Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin


 
Gambar sekadar hiasan. 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.  Published 2 years ago on January 3, 2023
1. Tanah, aset Melayu akan jadi milik bukan-Melayu? 
TEMERLOH: Akta Pembangunan Semula Bandar (URA) yang dijangka dibentangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Sidang Parlimen pada Oktober hingga Disember nanti telah menerima bantahan rasmi PAS.

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 telah sebulat suara menolak akta yang diyakini akan menyebabkan polarisasi kaum makin melebar sedangkan pemimpin sering bercakap mengenai membina perpaduan dan interaksi antara kaum.

Perwakilan PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin berkata, paling dibimbangi adalah risiko hilang atau berkurangnya hak-hak Melayu dan Bumiptera lain dalam soal pemilikan dan peganggan hartanah di bandar-bandar.

Beliau menyokong dan membahas usul dikemukakan PAS Kawasan Terengganu menolak akta tersebut ketika mengambil bahagian pada sesi tersebut dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini hari ini.

“Kita tidak mahu hanya kaum tertentu sahaja menguasai kehidupan dan perekonomian di bandar sedangkan orang-orang Melayu dan Bumiputera lainnya tertinggal dalam suasana serba kekurangan di desa-desa pendalaman dan di luar bandar.

“Atau (Melayu dan Bumiputera) terpinggir di dalam pembangunan pesat bandar itu sendiri,” ujar Ahli Parlimen Tangga Batu itu dengan turut merujuk kajian Rohayati Hussein dan Dr Rusnadewi Abdul Rahman dari UiTM Perlis.

Bentangnya, kajian bertajuk ‘Dilema Pembangunan Tanah Rizab Melayu’ adalah berkisar isu yang menjadi lambang kedaulatan dan ketuanan bangsa Melayu di tanah air tercinta ini di mana anya dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perinci beliau Perkara 89 Fasal (6) Perlembagaan jelas menyatakan objektif Enakmen Tanah Rizab Melayu diwujudkan bertujuan menyekat tanah itu daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan-Melayu.

(Sila baca sampai habis 'Tanah, aset Melayu akan jadi milik bukan-Melayu?' Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) September 15, 2024  -HarakahDaily)


2. Ibrah nasib Palestin: PAS perlu ada silibus sejarah tanah air 
Mumtaz pada Muktamar PAS Kali Ke-70.
TEMERLOH: PAS melalui Lajnah Tanah diusulkan agar mempunyai silibus sejarah tanah air untuk memberi kesedaran dari sudut penjagaan hak milikan tanah dari sudut undang-undang, dan turun ke cawangan demi menjaga negara dan semua pusat pendidikan di bawah Parti.

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, ia adalah bagi menyemarakkan semangat hubbul watan dan isu antara bangsa untuk memastikan agar apa yang berlaku di bumi dan tanah Palestin sekarang ini dijadikan ibrah – lekat dan dekat di hati ahli PAS, keluarga, serta semua pengundi dan rakyat Malaysia.
“Muslimat dan kanak-kanak juga harus berganding bahu dalam membela Palestin secara kefahaman, semangat, ekonomi, dalam membina jati diri individu dan bangsa secara bermaruah melalui PASTI, SRITI dan SMITI – agar betapa kanak-kanak hampir setiap hari mereka solat jenazah dan syuhada’ tetapi mereka tetap cekal dan kekal dalam mempertahankan bumi Palestin,” katanya.
Menurut beliau, PAS telah menyokong sepenuhnya prosiding perundangan yang dimulakan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan.
(Lanjutnya sila lihat 'Ibrah nasib Palestin: PAS perlu ada silibus sejarah tanah air' – HARAKAHDAILY 15/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, masih ada PAS dalam membela Islam dan rakyat yang terjajah sedunia.
(i) Cabaran PAS tak akan berkurangan walau sesaat 
KUALA LUMPUR: “PAS sudah melalui perjalanan panjang dalam perjuangan di persada politik negara dan kini PAS menjadi parti harapan untuk masa depan.
”Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Ahmad Yahaya berkata, sudah tentu terlalu banyak pihak yang mencemburui perkembangan dan kejayaan PAS sehingga menjadikan PAS terus berada di medan […]
(ii) Kenyataan media palsu mengenai tindakan disiplin Perwakilan PAS Perlis  
Kenyataan media PAS berhubung tindakan disiplin yang dikenakan terhadap seorang Perwakilan PAS Perlis telah disahkan sebagai palsu.

Jabatan Penerangan PAS Pusat dalam kenyataannya berkata, ia telah mengenalpasti dalam tempoh dua bulan ini, hampir 10 kenyataan palsu telah dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat Malaysia terhadap PAS dengan menggunakan kepala surat rasmi PAS.

