemuda Pas Punya Usul Kah Kah Kah Hapa Pun Tak Dak

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 234 hits
kata soalan berhubung cadangan perwakilan Pemuda PAS yang menyarankan untuk raih undi tu sebagai Racun apanya Sanusi oi Cadangan tu datangnya dari perwakilan Pemuda sendiri Ini bukan yang dijadikan isu Bila perawkilan cakap bererti ia Kalau...
Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 446 hits
Gambar sekadar hiasan 3 214 hektar Tanah Rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah Published 2 years ago on January 3 20231 Tanah aset Melayu akan jadi milik bukan Melayu TEMERLOH...
Siapa Orang Kerajaan Madani Yang Dihantar Berjumpa Pas

Siapa Orang Kerajaan Madani Yang Dihantar Berjumpa Pas

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 189 hits
Mursyidul Am Pas Hashim Jasin mengsahkan terdapat usaha daripada pihak tertentu yang ingin mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Malah katanya perkara itu ada dibangkitkan pada Maj...
Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

New Electricity Tariff Rates Will Malaysians Continue To Be Burdened

Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

Rentak Dua Hati

Atasi Masalah Lalat Di Dapur Guna Air Rendaman Kulit Pisang

Monolog

Dalai Lama Umum Pelan Penjelmaan Semula Saya Akan Dilahirkan Semula Di Dunia Bebas

Dasar Pendidikan Menengah Wajib Maksud Kepentingannya