Ura Pas Dedah Empat Isu Ancam Melayu Bandar


harakahdaily.comSeptember 4, 2024
Akta Pembaharuan Semula Bandar
Datuk Amzad mendedahkan ancaman kepada Melayu bandar
HANG TUAH JAYA: Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dibimbangi akan mengancam orang Melayu yang menghuni bandar.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat,
Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, terdapat empat isu hak orang Melayu berkaitan akta baharu tersebut yang memerlukan itu untuk sensitif dan wajar berasa bimbang.

Empat isu itu menurut beliau, pertama berkenaan dengan pelanggaran hak milik; kedua, penindasan golongan majoriti; ketiga kesan sosial yang negatif dan keempat pula ia mungkin boleh menyebabkan penindanan kepada akta-akta sudah sedia ada.

“Kadang-kadang kita orang Melayu ni merasa bangga dengan gah pembangunan banyak, kedai banyak supermarket, megamall dan sebagainya tapi orang Melayu duduk kat mana?

“Di mana kepentingan kita? Adakah kita semakin terpinggir? Adakah kita dipelihara dari segi kedudukan kita?” soal beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Ujar beliau, kerana itu orang-orang Melayu harus menilai dengan teliti kesan akta ini terhadap masyarakat Melayu bandar terutama dari segi hak milik tanah, pegangan ekuiti dan kedudukan sosioekonomi mereka.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Seminar Penerangan Akta Pembangunan Semula Bandar Peringkat Negeri Melaka di Dewan Mua’alim Tuan Guru Haji Abdul Wahid, Bukit Katil, anjuran Lajnah tersebut, di sini malam tadi.

Jelas Amzad, isu pertama ialah berkenaan dengan pelanggaran hak milik iaitu berkaitan dengan keperluan untuk kerajaan mendapatkan ambang persetujuan 100 peratus yang bakal dikurangkan dengan akta baharu itu.

“Sebarang pembangunan semula yang tidak mendapat persetujuan 100 peratus pemilik rumah adalah melanggar Perkara 13 Perlembagaan Negara yang menjamin hak setiap warganegara untuk memiliki harta.

“Dalam hal ini hak asas pemilik mestilah dilindungi terutama bagi orang Melayu yang sudah lama menetap di dalam kawasan bandar,” tegas beliau.

Isu kedua menurutnya, berkaitan penindasan golongan majoriti yang bakal berlaku di kawasan bandar kerana hampir di semua kawasan bandar, Melayu adalah minoriti akan tertindas dengan pengurangan peratus ambang persetujuan itu.

“Yang memiliki hak di dalam memberi kata setuju di dalam pembangunan semula bandar ini. Jika ambang persetujuan hanya memerlukan 75 peratus, maka 25 peratus yang menjadi minoriti ini yang tidak bersetuju akan dipaksa menyerahkan rumah mereka.

“Ini adalah bentuk penindasan yang disebut sebagai ‘tyranny of majority’,” katanya
Dato’ Iskandar menyampaikan pembentanganMalah kata beliau, perkara itu adalah sesuatu yang sedang dirasai oleh Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional di mana kini pembangkang di Parlimen iaitu sering diperlakukan secara tidak adil oleh PH-BN selaku majoriti.

Perkara ketiga, jelas beliau adalah berkaitan kesan sosial negatif yang akan melanda golongan Melayu bandar sekiranya akta itu dikuatkuasakan.

“Pembangunan semula ini mungkin akan memaksa ramai orang Melayu termasuk yang berpendapatan rendah ataupun sudah bersara untuk berpindah dari kediaman asal mereka.

“Ini memberikan kesan yang negatif kepada komuniti kepada Melayu bandar yang mungkin tidak mampu mencari penggantian rumah yang setara ataupun yang lebih baik,” katanya.

Tambahnya, peningkatan kepadatan penduduk juga akan menjejaskan kualiti hidup secara drastik, khususnya dalam kalangan orang Melayu.

Sementara isu keempat pula kata Amzad, akta baharu itu mungkin boleh menyebabkan penindanan kepada akta-akta yang sudah sedia ada.

Kata beliau lagi, proses pembaharuan semula bandar itu sebelum ini juga pernah berlaku di mana sudah ada 17 akta sedia ada yang mencukupi untuk mengurus pembangunan semula.