Sehubungan itu, Jabatan Penerangan dan Media Baru, PAS Pusat dalam kenyataan pada hari ini berkata, sebagai pemakluman, akaun Facebook TVPAS akan menjadi salah satu rujukan utama untuk sebarang pengeluaran Kenyataan Rasmi daripada PAS Pusat.
Terdahulu, tular satu kenyataan media kononnya dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat bertarikh 15 September 2024 mengenai tindakan disiplin yang dikenakan terhadap seorang Perwakilan PAS Perlis ketika berucap di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 pada 14 September, tetapi sebenarnya ia adalah palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. 
(iii) Tanpa peruntukan: MP Kuala Terengganu teruskan tradisi perpaduan  
Alex Chan (kiri) dan Balachandran (kanan) bersama masyarakat setempat berbangsa India.
Ahli Parlimen (MP)Kuala Terengganu, tetap meneruskan tradisi memberi kuih bulan kepada kaum Cina di negeri itu sempena Perayaan Kuih Bulan, walaupun peruntukan disekat kerajaan pusat. 
Perayaan ini adalah simbol perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, di mana tradisi dan budaya yang kaya dapat dikongsi bersama.
Namun PAS tetap bantah Tanah Melayu jadi milik bukan-Melayu. Insya Allah!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/09/pas-bantah-tanah-melayu-jadi-milik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harakah Disaman Lidah Fitnah Pas Tuduhan Beri Tanah Kepada Vincent Tan

Harakah Disaman Lidah Fitnah Pas Tuduhan Beri Tanah Kepada Vincent Tan

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 208 hits
Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor Izham Hashim akan mengambil tindakan mahkamah terhadap lidah rasmi Pas Harakah dan aktivis sejarah Zaharah Sulaiman Beliau menegaskan tindakan undang undang akan diambil terhadap Harakah dan ...
Matlamat Pas Tarik Bukan Melayu Bergantung Pada Ulamanya

Matlamat Pas Tarik Bukan Melayu Bergantung Pada Ulamanya

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 105 hits
Mikha ChanPETALING JAYA Sebarang peluang PAS membina sokongan di kalangan bukan Melayu terletak di tangan ulamanya kata seorang penganalisis Mengulas mengenai matlamat parti itu baru baru ini yang mahu menarik sokongan bukan Melayu Syaza Sh...
Pas Kelantan Ugut Saman Wan Mahusin Wan Hadi Dedah Serah Tanah Hak Kekal

Pas Kelantan Ugut Saman Wan Mahusin Wan Hadi Dedah Serah Tanah Hak Kekal

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 179 hits
Live Petang Ini Akan Berkongsi Pendedahan dari wan Mahusin Pembangkang di negeri Kelantan berkaitan Gadaian Tanah Yang dibuat oleh kerajaan Kelantan Memberi tanah hak milik kekal Kepada Syarikat yang menetap di johor Setelah Kecoh Pemimpim ...
Strategi Pemuda Pas Dekati Bukan Melayu Belajar Mandarin Bercakap Tamil

Strategi Pemuda Pas Dekati Bukan Melayu Belajar Mandarin Bercakap Tamil

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 111 hits
malaysiakini comMUKTAMAR PAS l Pemuda PAS mahu anggotanya supaya mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil bagi membantu parti itu mendekatkan diri dengan masyarakat bukan Melayu Ketuanya Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata kebolehan bertutur d...
Ura Pas Dedah Empat Isu Ancam Melayu Bandar

Ura Pas Dedah Empat Isu Ancam Melayu Bandar

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 213 hits
harakahdaily comSeptember 4 2024Akta Pembaharuan Semula BandarDatuk Amzad mendedahkan ancaman kepada Melayu bandarHANG TUAH JAYA Akta Pembaharuan Semula Bandar yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan ...
Pas Ambil Alih Kepimpinan Perikatan Nasional

Pas Ambil Alih Kepimpinan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 113 hits
HarapandailyRata rata penganalisa politik meramalkan Muktamar Pas ke 70 yang bermula hari ini akan membangkitkan isu Pas mengambil alih kepimpinan pakatan pembangkang Perikatan Nasional Ahli Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata Waktu ...
Pas Non Muslim Eateries Without Halal Cert Shouldn T Sell To Muslims

Pas Non Muslim Eateries Without Halal Cert Shouldn T Sell To Muslims

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 227 hits
PAS believes non Muslim eateries without halal certification should not accept Muslim customers or market themselves as Muslim friendly Party secretary general Takiyuddin Hassan said this while trying to assert that plans to impose mandator...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula