Pemuda Pas Lulus Usul Gesa Anwar Letak Jawatan


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali & Hariz Mohd
Diterbitkan: Sep 12, 2024 6:34 PM
MUKTAMAR PAS l Pemuda PAS hari ini meluluskan usul bagi mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatannya atau diturunkan dengan kadar segera.

Usul tersebut dibawa dan dibentangkan perwakilan Pemuda PAS Kawasan Tambun, Abdul Abidi Mohd Maznan yang kemudiannya dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara.

Dalam pembentangannya Abdul Abidi antara lain berkata tujuan usul tersebut bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat, dan negara perlu memiliki kepimpinan baharu yang benar-benar kompeten serta mempunyai akauntabiliti untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Jelasnya, sudah cukup tempoh selama dua tahun diberikan kepada kepimpinan Anwar untuk melaksanakan dasar dan janji yang selama ini mereka laungkan.

“Namun, setakat ini satu persatu janji manis dilanggar. Bukan itu sahaja, kepimpinan PMX (perdana menteri ke-10) tidak pernah cuba menjadi kerajaan yang matang dan bertanggungjawab dalam mentadbir.

“Sikap kepura-puraan dalam mentadbir serta keengganan mengambil tanggungjawab terhadap masalah ekonomi dihadapi negara menyebabkan rakyat makin meluat dengan pentadbiran PMX,” katanya pada sesi pembentangan usul Muktamar Pemuda PAS ke-65 di Kerdau, Temerloh, hari ini.

Abdul Abidi turut mengemukakan empat asas pertimbangan isu membabitkan usul berkenaan.

Pertama katanya kerana kegagalan Anwar melunaskan janji-janji yang dilaungkan semasa kempen PRU dahulu.
“Kedua kegagalan PMX dalam menghapuskan rasuah, malah melepaskan perasuah dan diangkat sebagai orang kanan beliau.

“Ketiga, kegagalannya menyelesaikan isu kos sara hidup yang membebankan rakyat dari hari ke hari dan terakhir penindasan yang dilakukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang dengan menafikan peruntukan,” jelasnya.

Perwakilan Pemuda PAS dari Pokok Sena, Hamadah Syauqi kemudian tampil menyokong usul yang mendesak Anwar supaya segera berundur.

“Kita bagi tempoh kepada beliau wahai ketua pemuda, kalau sebulan dia tak letak, dua bulan dia tak letak, setahun dia tak letak, kita akan memimpin kebangkitan rakyat turun ke jalan raya,” katanya.

Selain itu, usul lain turut diluluskan dalam muktamar agung tahunan tersebut membabitkan cadangan sejarah Palestin diangkat sebagai silibus dalam sistem pendidikan di bawah PAS.

Pemuda PAS turut menerima usul tergempar mengutuk campur tangan DAP dalam urusan umat Islam dan ia kemudiannya diluluskan sebulat suara.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/pemuda-pas-lulus-usul-gesa-anwar-letak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulama Pas Lulus Usul Sijil Halal Ikut Kategori Mula Di Sg4

Ulama Pas Lulus Usul Sijil Halal Ikut Kategori Mula Di Sg4

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 355 hits
freemalaysiatoday com13 Sep 2024 07 37 PMKategori itu antaranya restoran hotel restoran francais restoran pasar raya kedai roti dan kek Perwakilan ulama dalam Muktamar Dewan Ulama PAS kali ke 63 di Kompleks Imam As Syafie Jerantut JERANTUT ...
Racun Apa Tu Pemuda Pas Punya Usul Kah Kah Kah Hapa Pun Tak Dak

Racun Apa Tu Pemuda Pas Punya Usul Kah Kah Kah Hapa Pun Tak Dak

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 292 hits
kata soalan berhubung cadangan perwakilan Pemuda PAS yang menyarankan untuk raih undi tu sebagai Racun apanya Sanusi oi Cadangan tu datangnya dari perwakilan Pemuda sendiri Ini bukan yang dijadikan isu Bila perawkilan cakap bererti ia Kalau...
Pengarah Jakoa Pahang Letak Jawatan Dalam Oraco Kerana Di Bantah Masyarakat Orang Asli

Pengarah Jakoa Pahang Letak Jawatan Dalam Oraco Kerana Di Bantah Masyarakat Orang Asli

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Aktivis Orang Asli Zurdi Baharu mendakwa pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pahang Orang Asli Corporation selepas ketegangan memuncak antara syarikat milik kerajaan Paha...
Dok Kutuk Soh Letak Jawatan Jaga Kawasan Parlimen Pun Fak Lepas Lagi

Dok Kutuk Soh Letak Jawatan Jaga Kawasan Parlimen Pun Fak Lepas Lagi

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 381 hits
Terbaik Kerajaan Madani Tapi ada satu benda pelik Mcm ni pun ada yg nk suh PM letak jwtn
Anwar Dap Punca Pas Enggan Sertai Kerajaan

Anwar Dap Punca Pas Enggan Sertai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 381 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 30 2024 Ketika muncul khabar mengatakan PAS ada membincangkan cadangan menyertai kerajaan perpaduan pemimpin tertinggi parti itu dipetik lidah rasminya sebagai sedang memilih langkah sebaliknya Menurut Mursyi...
Not Doing That Again Pas Spiritual Leader Says Party Won T Join Unity Government Over Dap Anwar

Not Doing That Again Pas Spiritual Leader Says Party Won T Join Unity Government Over Dap Anwar

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 440 hits
PAS will not work with former ally DAP again the party s spiritual leader Datuk Hashim Jasin said to reject a purported invitation for the Islamist party to join the national unity government According to PAS mouthpiece HarakahDaily he call...
Keputusan Rasmi Prn Sabah Kali Ke 17 2025

Kenapa Padi Sentral Homestay Sekinchan Wajib Masuk Wishlist Percutian Anda

Prn Sabah Pandikar Amin Isteri Kalah Couplegoals

Rahsia Di Sebalik Tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia Analisis Grafologi

Cara Membuat Yogurt Sendiri Hanya Butuh 2 Bahan Ini

Menjaga Keseimbangan Memahami Keputusan Masa Penuh Dalam Kehidupan

Pas Menang Kerana Personaliti Aliakbar Sokongan Akar Umbi

5 Kesilapan Pengeluaran Kwsp Selepas Umur 55 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tiket Sehala Survival Thriller Baharu Angkat Kisah Benar Mangsa Penipuan Kerja Luar Negara

Cara Selamatkan Data Sebelum Smartphone Rosak

Ikan Bakar Terangkat Sungai Merab Kajang Where Fresh Grilled Seafood Meets Authentic Malaysian Flavors

Juara Carta Muzik Muzik Paling Lama No 1

Prn Sabah 2025 Siapa Yang Untung Siapa Yang Rugi

Surah Ad Dhuha Rumi Jawi Audio Tafsir Terjemahan