Menurut beliau, ia termasuk Akta Pengambilan Tanah 1960, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, di mana akta-akta ini telah berjaya digunakan di dalam pelbagai projek pembangunan yang berskala besar sebelum ini.

“Berdasarkan kepada keempat-empat kebimbangan ini, baru-baru ini Persatuan Kebajikan Kelestarian Komuniti Kuala Lumpur yang mewakili 61 persatuan penduduk termasuk enam NGO dan satu institusi pengajian tinggi telah mengeluarkan satu surat meluahkan kebimbangan berhubung dengan perkara-perkara saya sebutkan.

“Surat ini telahpun sampai kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri KPKT sebagai membantah pembentangan akta ini. Mereka juga meluahkan hujah-hujah dan kebimbangan yang sama yang saya sebutkan tadi,” ujarnya.

Turut berucap di dalam seminar tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail yang juga Ahli Parlimen Jasin.

Dua pembentang kertas kerja telah membentangkan kertas kerja mereka di dalam seminar tersebut iaitu mantan Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Iskandar Abd Samad dan Penyelidik, Penulis dan Ahli Persatuan Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman.

Sementara Sr Mohd Safiee Junun yang merupakan mantan Pegawai Teknikal Kanan di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Selangor Darul Ehsan bertindak sebagai moderator.

Turut hadir ialah Pengerusi Perikatan Nasional Melaka yang juga ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub dan Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin.

Juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa.

Peserta seminar melibatkan pimpinan-pimpinan PAS, BERSATU dan beberapa NGO berkaitan di mana ahli-ahli Umno turut dijemput di dalam seminar itu. Para peserta seminar
– HARAKAHDAILY 4/9/2024

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/ura-pas-dedah-empat-isu-ancam-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Geng Pas Tidak Bersetuju Istihar Harta Isu Terkait Mou Peruntukan Mp Pe

Geng Pas Tidak Bersetuju Istihar Harta Isu Terkait Mou Peruntukan Mp Pe

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 109 hits
Memorandum persefahaman berhubung peruntukan Ahli Parlimen pembangkang mengandungi syarat syarat pelik termasuk wakil rakyat perlu mengisytiharkan harta dan menyatakan sokongan kepada kerajaan sehingga tamat penggal Parlimen menurut Perikat...
Institusi Raja Tidak Sepatutnya Diheret Dengan Tohmahan Berkaitan Isu Politik Sultan Selangor

Institusi Raja Tidak Sepatutnya Diheret Dengan Tohmahan Berkaitan Isu Politik Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 129 hits
Institusi Raja tidak sepatutnya diheret dengan tohmahan dan fitnah yang berkaitan dengan isu politik titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Berikutan itu baginda menyeru seluruh rakyat untuk sama sama bertanggungjawab mengharmo...
Video Kpk Kirim Pejabat Gratifikasi Telurusi Isu Jet Pribadi Erina Gudono Kaesang Ke As

Video Kpk Kirim Pejabat Gratifikasi Telurusi Isu Jet Pribadi Erina Gudono Kaesang Ke As

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 92 hits
Alexander Marwata buka suara terkait isu jet pribadi diduga digunakan putra bungsu Presiden Jokowi Kaesang Pangarep bersama sang istri Erina Gudono
Hiburan Tak Rasa Ada Isu Pun Saya Ada Dua Lagi Kuota Menteri Besar Kedah Sanusi Kini Beristeri Dua

Hiburan Tak Rasa Ada Isu Pun Saya Ada Dua Lagi Kuota Menteri Besar Kedah Sanusi Kini Beristeri Dua

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 175 hits
Menteri Besar Kedah membuat pengakuan bahawa dirinya kini sudah beristeri dua dan wanita itu merupakan seorang anggota polis Hal yang menarik adalah isteri pertama Sanusi iaitu Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh sendiri yang meninangkan ister...
Serangan Fitnah Cytro Pro Pembangkang Soalan Isu Gst Ini Jawapan Pmx Di

Serangan Fitnah Cytro Pro Pembangkang Soalan Isu Gst Ini Jawapan Pmx Di

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 147 hits
Pejabat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan satu poster tular mendakwa menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu meminta pesawah berjimat cermat menggunakan baja Dalam satu hantaran di Facebook kementerian itu menegaskan bahaw...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti